Sinar Global dan Hiburan Tempatan
Anak pemimpin JI ditahan pada hari perkahwinan
OLEH:
Tarikh: October 27, 2013
SOLO - INDONESIA . Anak bekas pemimpin Jemaah Islamiah, Mas Selamat Kastari ditahan ketika majlis perkahwinannya di Jawa Tengah, Indonesia.
Peguamnya Achmad Michdan berkata, Muhammad Hanif Mas Selamat, 24, yang lebih dikenali sebagai Masyhadi sedang menghadapi tuduhan kesalahan imigresen.
"Beliau kini ditahan di satu lokasi rahsia. Ahli keluarganya juga tidak tahu di mana beliau berada," katanya menurut laporan Jakarta Globe.
Menurutnya, penahanan itu menjadi tanda tanya kerana lokasi anak guamnya tidak didedahkan.
Puluhan maut kena bom kereta
OLEH:
Tarikh: October 27, 2013
DAMSYIK -
Jurucakap pemerhati hak asasi manusia, Rami Abdel Rahman berkata, kejadian tercetus di kubu kuat kumpulan militan yang dikepung tentera rejim Presiden Bashar al-Assad di wilayah Suq Wadi Barada.
"Letupan tercetus berhampiran masjid Osama Bin Zeid. Bahan letupan dibungkus sebelum diletakkan di dalam kereta," katanya, dipetik dari laporan AFP.
Sementara itu, jurucakap kumpulan pejuang Jihad al-Nusra berkata, berita kematian pemimpin mereka Abu Muhammad al-Jawlani yang dikatakan maut di wilayah Latakia kelmarin adalah palsu.
"Berita itu adalah bohong. Beliau masih hidup dan sihat," katanya.
Gempa bumi Jepun cetus tsunami kecil
OLEH:
Tarikh: October 27, 2013
Pegawai Agensi Meteorologikal Jepun berkata, gempa itu berlaku di luar pantai Honshu, 375 kilometer timur
Selepas gempa bumi itu, amaran tsunami dikeluarkan dalam
"Berlaku perubahan pada paras laut dengan ketinggian ombak mencecah 55 sentimeter. Nelayan dan pekerja di perairan diarah memberhentikan segala operasi sehingga diberi tahu," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pengendali loji kuasa nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Company (Tepco) melaporkan, tiada kerosakan atau kenaikan tahap radiasi di stesen berkenaan.
Jurucakapnya berkata, beberapa kakitangan diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas gempa tercetus.
Pada Mac 2011, gempa bumi bermagnitud 9.0 berlaku hingga menyebabkan gempa susulan mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk tumpahan radiasi di loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi. - AP
Pelajar mahu bom masjid dipenjara 40 tahun
OLEH:
Tarikh: October 27, 2013
Pavlo Lapshyn, 25, mengaku bersalah menikam Mohammed Saleem, 82, ketika mangsa sedang berjalan pulang dari masjid di bandar itu, April lalu.
Lapshyn yang juga pelajar lepasan ijazah dari sebuah universiti di Dnipropetrovsk, mengaku merancang untuk meletupkan tiga masjid iaitu di Walsall,
OLEH:
Tarikh: October 27, 2013
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Beberapa negara dunia kini saling tuduh menuduh berhubung dakwaan pengintipan panggilan telefon dan mesej didedahkan kelmarin oleh pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden.
Terbaru, akhbar Le Monde melaporkan,
Bagaimanapun sehingga kini, Perancis terus menyalahkan AS terhadap perbuatan tersebut.
Tuduhan itu menyebabkan pegawai perisikan Perancis Bernard Barbier dan Patrick Pailloux diarah ke
Ketika memberi penjelasan itu, AS memberi gambaran ia dilakukan oleh Perkhidmatan Perisikan
Namun, jurucakap kerajaan
Sementara itu, ancaman intipan itu tidak menimbulkan kebimbangan buat Perdana Menteri
Beliau berkata, dia tidak gusar kerana tidak memiliki telefon bimbit atau emel peribadi.
Kelmarin, Snowden mendedahkan, Washington didakwa memantau panggilan telefon 35 pemimpin di seluruh dunia menyebabkan Brazil dan Jerman mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan satu resolusi bagi mengekang perbuatan tersebut, dipetik dari laporan AFP.
Kehadiran Cameron tingkat hubungan Malaysia-UK
OLEH:
Tarikh: October 26, 2013
LONDON - Kehadiran Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kesembilan di sini, membuktikan kepentingan Malaysia sebagai rakan utama kepada Britain.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Britain juga dijangka diperkukuh lagi berikutan lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu tahun ini.
"Kami gembira dengan perkembangan ini. Kesudian Cameron untuk datang ke WIEF, kami amat mengalu-alukannya," kata beliau pada taklimat media di sini hari ini.
Merujuk hubungan antara kedua-dua negara sebagai "kurang diberi perhatian" bagi tempoh 1997 hingga 2010, Zakaria berkata hubungan itu telah bertambah baik sejak 2011.
Beliau berkata, melalui WIEF, forum itu bukan sahaja akan meneroka peluang-peluang baharu untuk masyarakat Islam global tetapi juga berfungsi sebagai platform kepada negara-negara bukan Islam untuk lebih memahami lagi dan mencari peluang perniagaan yang baharu.
"Peluang-peluang baharu tidak hanya dalam industri halal tetapi minat yang tinggi juga dalam pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi, pertanian dan pengurusan pelabuhan," kata Zakaria.
Lawatan pertama Najib ke Britain tahun ini pada Julai.
Zakaria berkata, lawatan kerja Perdana Menteri dari 26 hingga 31 Oktober bersempena WIEF. Sebagai penaung kepada Yayasan WIEF, Najib akan menyampaikan ucapan pembukaan pada forum tersebut.
WIEF, yang pertama kali diadakan di negara bukan Islam, akan menyaksikan kehadiran sembilan ketua negara dan kerajaan serta lebih 1,800 peserta.
Perdana Menteri dijangka tiba di sini pada pukul 11 malam ini (waktu London) (Ahad, 6 pagi waktu Malaysia). - Bernama
Untungnya Rozita...
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: October 27, 2013
BAKAL bergelar 'Raja Sehari' tidak lama lagi, Rozita Che Wan sanggup terbang ke London bagi merakam gambar pra perkahwinannya.
Mendapatkan khidmat jurugambar terkenal, Annas Easkey, kejelitaan Rozita terserlah dengan pelbagai busana dan juga aksinya yang cukup menggoda dan seksi.
Bagaimanapun difahamkan bakal suaminya, Zain Saidin, tidak turut serta kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor 2 di Cape Town, Afrika.
Dalam pada itu, Rozita pernah memaklumkan dia ke London juga atas tujuan untuk memborong barang persiapan perkahwinannya.
Nora oh Nora!
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: October 27, 2013
SEPANJANG minggu ini, aktres seksi, Nora Danish, masih menjadi perhatian ramai, bukan saja di kalangan peminatnya bahkan juga golongan 'haters'. Umum sudah mengetahui hubungan intim yang terjalin antara Nora dan juga anak menteri yang bernama Nadeem.
Meskipun masih belum mengaku hubungan cinta yang terbina, namun pasangan ini nampaknya lebih terbuka untuk mengisytiharkan 'kemesraan ' menerusi alam mikro.
Sejak dua bulan lalu, gambar kemesraan mereka banyak dimuat naik menerusi Twitter dan juga Instagram milik mereka. Selain pernah menghabiskan masa di Bali, mereka juga pernah ke Vietnam dan yang terbaru ke Eropah.
Tindakan Nora bercuti dengan kekasihnya itu menimbulkan pelbagai reaksi peminat. Ada yang memuji dan tak kurang yang mengeji.
Semakin berani, baik Nora dan Nadeem, masing-masing memberikan kenyataan balas menerusi laman sosial mereka bagi mempertahankan hubungan mereka.
Pekin: Sharnaaz, Uqasha tak salah
OLEH: WAN NASRAH ABDUL RAHIM
Tarikh: October 27, 2013
DEMIKIAN ucapan pertama yang muncul dari Pekin sebaik saja kontroversi percintaannya bersama Uqasha Senrose yang turut mengheret nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai.
Memohon maaf di atas kekhilafannya, pelakon Paku Pontianak ini berharap kekeruhan yang berlaku antara mereka bertiga segera berakhir.
"Saya minta maaf kepada banyak-banyak, termasuk Uqasha, keluarga dan Shar (Sharnaaz). Kami dah duduk berbincang dan semua ini hanyalah salah faham," katanya yang mengakui terburu-buru menuduh kecurangan kekasihnya bersama sahabat baiknya, Sharnaaz.
Sebelum ini, Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara cemburu dengan sahabatnya sendiri.
Katanya, perkara itu berlaku di luar kawalan apabila ada beberapa pihak yang menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.
"Saya tahu ini salah saya. Namun ada satu sumber yang banyak melaporkan perkara tak betul.
"Pada mulanya, apabila saya dapat tahu Uqasha berjumpa dengan Shar, saya sangat marah dan terus membuat tindakan yang tak sepatutnya. Saya tak jawab panggilan dan terus buat persepsi sendiri.
"Saya rasa kalau berlaku pada orang lain sekalipun, pasti mereka akan marah bila keluar dengan orang lain atau kawan kita sendiri," jelasnya.
Pekin berkata, apabila dia tahu perkara sebenar dia sedar tindakan melulunya membuatkan semua orang kecewa.
"Tapi bila kita semua dah duduk berbincang, selesai masalah secara baik, saya bersyukur segalanya jernih dan semuanya telah selesai.
"Saya akan lebih hati-hati selepas ini. Saya akui mulut saya seperti longkang dan tidak menerima penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan," katanya.
Kejutan hari jadi
Bercerita lanjut mengenai salah faham yang berlaku, kata Pekin, dia tidak menyangka Sharnaaz dan Uqasha bertemu atas tujuan untuk merancang parti hari jadinya.
"Saya dah lama berkawan dengan Shar. Jadi, apabila dapat tahu Shar merancang parti hari jadi untuk saya, nyata sangkaan saya meleset.
"Saya harap apa yang berlaku tak akan berulang lagi dan saya akan menjaga hubungan persahabatan saya dengan Shar. Saya juga terharu dan tak sabar menunggu apakah kejutan yang dirancang mereka," katanya yang terharu dengan tindakan teman baiknya dan Uqasha itu.
Jelas Pekin, dia turut kesal kerana menuduh kekasihnya tanpa usul periksa.
"Saya mengakui, Uqasha tidak pernah berlaku curang terhadap saya, Cuma mungkinlah saya terlalu panas hati dan membuat penilaian sendiri tanpa usul periksa. Bila berlaku seperti ini saya juga sangat menyesal," katanya yang mengakui hubungannya bersama Uqasha kini pulih seperti biasa.
Kahwin tahun hadapan
Pekin juga memberitahu akan berbincang selanjutnya bersama Uqasha untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tahun hadapan.
"Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berbincang tentang perkahwinan kami.
"Yang pentingnya, ia mestilah disegerakan dan kalau boleh tahun hadapan, selesai segala persiapan perkahwinan," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi untuk menangguhkan perkahwinannya itu, Pekin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Jelas Pekin, dia memang serius dengan Uqasha dan nekad untuk mengahwini wanita itu.
"Kahwin bukan perkara main-main. Banyak perkara perlu difikir dan diselesaikan. Lagi pula, jadual kerja saya yang padat menyebabkan masa berlalu begitu cepat," katanya.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.










No comments:
Post a Comment