Angkara "bungkusan" lapangan terbang ditutup
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
Pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan telah membuat pengumuman itu di laman mikro Twitter rasminya semalam.
Bagaimanapun, menurut laporan AP, Tweet itu tidak menyatakan sebarang maklumat lain.
Panggilan ke lapangan terbang berkenaan turut terus masuk ke pesanan suara.
Sementara itu, petugas-petugas lapangan terbang turut Tweet, penumpang yang dalam penerbangan masuk akan ditempatkan di hotel berhampiran apabila kenderaan yang sepatutnya membawa mereka tiba.
Lagi keganasan etnik di
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
YANGON -
Pegawai polis, Kyaw Naing berkata, seorang warga emas berumur 94 tahun dilaporkan maut akibat ditikam ketika serangan tersebut.
Ahad lalu, sekumpulan pelampau Buddha didakwa membakar rumah penduduk dan mengepung masjid di bandar Thandwe hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menyuraikan mereka.
Susulan daripada keganasan yang semakin meningkat di negara itu, kerajaan
Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin menyifatkan langkah tersebut sebagai satu permulaan baru yang lebih komprehensif melibatkan usaha kerajaan untuk mengadakan dialog politik dengan puak pemisah.
"Kami tidak akan lagi menoleh ke belakang selepas negara ini sudah berada di landasan yang betul menuju demokrasi," jelas beliau.
Selain itu, menurut laporan dipetik dari AP, beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membiarkan keganasan etnik berlarutan di negara terbabit selepas insiden itu meragut 237 nyawa manakala lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal sejak Jun tahun lalu.
Banjir ragut lebih 20 nyawa di
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
Jabatan Pencegahan Bencana Alam melaporkan, sebanyak 32 daripada 77 wilayah sedang dilanda banjir sejak pertengahan September dengan 23 angka kematian dicatatkan.
Timbalan Perdana Menteri, Plodprasop Suraswadi berkata,
"Negara bersiap sedia tangani kesan taufan bagi mengelakkan peningkatan angka korban," katanya.
Pada 2011, menurut laporan dipetik dari AP,
Budak maut disambar buaya
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
Jurucakap Pegawai Perlindungan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 28 ekor buaya ditangkap di bandar itu sejak dua minggu lalu, laporan dipetik dari AFP.
"Ketika kejadian, kanak- kanak malang itu sedang bermain di sungai di selatan negeri Oaxaca bersama abangnya berusia 13 tahun sebelum buaya sepanjang empat meter menyambar kepala dan mengheret mangsa.
"Buaya itu ditangkap dan kini diletakkan di taman negara di bawah perlindungan pengawal pantai
Agensi kerajaan AS diarah tutup
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) diarah tutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet khas, semalam.
Pengarah Pengutusan dan Bajet Rumah Putih, Sylvia Mathews Burwell berkata, penutupan itu dilakukan bagi mengelakkan kegagalan fungsi pentadbiran.
"Kerajaan tidak mempunyai peruntukan cukup. Kini Kongres perlu bertindak segera meluluskan resolusi jangka pendek bagi membolehkan bajet fiskal dari baki tahun ini digunakan," katanya.
Menurutnya, kelulusan bajet itu penting bagi memulihkan operasi perkhidmatan awam yang sedang kritikal.
Arahan tersebut dikeluarkan kira-kira 10 minit sebelum kewangan kerajaan AS habis dibelanjakan selepas sehari perdebatan di Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang menyaksikan kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat.
Ia adalah penutupan separuh tahun pertama kerajaan AS sejak 17 tahun.
Lebih daripada 700,000 kakitangan awam kini mendapat cuti tanpa gaji dan tiada jaminan ganti rugi dari kerajaan, laporan dipetik dari AP.
Power brek: BMW panggil semula 176,000 kenderaan
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
Menurut laporan AP, BMW menegaskan, dalam kes yang jarang terjadi ini, terdapat gangguan pada penyaluran minyak kepada bahagian tertentu yang akhirnya menjejaskan kuasa membrek.
Bagaimanapun, brek tersebut masih boleh beroperasi, tetapi pemandu perlu menekan lebih kuat pedalnya.
Kenderaan yang dipanggil semula ini hanya melibatkan model yang dijual di Amerika Syarikat (AS) sahaja.
Model BMW yang terjejas mempunyai empat silinder, 2-liter enjin gasolin dan termasuk 125i compact; 320i and 328i sedan; 520i and 528i sedan; X1 28i, 20i and 16i SUVs; X3 20i and 28i SUV; and Z4 28i, 20i and 18i sports.
Pemilik kenderaan terbabit akan dimaklumkan melalui email kenderaan mereka merupakan antara yang memerlukan pembaikan semula.
BMW menegaskan, sekiranya 'brake-assist power' rosak, pemandu perlu segera memberhentikan kenderaan dan mendapatkan bantuan.
Lelaki paling pendek di dunia
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
KATHMANDU -
Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).
Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.
"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.
Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.
Jeneral AS diarah bersara
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
KABUL - AFGHANISTAN. Dua jeneral Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) diarah bersara awal oleh Pasukan Marin Amerika Syarikat (AS) kerana gagal mempertahankan pangkalan tentera di Afghanistan dari serangan Taliban, tahun lalu.
Kor Marin Komander Jeneral James F Amos berkata, jeneral berpangkat dua bintang itu didakwa bertanggungjawab menyebabkan dua askar marin AS terbunuh dengan beberapa pesawat musnah.
"Selepas menilai hasil siasatan selama empat bulan, kami mengesahkan Mejar Jeneral Charles M Gurganus dan Mejar Jeneral Gregg A Sturdevant gagal menjalankan tanggungjawab melindungi pangkalan dan kakitangan hingga menyebabkan puluhan askar Nato maut tahun lalu," katanya.
Menurutnya, laporan dipetik dari AP kegagalan dua jeneral itu juga menyebabkan 15 pejuang Taliban menyerang dan mengambil alih Kem Bastion di barat daya Afghanistan pada September 2012.
Gurganus adalah komander tentera bersekutu di barat daya Afghanistan manakala Sturdevant adalah komander Marin Udara AS di wilayah sama.
Caesar teman setia pesara
Oleh:
Tarikh: October 2, 2013
KENT - ENGLAND. Seorang pesara, Chris Weller, 66, sanggup tidur di loteng dan membelanjakan lebih 23,000 pound (RM120,000) untuk mengubah suai rumah banglo di Rochester, Kent, Britain bagi menempatkan seekor buaya peliharaannya.
Weller yang pernah berkhidmat lebih 40 tahun di penjara Rochester menukar tingkat bawah rumahnya dan membina sebuah kolam untuk dijadikan habitat reptilia itu untuk berkeliaran.
Menurut Weller, buaya digelar Caesar dibeli enam tahun lalu ketika panjangnya masih kurang 0.3 meter untuk dijadikan sebagai teman.
"Kini ia berusia tujuh tahun dengan panjang lebih 1.6 meter. Spesies ini boleh hidup sehingga 40 tahun dan panjangnya boleh mencecah lebih 2 meter.
"Caesar adalah peneman paling rapat, dan kami akan menghabiskan hampir setiap masa bersama pada setiap hari dengan menonton televisyen dan mendengar radio," katanya, laporan dipetik dari DailyMail.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment