Tuesday, November 5, 2013

RG2011... Fw: Apabila Agus berbicara pasai Bolasepak

 



Apabila Agus berbicara pasai Bolasepak Malaysia

kedahlanie.info
 
Mutu bola sepak, di mana salahnya?
Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

SEHARI dua ini hati saya mudah tersentuh. Sebab itulah saya tidak membuat sebarang analisis politik, sebaliknya banyak menulis tentang keluarga dan kehidupan rakyat.

Dua minggu lepas tiga anak saya meninggalkan saya untuk menyambung pengajian masing-masing. Selepas itu saya demam.

Semakin demam jadinya saya melihat kepada Bajet 2014 yang tidak ada pengumuman yang boleh dibanggakan.

Dalam bajet itu, saya mengharapkan dua perkara besar akan diumumkan. Pertama, mengatasi masalah kos perumahan rakyat. Kedua, pengumuman peruntukan untuk pembesaran lapangan terbang Pengkalan Chepa.

Harapan saya tidak kesampaian. Yang sampai ialah pengumuman kenaikan harga gula dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Saya tidak membantah kenaikan itu jika ia adalah untuk merawat ekonomi negara. Yang saya 'hairan' ialah apabila dinyatakan kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan penyakit diabetes rakyat dan pengenalan GST 2015 adalah untuk kos barang yang lebih murah. Aduh!
Lalu, saya menukar posting saya kepada hal yang ringan-ringan. Saya poskan foto saya semasa berumur 30 tahun, saya poskan foto anak saya dalam pelukan Umminya semasa hendak berangkat mencari ilmu.

Tidak cukup dengan itu, saya kongsikan petua saya membesarkan anak-anak. Kawan-kawan bangkitkan saya dengan komen dan nasihat yang berguna. Kawan-kawan fb saya telah merawat kelesuan dan kesayuan saya.

Lalu saya teruja dengan sokongan kawan-kawan. Pun begitu, saya tetap tidak menulis tentang politik. Hari ini saya menulis tentang ajakan isteri saya ke Alamanda untuk belikan saya baju merah supaya saya memakainya semasa menonton perlawanan akhir bola antara Kelantan dan Pahang malam esok.

Saya pergilah tadi dan berakhir dengan membeli baju Tommy Hilfiger warna merah dan ada sedikit jalur putih.

Balik dari Alamanda, saya membuka Facebook (FB) dan hati saya semakin sayu dan terharu. Membaca komen kawan-kawan tanpa sedar, mata saya menitis air jernih. Saya sayu kerana ramai kawan-kawan saya meminati bola dan menjadikan bola sebagai hiburan mereka.

Ada yang menjadikan bola sebagai lambang patriotik mereka. Luar biasa kawan-kawan saya, tidak kira tua muda dan tidak kira dari negeri mana mereka berasal.

Komen mereka tentang bola penuh sopan, penuh semangat. Tidak ada caci maki, tidak ada benci membenci. Lalu saya bayangkan, sekiranyalah pasukan bola sepak kebangsaan kita hebat, alangkah kuatnya semangat rakyat untuk negara.

Alangkah megahnya jalur gemilang berkibar tanpa menunggu 31 Ogos.

Masalahnya, mengapa mutu bola sepak kebangsaan kita tidak hebat? Di manakah salahnya? Sampai masanya kepimpinan negara dan FAM melihat hal ini. Sampai ketikanya adinda saya, YB Khairy juga melihat hal ini.

Saya terharu dengan semangat kawan-kawan FB saya yang mengimpikan bola sepak kita maju dan sukan kita maju. Mulai hari ini, saya akan pedulikan hal sukan negara kerana saya mahu bersama dengan kawan-kawan FB saya, menjadi marhaen yang cintakan negaranya melalui sukan.

Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa mendorong saya ke arah kebaikan.

Di kala kesayuan saya begini, kawan-kawanlah ubat dan penawarnya untuk keceriaan saya.

Syukur.

Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment