Jawapan Parlimen berkenaan dengan pecahan kes jenayah di Malaysia (tahun 2008-2013)
telokbakong.blogspot
NO. SOALAN 274
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
RUJUKAN : 5998
SOALAN :
PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) Pecahan kes jenayah mengikut negeri pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan Jun 2013; dan
(b) Banduan penjara yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan jenayah mengikut pecahan negeri pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan Jun 2013.
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab soalan (a), statistic jenayah indeks bagi tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:-
(a) Jenayah Indeks Malaysia Tahun 2008.
(b) Jenayah Indeks Malaysia Tahun 2009.
(c) Jenayah Indeks Malaysia Tahun 2010.
(d) Jenayah Indeks Malaysia Tahun 2011.
(e) Jenayah Indeks Malaysia Tahun 2012.
(f) Jenayah Indeks Malaysia Jan- Jun Tahun 2013.
Bagi menjawab soalan (b), untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2008 seramai 75,572 banduan yang disabitkan bersalah oleh mahkamah telah menjalani hukuman di penjara. Manakala pada tahun 2009 seramai 79, 878, tahun 2010 seramai 70,519, tahun 2011 seramai 67,732, tahun 2012 seramai 68,443 dan tahun 2013 sehingga Jun seramai 48,739. Mereka menjalani pelbagai tempoh hukuman kerana berbagai kesalahan. Penempatan banduan di sesebuah penjara tidak berasaskan negeri atau mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebaliknya ia berasaskan pengkategorian penjara bagi tujuan pemulihan.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment