Tuesday, November 5, 2013

RG2011... Fw: Antara yang halal dengan yang haram.

 



Antara yang halal dengan yang haram.

telokbakong.blogspot
ijoks2009.blogspot.
 
 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
 
Meja p3c3q

Ceker [Linguistik - sebutannya: ''chey'' ''kear''] ialah kaki ayam. Ramai Melayu tidak suka makan benda ini. Adalah penyebabnya jadi sedemikian rupa. Yang pasti ceker halal dimakan sama ada dibuat sop atau masak kari.

Ada Melayu yang tidak makan ceker, tetapi meminum arak. Islam mengharamkan arak. Ada Melayu tidak makan ceker tetapi tidak menegur pun ahli keluarganya atau rakan taulan Melayunya yang meminum arak. Bahasanya ialah "Lantak dialah." atau tidak menegur kerana mungkin lebih mementingkan "menjaga hati ahli keluarga atau kenalan yang meminum arak."

Jadi begitu sebab yang ditegur biasanya payah mahu menerima teguran tersebut. In Syaa Allah yang payah menerima teguran itu di suatu hari nanti sebelum terlewat Allah SWT membukakan hatinya untuk menilai semula teguran keluarga, kenalan dan rakan taulan. Yang penting bersangka baik kerana-Nya.
 Ada Melayu geli tengok gambar ini,. tetapi bersekedudukan. 

Kebiasaannya bila seseorang memakan ceker ada yang menegurnya. "Eeeee engkau makan benda tuu." Paling tidak ada yang mencemek bibir geli. Orang yang menegur dan mencemek inilah antara yang tergolong membiar Melayu yang meminum arak. 
Ada Melayu muntah tengok gambar ini, tetapi bersubahat dengan khalwat dan perkara yang menyengutukan Allah SWT..

Ini antara kejanggalan Islam dalam hidup sebahagian orang Melayu. Yang halal dipandang jijik. Yang haram dibiarkan. Apa guna menyebarkan gambar-gambar aib orang Melayu yang sedang meminum atau berpesta arak. Tiada gunanya kita menyebar aib orang lain. Tambahan pula Allah SWT melarang membuka pekong dan menjadikan diri sebagai penyebar aib orang lain.

Manalah tahu Melayu itu bukan Islam. Umat Islam tahu arak ialah larangan Allah SWT. Seringan-ringan menegur ialah "Menegur didalam hati." 
 
Teribitan asal:  Antara ceker dan arak          .

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
 
 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

comments:

rantai said...

adakah semua yang tidak suka makan kaki ayam itu minum arak? ... berzina? ... berjudi? ... mencuri/merompak? ... tidak solat? ... tidak puasa?

Matt Evo said...

Salam...

Terima kasih dengan pertanyaan. Sebagai pencerahan sila semak semula dan fahamkan maksud ayat pertama dan ayat ke dua dalam perenggan ke dua entry ini.

Ayat pertama perenggan 2:
"Ada Melayu yang tidak makan ceker, tetapi..."

Ayat kedua perenggan 2:
"Ada Melayu tidak makan ceker tetapi tidak menegur pun..."

Seterusnya Ayat pertama perenggan 5 menegaskan:
"Ini antara kejanggalan Islam dalam hidup sebahagian orang Melayu..."

In Syaa Allah anda berpuas hati dengan penjelasan ini.

JazakAllah Bil Khair.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment