HHarian Metro
BERITA UTAMA
Air mata 60 tahun
Oleh Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Seorang wanita yang terpisah dengan keluarganya yang berasal dari China sejak lebih 60 tahun lalu akhirnya dipertemukan di rumahnya di Kampung Paya Bemban, di sini, tadi.
Roslina Ahmad, 63, bertemu dengan ibu kandung, Huang Yi Giao,79, serta lima adiknya yang lain iaitu Yang Chui Qun,61, Yang Chai Qing,55,Yang Mie Lian,51,Yang Jun Na,52 dan Yang Xiao Fen,32.
Selepas dilahirkan pada 1950an di Gua Musang, dia diserahkan kepada keluarga angkat Melayu menyebabkan Roslina terus terputus hubungan dengan keluarga kandungnya.
Keluarga kandung Roslina yang berasal dari Hainan, China tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pagi semalam.
Roslina sebelum ini berusaha mencari keluarga kandungnya dengan bantuan Presiden MCA Gua Musang, Lew Kew.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Dr Zakir pejuang Islam global
56 1 Google +0 0 0
PUTRAJAYA: Pendakwah global dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435M/2013 pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.
Pengumuman nama tokoh itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Pemilihan tokoh berkenaan dibuat atas asas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional ddan global yang mana turut diiktiraf oleh pelbagai pihak.
Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000; pingat penghargaan Ma'al Hijrah 1435H; sijil penghargaan berbentuk plak dan sijil penghargaan beserta bingkai.
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Antarabangsa kepada Dr Zakir Abdul Karim Naik di PICC FOTO Effendy Rashid
Sementara itu, Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Badlishah melahirkan kegusaran apabila melihat semangat 'kebersamaan dalam kepelbagaian' di kalangan rakyat kini cuba dikikis dan diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu.
Baginda juga mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak melihat isu-isu mutakhir ini sebagai isu yang remeh dan memandangnya sebelah mata kerana isu dibawa tidak dapat membezakan antara yang benar dan salah selain turut menghina institusi agama dan raja.
Di Melaka, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Shah Abu Shah dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri 1435/2013.
Anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di Auditorium Seri Negeri.
Manakala di Pahang, rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang.
Anugerah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Auditorium RTM, Kuantan.
Di Perak, bekas Kadi Besar Perak, Sulaiman Ismail dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak 2013/1435M.
Beliau menerima wang tunai RM10,000, medal, plak, sijil dan pakej umrah berjumlah RM5,000.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan hadir dan menyampaikan anugerah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Dewan Raja Baharom, Masjid Daerah Batu Gajah.
Lebih 1,000 hadirin termasuk masyarakat setempat hadir memeriahkan sambutan di Batu Gajah.
Di Bukit Metajam, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Syed Mohamad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang.
Beliau yang juga bekas Rektor Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) itu menerima anugerah yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahaman Abbas di majlis yang diadakan di Politeknik Seberang Perai pagi tadi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Remaja larikan tiga beranak
2116 111 Google +2 1 0
Oleh Rosli Ilham
DUNGUN: Sepasang suami isteri serta bayi lelakinya berusia sembilan bulan bukan saja ketakutan kereta dinaiki dilarikan seorang penjenayah malah nasib malang sekali lagi menimpa mereka selepas kereta yang dipandu penjenayah itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Gajah Mati, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kereta yang dinaiki tiga beranak terbabit, Pirhat Karim, 35, dan isteri Che Mastura Che Awang, 32, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.
Kereta jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa sebelum itu dipandu adik iparnya, yang berusia 30-an dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan dan berhenti rehat di kawasan itu kerana adik ipar mangsa hendak membuang air.
Mangsa tiga beranak itu yang duduk di bahagian belakang kenderaan dikatakan tidak turun dari kenderaan itu sebelum seorang lelaki berusia 17 tahun memasuki keretanya dan bertindak memecut laju ke arah Kuantan.
KEADAAN kereta yang dilarikan suspek remuk selepas melanggar sebuah kereta Proton Waja dan lori tanah di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur. FOTO Rosli Ilham
Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, adik ipar mangsa yang menyedari kenderaan serta ahli keluarganya itu dilarikan kemudiannya segera ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan polis.
Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Besi dan Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) yang menerima laporan kejadian itu bertindak untuk membuat sekatan jalan raya.
"Dalam usaha membuat sekatan jalan raya, polis menerima pangggilan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta itu adalah sebagaimana yang dilaporkan hilang," katanya.
Ahmad Zailani berkata, kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan bayi kepada pasangan itu cedera tercampak keluar dari kenderaan manakala suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan dikatakan berpura-pura meminta bantuan daripada pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang melalui kawasan itu.
"Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit bersama ayahnya keluar membantu sebelum suspek masuk ke dalam kereta terbabit dan memecut ke arah Kuala Terengganu dengan turut melarikan sama empat lagi penumpang yang juga ahli keluarga pemandu kereta terbabit," katanya.
Katanya, bapa kepada pemandu kereta Perodua Myvi terbabit dikatakan dibantu seorang pengguna jalan raya di situ kemudiannya bertindak mengejar kereta anaknya yang dilarikan suspek itu.
"Hasil perhubungan berterusan bapa gadis terbabit, dua kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Balai Polis Batu Rakit berjaya memintas kereta yang dilarikan suspek sebelum berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang," katanya.
"Kami bersyukur kesemua ahli keluarga mangsa selamat dan saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
'Saham' datin lebur
145 84 Google +2 0 0
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Niat tegar sekumpulan individu berstatus jutawan dan hartawan memperoleh 'saham akhirat' dengan menyalurkan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000 kepada seorang ustaz dari Kemboja bagi membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan, berakhir duka apabila diperdaya lelaki terbabit sejak lima tahun lalu.
Wajah sebenar ustaz berkopiah yang berpenampilan warak itu terbongkar apabila dia dikesan menyalahgunakan sumbangan termasuk wang tunai yang diberikan untuk kepentingan diri termasuk membina banglo miliknya di negara berkenaan.
"Kami yang mengharapkan 'saham akhirat' dengan memberikan sumbangan sejak lima tahun lalu juga boleh dianggap 'terkantoi' kerana terlalu meletakkan kepercayaan kepada ustaz terbabit bagi menguruskan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000."
Itu antara luahan seorang daripada lima individu berstatus jutawan dan hartawan, yang ditipu 'hidup-hidup' oleh ustaz terbabit yang berubah sikap sejak tiga tahun lalu yang dipercayai berjaya mengumpulkan pelbagai kekayaan hasil penipuan.
SMS dihantar ustaz Kemboja kepada seorang individu yang sering menyalurkan bantuan.
Daripada sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian sehingga membina semula sebuah sekolah agama, ustaz terbabit turut menerima sekitar RM1,200 setahun daripada seorang penyumbang di Malaysia sebagai upah mengajar kanak-kanak di Kampung Cham, Kemboja sejak 2011.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
3 minit kebas 20 telefon
Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Seorang lelaki yang memakai baju hujan berwarna biru dan bertopi keledar mengacukan sepucuk pistol dipercayai pistol mainan ke aras seorang pekerja premis telekomunikasi sebelum melarikan telefon bimbit pelbagai jenama bernilai lebih RM10,000 dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku kurang tiga minit kira-kira jam 5 petang itu, penjenayah terbabit menyamar pelanggan ketika memasuki premis berkenaan.
Perbuatan suspek dalam lingkungan 30-an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis, sebelum tersebar menerusi laman sosial Facebook hingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Ia menunjukkan dalam tempoh kira-kira tiga minit, suspek melarikan kira-kira 20 telefon bimbit dengan memasukkan semua hasil rompakan itu ke dalam beg plastik.
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek bertopi keledar mengugut pekerja premis.
Terdahulu, lelaki terbabit melihat seorang pekerja wanita berusia 20-an berseorangan sebelum berpura-pura meninjau di beberapa ruang pameran premis itu sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
23 bumbung rumah rosak akibat ribut
0 0 Google +0 0 0
IPOH: Sebanyak 23 bumbung rumah di Kampung Manjoi di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut lewat petang semalam.
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata kejadian pada jam 6.45 petang itu mengakibatkan beberapa bumbung rumah ranap manakala yang lain mengalami sedikit kerosakan akibat kejadian itu.
Bumbung rosak membabitkan 13 buah rumah di Jalan Juara, Jalan Pemimpin (empat buah), Jalan Menteri (empat), Jalan Perwira (1) dan Jalan Pegawai (1), katanya.
Katanya kejadian itu dimaklumkan oleh seorang jemaah pada satu program yang berlangsung di sebuah surau di Kampung Manjoi semalam, katanya.
Beliau berkata empat keluarga yang tinggal di rumah sewa di Jalan Pemimpin dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Manjoi hari ini.
"Mereka tinggal di pusat pemindahan sehingga bumbung rumah mereka siap dibaiki dan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan," katanya.
Ziad berkata anggota Gerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno kawasan Tambun digerakkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa membersihkan rumah mereka, petang ini.
"Buat sementara ini bumbung rumah mangsa diganti dengan plastik tebal kerana kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan bumbung baru berikutan hari ini merupakan cuti umum, namun pengedar berjanji untuk memberi bumbung baru itu esok," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Agong rasmi sambutan Maal Hijrah
0 0 Google +0 0 0
PUTRAJAYA: Kira-kira 4,500 peserta mewakili 100 kontinjen dari pelbagai jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta berhimpun di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini bagi memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1435H peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan merasmikan sambutan itu sebelum menyampaikan anugerah kepada dua Tokoh Maal Hijrah tahun ini.
Mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin serta cendekiawan dan ulama tersohor Dr Zakir Abdul Karim Naik dari India.
Sambutan itu yang bertema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sambutan hari ini bertujuan memperingati tahun baharu Islam yang mencatat peristiwa penting penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Elaun bilal, noja, pengurus jenazah wanita naik
0 0 Google +0 0 0
MELAKA: Elaun bilal, noja dan pengurus jenazah wanita di negeri Melaka akan dinaikkan bermula awal tahun depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ketika mengumumkan perkara itu berkata ia membabitkan 181 masjid kariah di seluruh negeri.
Beliau berkata elaun bilal akan dinaikkan daripada RM290 kepada RM310; elaun noja daripada RM280 kepada RM300 dan elaun pengurus jenazah wanita daripada RM160 kepada RM200.
"Dengan kenaikan ini, diharap akan memberi keselesaan kepada para bilal, noja dan pengurus jenazah untuk bertugas dengan lebih semangat di samping mengiktiraf pengorbanan mereka," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat Melaka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
Pada majlis itu, Mohd Khalil turut melancarkan kad perakuan nikah baru menggunakan teknologi kod "Quick Response" (QR).
Idris berkata Melaka merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan teknologi kod QR pada kad perakuan nikah.
Beliau berkata melalui teknologi itu, pihak berkuasa boleh mengesan ketulenan dan kesahihan kad perakuan nikah dalam tempoh masa yang cepat menggunakan telefon pintar.
Katanya ia merupakan komitmen kerajaan negeri untuk mempertingkat perkhidmatan berkaitan keagamaan khususnya pengurusan nikah, cerai dan rujuk.
"Kesemua ini merupakan satu proses penghijrahan cara berfikir dan bertindak untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat, terbaik dan mesra rakyat," katanya.
Kad perakuan nikah berkenaan bersaiz kecil, tidak mudah patah atau dipalsukan serta mengandungi hologram. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Mangsa culik diselamatkan polis
0 0 Google +0 0 0
GOMBAK: Lima pekerja buruh warga Myanmar yang diculik sejak dua hari lepas berjaya diselamatkan polis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dikurung dalam sebuah bilik di pusat peranginan di Bukit Tinggi, di sini.
"Polis menerima laporan dibuat seorang lelaki mendakwa adik lelakinya diculik dan dia turut menerima panggilan meminta wang tebusan RM11,000.
"Hasil laporan, polis melakukan serbuan di pusat peranginan berkenaan kira-kira jam 1 pagi dan berjaya menemui lima mangsa culik diikat dengan rantai besi," katanya.
Katanya, polis menahan seorang suspek yang bekerja sebagai penyelenggara pusat peranginan itu sebelum menahan pula dalang kes culik itu di Shah Alam tiga jam kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Kedai runcit dirompak
0 0 Google +0 1 0
KOTA BHARU: Seorang pekerja kedai runcit berdepan detik cemas apabila diacu objek dipercayai pistol oleh tiga lelaki bertopeng ketika melakukan rompakan dalam kejadian di Jalan Pasir Hor, di sini, semalam.
Bagaimanapun, perompak berkenaan hanya berjaya melarikan wang sejumlah RM750.
Mereka turut mengambil tiga karton rokok dan tiga telefon bimbit milik mangsa yang juga warga Pakistan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Anak ugut bunuh
1 0 Google +1 0 0
Jertih: "Bimbang keselamatan diri dan keluarga terancam, saya meninggalkan rumah didiami selepas anak kandung membuat ancaman bunuh," kata pesara tentera, Mat Rosid Ibrahim, 61, dari Kampung La, Hulu Besut, dekat sini.
Katanya, selepas menerima ugutan itu, dia dan isterinya membuat keputusan meninggalkan rumah dan menumpang di rumah seorang anaknya di Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, anak lelaki kedua berusia 42 tahun itu seorang penagih dadah yang sering mengugutnya dan bimbang dengan ancaman itu, dia keluar dari rumah didiaminya sejak 20 tahun lalu.
"Pagi tadi (semalam) saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap anak," katanya ketika ditemui di IPD Besut, di sini, semalam.
Katanya, paling menyedihkan apabila rumah ditinggalkan didiami sepasang suami isteri tidak dikenali dan dia tidak tahu siapa membenarkan pasangan terbabit menduduki rumahnya tanpa kebenaran kerana sebelum ini tidak pernah dimaklumkan oleh sesiapa termasuk jiran sehinggalah dimaklumkan seorang penduduk beberapa hari lalu.
Berikutan itu, dia bergegas pulang dari Kuala Lumur pada 2 November lalu dan tiba di rumahnya jam 3 pagi kelmarin dan mendapati ada penghuni di dalam rumah itu.
Katanya, sebaik tiba di halaman rumah pasangan berkenaan yang menyedari kehadirannya terus melarikan diri dengan kereta Perodua Kancil menuju Bandar Jertih.
Dalam laporannya kepada polis, Mat Rosid berkata, pasangan itu bukan saja duduk tanpa izin sebaliknya sebahagian besar barang miliknya termasuk peralatan dapur, barangan elektrik, tilam dan pelbagai barangan lain turut dilarikan individu tidak dikenali.
"Berikutan kejadian itu, saya kerugian RM8,000 apabila hampir semua barangan yang ditinggalkan di rumah dicuri dan paling menyedihkan ada kesan kebakaran kecil di hadapan rumah," katanya.
Sehubungan itu, Mat Rosid meminta polis menahan anaknya serta pasangan suami isteri terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Kamaruddin Zakaria ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada pesara tentera berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Lelaki belasah bekas ipar ditahan
0 0 Google +1 0 0
Chukai: Polis percaya dapat menyelesaikan kes membabitkan pergaduhan dengan bekas ipar di Binjai, di sini, pada 28 Oktober lalu dengan tertangkapnya seorang lelaki yang dipercayai suspek dalam kejadian berkenaan.
Sumber berkata, suspek berusia 27 tahun yang juga bekas adik ipar mangsa ditahan sepasukan anggota polis di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu jam 3 petang, Khamis lalu.
"Suspek bagaimanapun dibebaskan selepas keterangannya diambil bagi siasatan mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika disabitkan kesalahan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurut sumber, suspek mengambil tindakan menyerah diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis.
"Kes berkenaan membabitkan masalah keluarga dan polis percaya dengan tertangkapnya suspek, kes itu dapat diselesaikan dengan segera," katanya.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan polis sudah mengambil keterangan suspek berhubung kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
RELA sedia ganti pengawal asing
2 1 Google +0 0 0
Rantau Panjang: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sentiasa bersedia jika diperlukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menangani isu kebanjiran pengawal keselamatan warga asing dalam perkhidmatan kawalan keselamatan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya berupaya menyediakan khidmat anggota yang mempunyai pengalaman dalam prosedur keselamatan.
Katanya, sehingga kini mereka mempunyai 2.9 juta anggota di seluruh negara dan RELA mampu mengambil alih tugas itu jika diperlukan.
Beliau mengakui pihaknya ada dihubungi syarikat korporat dan agensi kerajaan berhubung perkara itu.
"Kerajaan belum meminta RELA menggantikan pengawal keselamatan warga asing, tetapi kami ada menerima permintaan daripada sesetengah syarikat untuk menjaga premis mereka.
"Pada masa ini peranan RELA sebagai pemantau warga asing dan membanteras warga asing, kami dibabitkan dengan polis serta menyampaikan maklumat, namun kerajaan belum meminta RELA menggantikan warga asing (pengawal keselamatan)," katanya pada Majlis Penutup Ujian Kemahiran Menembak RELA peringkat Kelantan di Lapang Sasar Bukit Pak Junoh, semalam.
Mengenai program itu, Mustafa berkata, ia bertujuan memastikan anggota RELA yang memiliki senjata api cekap dalam penggunaan senjata terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Ibu 'didik' anak mencuri
283 64 Google +1 1 0
Oleh Alias Abd Rani
Simunjan: Seorang ibu sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada anak, namun lain pula bagi seorang wanita apabila sanggup menggunakan tiga anaknya termasuk berusia dua tahun untuk mencuri pelbagai barangan dari sebuah kedai runcit di sini, baru-baru ini.
Malah, wanita berusia 36 tahun itu dikatakan sanggup memandu kira-kira 100 kilometer membawa ketiga-tiga anaknya itu dari rumah mereka di Asajaya ke daerah ini untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
Bagaimanapun, kegiatan wanita itu berakhir apabila perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa yang bertindak atas maklumat awam, sekali gus menyaksikan dia ditahan selepas sepasukan polis menyerbu rumahnya, jam 1.05 tengah hari, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Choo Yin Kok berkata, dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan diketuai Inspektor Ahmad Rosul Rashid itu, pelbagai barangan makanan dalam tin dan makanan segera serta rokok dirampas yang membabitkan nilai keseluruhan lebih RM1,000.
AHMAD Rosul (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Terkandas di hutan lipur
92 1 Google +0 0 0
Oleh Asmah Rusman
Kajang: Lima sahabat yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti perkelahan terkandas selepas gagal menyeberangi sebatang sungai gara-gara hujan lebat tanpa henti dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam di Hutan Rekreasi Sungai Lipur berhampiran Sungai Congkak itu, lima mangsa yang berusia 20-an berkenaan berjaya diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Mohd Safiq Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.38 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 8.15 malam.
"Seramai 10 pegawai dan anggota dari BBP Kajang bersama anggota Pasukan Bomba Sukarelawan Hulu Langat berjaya membawa keluar mangsa yang terdiri tiga lelaki dan dua perempuan.
MANGSA sengat diberi rawatan kecemasan oleh paramedik.
"Mereka difahamkan gagal menyeberangi sungai berkenaan kerana arus deras dan sangat berbahaya berikutan hujan lebat beberapa jam sebelum itu," katanya ketika dihubungi.
Menurut Mohd Safiq, semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dibawa keluar dari lokasi terbabit pada jam 8.45 malam.
Dalam kejadian berasingan di Gunung Nuang, Sabtu lalu, Mohd Safiq berkata seorang lelaki berusia 20-an cedera dipercayai disengat binatang berbisa ketika berkhemah di kawasan berkenaan.
"Kami menerima panggilan kecemasan jam 6 petang. Seramai 10 anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi untuk memberi bantuan dan menyelamatkan mangsa.
"Mangsa mungkin disengat lebah dan tidak boleh keluar bersama-sama dengan kumpulan rakan yang turut sama mendaki gunung berkenaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
'Kerja senang, pusing bangunan saja'
0 0 Google +1 0 0
Oleh Nur Saliawati Salberi
Shah Alam: "Kerja senang, pusing-pusing bangunan saja," kata Deepak, 30, pengawal keselamatan warga Nepal yang ditahan di sebuah pusat beli-belah di Subang kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen dalam Ops Bersepadu di sekitar Shah Alam dan Subang, di sini, semalam.
Deepak antara 17 pengawal keselamatan berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1963.
Difahamkan, pengawal keselamatan itu didaftarkan di bawah sebuah syarikat keselamatan, namun terpaksa bekerja untuk syarikat keselamatan lain kerana majikan mereka memajak lesen untuk kepentingan sendiri.
Dalam operasi membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, Deepak mengaku membayar RM7,000 kepada seorang ejen sebelum datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak setahun lalu.
ANGGOTA penguat kuasa membawa anggota keselamatan yang ditahan untuk siasatan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, pihaknya menahan 17 warga asing dan dua warga tempatan yang mengaku sebagai penyelia pengawal keselamatan dalam dua serbuan di pusat beli-belah berkenaan.
"Semua 17 warga asing ditahan itu berasal dari Nepal gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
"Mereka ditahan selama 14 hari dan dalam tempoh ini kita akan menyiasat kesahihan kewarganegaraan mereka," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Suami isteri maut balik majlis kahwin
1 0 Google +0 0 0
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Shaiffulazhar Misri
Muar: Sepasang suami isteri meninggal dunia dalam keadaan penuh tragik apabila suaminya terperosok di tempat pemandu, manakala isterinya tercampak keluar sejauh lebih dua meter dari Proton Persona dinaiki mereka selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dan sebuah bas persiaran di Kilometer 25, Jalan Muar-Batu Pahat, berhampiran Parit Belukang, Sungai Balang, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Tan Chai Soon, 55, dan isterinya, How Siew Boon, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan.
Empat mangsa lain yang cedera seorang penumpang Nissan Serena, Hanizah Misran, 44, yang patah tangan kiri, pemandu bas berusia 46 tahun serta dua penumpang bas wanita berusia 23 tahun dan 44 tahun.
Harian Metro difahamkan ketika kejadian pasangan terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Puteri, Batu Pahat.
ANGGOTA bomba memeriksa kereta mangsa nahas.
Mereka sebelum itu dipercayai ke bandar ini untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan anak mereka.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Tan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh MPV dan bas berkenaan.
Rempuhan secara berdepan itu mengakibatkan kenderaan dinaiki pasangan berkenaan remuk teruk di bahagian depan, menyebabkan Tan terperosok di tempat duduk pemandu, manakala How tercampak keluar.
Pegawai Kanan Bomba 2 Balai Bomba dan Penyelamat Muar Rahman Taib berkata, satu jentera bersama lapan anggota ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.
"Ketika kami tiba, mangsa sudah meninggal dunia dan mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
"Kami terpaksa mengambil masa untuk mengeluarkan mayat, namun semuanya berjalan lancar," katanya.
Menurutnya, mayat seorang lagi mangsa ditemui di kawasan berhampiran dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian.
Katanya, semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan dilaporkan stabil.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Anak dilenyek belakang bapa
3 0 Google +0 0 1
Oleh Abd Rahman Adam
Miri: Seorang bapa tidak menyangka tindakan membawa anak lelakinya yang berusia tiga tahun bersiar-siar dengan menunggang basikal berakhir tragedi apabila kanak-kanak itu maut digilis jentera penggelek jalan dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Senadin, di sini, kelmarin.
Mohd Syamil Mohd Shahrizan, 3, disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit sebaik mendapatkan rawatan di Hospital Miri berikutan parah di kepala dan bahagian badan termasuk hancur kaki kanan digilis jentera berat berkenaan.
Kejadian berlaku apabila pemandu jentera berusia 43 tahun tidak menyedari kehadiran mangsa bersama bapanya yang ketika itu duduk di atas basikal ketika mengundur jentera berkenaan pada kira-kira jam 4.30 petang.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama bapanya berusia 32 tahun sedang berbasikal di taman perumahan terbabit dengan mangsa membonceng sebelum lelaki itu berhenti di luar pagar rumah seorang jiran untuk bersembang.
Sumber polis berkata, ketika rancak bersembang, bapa mangsa serta jiran terbabit langsung tidak menyedari kehadiran jentera berat itu yang sedang mengundur dan lebih buruk apabila pemandunya juga tidak menyedari kehadiran dua beranak berkenaan di belakang jenteranya.
"Bapa kanak-kanak malang itu hanya menyedari kehadiran jentera itu selepas merempuh basikal yang ditunggangnya, sekali gus menyebabkan mereka terjatuh sebelum digilis roda besi jentera itu menggilis mangsa.
"Insiden menyayat hati itu disaksikan bapa kanak-kanak serta jiran terbabit, namun mereka tidak sempat berbuat sesuatu menyelamatkan mangsa dan hanya mampu menjerit ke arah pemandu jentera berkenaan," katanya.
Kejadian itu mengakibatkan tulang di kaki kanan kanak-kanak itu hancur selain luka di badan dan kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian ketika mendapatkan rawatan, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah dialami terutama di bahagian kepala," katanya.
Berikutan kejadian itu, pemandu jentera terbabit menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri sebelum dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Balai Polis Trafik Miri untuk diambil keterangan pada jam 11 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Pemandu jentera terbabit dibebaskan semalam dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
'Terang-terang fitnah'
420 80 Google +0 0 0
Oleh Wahi Aziz
Kuala Lumpur: "Apabila baca (artikel), saya terfikir apa dia akan jawab di akhirat kelak selepas keluarkan kenyataan begitu?" kata pelakon Aeril Zafrel mengenai gosip terbaru mendakwa dia dan pelakon Ummi Nazeera pernah berkahwin secara rahsia sebelum ini.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 25, berkata, dakwaan terbaru itu adalah percubaan pihak tertentu untuk menggugat reputasi dan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal yang baru setahun jagung.
"Terang-terang ia fitnah. Ia artikel tidak berakhlak daripada orang yang hilang akhlak. Padahal, saya hanya berkomunikasi dengan Ummi menerusi laman sosial saja mengenai kerja semata-mata.
"Saya tak pernah pun jumpa Ummi atau pergi ke lokasi penggambaran (filem Penanggal) seperti didakwa. Apatah lagi untuk kami berkahwin pula?" katanya.
Gosip terbaru itu timbul selepas kontroversi perkahwinan rahsia aktor itu dan Wawa kecoh diperkatakan bulan lalu.
Katanya, dia pelik dengan motif sebenar di sebalik penerbitan artikel berunsur fitnah itu.
"Bayangkan, akibat artikel itu ada yang melabel saya seorang Syiah kerana kahwin sesuka hati. Malah, fitnah itu juga menimbulkan keraguan kepada bapa mentua saya pada mulanya.
"Apa yang dia fikir mengenai saya walhal benda itu tidak betul? Mujur Wawa sentiasa ada di sisi, jadi dia tahu dan faham itu fitnah," katanya.
Tambah Aeril, bagaimanapun dia mengambil pendekatan positif walaupun timbul perasaan terkilan dengan dugaan terbaru itu.
"Saya sendiri tak tahu kenapa benda ini perlu timbul? Tapi tak perlulah saya marah-marah atau melenting di laman sosial. Rasanya semua sudah faham dan terima pengakuan (perkahwinan) saya sebelum ini.
"Sekarang orang bercerita mengenai kehidupan baru saya sebagai bapa, tetapi mengapa masih ada pihak bercerita mengenai hal sudah dan tidak betul pula?" katanya yang bakal terbabit dalam penggambaran sebuah filem tidak lama lagi.
Sementara itu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin yang kini mengikuti pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology, Australia membidas gosip berkenaan sekeras-kerasnya.
Katanya seperti dimuat naik menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya, @umminazeera1, tuduhan berkenaan tidak menghormati dirinya dan keluarga.
"Pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril Zafrel secara berdepan. Yang kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya. Tolong pastikan fakta anda tepat.
"Saya melihat perkara ini sebagai jalan merosakkan nama saya. Saya harap anda dapat membetulkan semula kesilapan yang sudah dibuat.
"Saya beragama Islam. Saya tidak perlu berkahwin atau lelaki untuk melakukan hijrah. Ini (tuduhan) sangat mengarut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Maya rahsiakan teman lelaki
0 0 Google +2 0 0
Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Maya Karin meminta orang ramai agar tidak membuat tanggapan sendiri mengenai identiti lelaki yang kini menjalin hubungan dengannya.
Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 34, berkata, sejak kisah hubungan baru itu didedahkan Ogos lalu, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan terperinci mengenai identiti teman lelakinya.
"Jadi janganlah buat tanggapan sendiri sama ada dia lelaki Inggeris atau apa bangsa pun sebab saya tak pernah dedahkan apa-apa.
"Saya hanya mengaku sedang berkawan dengan seseorang sejak beberapa bulan lalu. Itu saja dan tak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Aktres kacukan Jerman itu membuat pendedahan baru-baru ini apabila mengakui kini menjalin hubungan dengan seorang lelaki sejak Ogos lalu. Bagaimanapun, Maya enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan.
Aktres yang bakal terbabit dalam pementasan teater muzikal Supermokh ini berkata, dia bertindak merahsiakan identiti kekasihnya kerana hubungan itu masih baru.
"Saya tak boleh huraikan lebih lanjut mengenai lelaki itu. Sekurang-kurangnya bukan pada waktu ini kecuali hubungan ini lebih serius akan datang.
"Lelaki itu bukan daripada bidang (hiburan). Pada saya tak perlu berahsia sangat tapi tak perlu juga terlalu bercerita sebab masih awal lagi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
PRK Sungai Limau terbaik
0 0 Google +0 0 0
Yan: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam sebagai terbaik.
Beliau berkata, hal itu berikutan peratusan pengundi keluar mengundi melebihi 80 peratus dan berlangsung dalam suasana aman sepanjang tempoh kempen PRK itu.
Menurutnya, pada masa sama, jumlah undi rosak hanya 145 juga amat rendah berbanding dengan PRK lain dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Ini pilihan raya yang paling SPR berpuas hati," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Agama Yan di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan dakwat kekal akan diteruskan pada pilihan raya lain selepas ini berikutan keberkesanan kaedah itu.
Beliau berkata, ia dapat dilihat apabila tiada undi rosak disebabkan oleh penggunaan dakwat berkenaan.
"Kebanyakannya berpunca daripada kesilapan pengundi sendiri. Ada yang memangkah kedua-dua kotak pada kertas undi," katanya.
Mengulas berhubung sasaran lebih 90 peratus pengundi keluar membuang undi, beliau berkata, pihaknya akan melakukan kajian bagi mencari punca perkara itu.
"Mungkin ada tidak keluar mengundi sebab tinggal jauh dari pusat pengundian atau faktor lain," katanya.
Seramai 23,249 atau 85 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Limau. Jumlah itu berkurangan daripada jumlah yang keluar mengundi pada PRU-13 iaitu 89.3 peratus pada Mei lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Pengantin mengundi lepas akad nikah
0 0 Google +0 0 0
Yan: Seorang pengantin perempuan yang baru selesai melangsungkan akad nikah mencuri tumpuan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang, di sini apabila hadir sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam.
Azalinawati Azazan, 29, hadir tanpa pasangannya dengan diiringi anggota keluarga pada pukul 3.15 petang selepas selesai majlis akad nikah pada 10 pagi di Majlis Agama Yan di sini.
Beliau yang bekerja sebagai pembantu am di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya berkata, beliau dan pasangan, Dzahir Ghazali, 30, masing-masing merupakan pengundi di DUN Sungai Limau, tetapi di pusat mengundi berbeza.
"Pasangan saya mengundi di Sungai Daun, kami dah rancang lama tarikh ni, secara kebetulan pula sama tarikh dengan PRK.
"Tambah istimewa sebab ini tarikh sama dengan ulang tahun kelahiran ibu saya," katanya ketika ditemui BERNAMA selepas mengundi, semalam.
Azalinawati yang hadir berpakaian pengantin berwarna putih, berkata, kenduri kedua-dua belah pihak akan diadakan di rumahnya di Kampung Dulang Kechil di sini pada 30 November. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Iktibar daripada hijrah Nabi
0 1 Google +0 0 0
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
Mungkin ada antara kita tidak sedar, namun yang pasti hari ini 1 Muharam 1435 Hijrah. Kita sewajarnya melahirkan kesyukuran kerana berkat perjuangan Nabi SAW dan sahabat membolehkan kita mengenali Islam dan merasai nikmat iman.
Menyentuh mengenai takwim Hijrah atau Islam, ia bermula sewaktu era pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab. Dikatakan dalam satu perbincangan beliau bersama ahli majlis syura, beliau mengesyorkan agar dibentuk jadual takwim Islam yang tersendiri kerana sebelum itu kalendar kaum Nasrani dan Yahudi yang digunakan. Seperti kebiasaan dalam mesyuarat itu, Umar membuka ruang seluas-luasnya untuk sahabat menyalurkan idea dan pendapat. Maka ada antara ahli syura itu yang mencadangkan supaya takwim Islam dimulakan dengan mengambil sempena tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Namun, ada pula dalam kalangan mereka yang mengusulkan supaya tarikh permulaan takwim diambil kira dari tarikh kewafatan baginda SAW.
Mesyuarat itu bagaimanapun seolah-olah menemui jalan buntu untuk memilih pendapat yang paling jitu. Namun, dalam kebuntuan itu dengan takdir Allah datanglah Saidina Ali bin Abi Talib.
Ternyata kemunculan menantu Rasulullah SAW itu sangat menggembirakan hati Umar. Ini kerana Umar sedia maklum yang Ali mempunyai idea bernas apabila berhadapan dengan sesuatu isu.
Sememangnya tanggapan Umar tidak meleset kerana Ali sedia memberikan kerjasama tatkala diajukan kepadanya agar mencadangkan tarikh mula untuk dijadikan permulaan takwim bagi orang Islam.
Dengan tenang sebagai insan yang cerdas fikiran dan dalam ilmunya, Ali berkata kepada ahli majlis syura: "Tetapkan sahaja mula hari hijrahnya Rasulullah iaitu pada hari mulanya baginda SAW meninggalkan tanah syirik." Sebaik mendengar cadangan daripada sahabat karibnya itu, Umar dengan serta-merta menerpa dan memeluk Ali sambil diiringi dengan laungan suara 'Allahu Akbar'. Ini kerana mereka begitu gembira dengan cadangan paling bijak dan memenuhi cita rasa seluruh ahli majlis syura termasuklah Umar sendiri.
Demikian sejarah permulaan tahun Hijrah dalam kehidupan umat Islam dan seharusnya kita mengingati akan jasa sumbangan Saidina Umar dan Saidina Ali yang begitu bermakna dalam merencanakan sesuatu buat ketamadunan ummah. Peristiwa hijrah Rasulullah SAW sesungguhnya mengandungi hikmah yang cukup besar. Banyak iktibar yang boleh diambil dan digarap demi kelangsungan kita dalam meniti kehidupan kini.
Kita juga boleh mengambil konsep hijrah itu bagi melakukan perubahan atau transformasi diri iaitu daripada kurang baik kepada lebih baik dan cemerlang, seperti dikehendaki agama.
Seandainya selama ini kita banyak dibelenggu dengan sahsiah diri yang bernoda mazmumah seperti suka khianat, ambillah kesempatan tahun baru Hijrah ini untuk mengubah diri menjadi orang jujur. Jika kita bekerja dan selama ini sekadar melaksanakan tugasan secara sambil lewa bak melepaskan batok di tangga, jadikanlah ketibaan 1 Muharam ini untuk menjadi pekerja yang bertanggungjawab, berintegriti dan komited.
Demikian juga bagi kita yang bergelar ibu bapa, manfaatkanlah kesempatan ini untuk melakukan muhasabah dan menilai kembali tahap tanggungjawab dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak.
Kita tanya diri sendiri, apakah selama ini kita mengasihi mereka dengan sepenuh hati atau kita lebih menumpukan kepada tugas mencari kekayaan dan sibuk dengan kehidupan sosial di luar rumah? Apakah kita sudah memberikan pendidikan agama dan akhlak sebaik mungkin untuk mereka ataupun membiarkan sahaja mereka bergaul dan memilih teman mengikut kehendak sendiri yang kadangkala langsung tidak ada hala tuju? Bagi si anak juga, cuba fikir kembali, adakah selama ini suka menengking ibu bapa, melawan dan membantah perintah mereka? Jika ya, marilah kita sama-sama berubah untuk menjadi anak yang baik.
Ingatlah, menjadi anak soleh atau solehah bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan, malah ia suatu perintah dan kewajipan. Jadi, sekiranya kita gagal menjadi anak yang baik, apa hukumnya? Firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 23 bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. "Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia." Alangkah baiknya sempena hari istimewa ini kita melakukan muhasabah dan memperelokkan lagi sahsiah diri serta sama-sama menuju ke arah kecemerlangan. Semoga 1435 Hijrah ini menjadikan kita hamba yang bertambah ketaatannya kepada Yang Maha Esa, insya-Allah.
Penulis ialah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
'Rumah' liang lahad
7 0 Google +0 0 0
Sao Paulo: Seorang lelaki papa kedana dilaporkan tinggal dalam sebuah liang lahad yang dikongsi bersama rangka sahabat karibnya sejak 13 tahun lalu.
Fabio Beraldo Rigol berkata, dia berpindah ke kawasan perkuburan di Santa Isabel itu selepas menjadi miskin dan mula menagih dadah. Katanya, disebabkan kemelaratan dia dibuang oleh keluarga dan tiada tempat lain untuk berlindung.
"Saya terpaksa keluar dari rumah dan merayau di jalanan.
"Pada satu malam hujan lebat dan entah bagaimana apabila saya sedar, saya berada dalam kubur," katanya.
Disebabkan terlampau melarat, Rigol terpaksa "meminta kebenaran" daripada rakannya untuk menumpang dalam kubur berkenaan.
Kata bekas broker itu, dia hanya keluar meninggalkan kawasan berkenaan untuk meminta sedekah bagi mendapatkan makanan.
RIGOL tinggal dalam kubur rakan karibnya sejak 13 tahun lalu.
Rigol berkata, pada awalnya dia hidup sama seperti orang lain dan bergantung kepada perniagaan untuk mencari sumber rezeki.
"Bagaimanapun perniagaan saya gagal dan saya mula menagih dadah," katanya. Rigol berkata, dia tidak ada masalah hidup dikelilingi rangka dan tanah perkuburan yang sering dikaitkan dengan hantu.
Sebaliknya, kata Rigol, dia lebih takutkan orang yang masih hidup.
"Saya tak pernah nampak hantu walaupun pada ketika tertentu keadaan di sini agak sunyi," katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
6,000 tidak daftar kahwin
0 0 Google +0 1 0
Jeddah: Kedutaan Indonesia di sini mendapati lebih 6,000 rakyat negara itu yang bekerja di Arab Saudi secara haram berkahwin secara tidak rasmi.
Perkahwinan terbabit tidak didaftarkan di mahkamah Arab Saudi dan hanya diketahui selepas tempoh pengampunan diumumkan.
"Wanita Indonesia datang ke sini meminta dokumen perjalanan untuk anak mereka.
"Mereka mendakwa perkahwinan tidak didaftarkan secara rasmi di mahkamah Arab Saudi," kata jurucakapnya.
Jurucakap rasmi Ahmad Saif Aldin berkata, kedutaannya menyelesaikan masalah itu dengan memanggil saksi perkahwinan terbabit.
Mereka memberi keterangan bersumpah untuk memastikan perkahwinan berkenaan sah selain menjalankan ujian perubatan untuk memastikan kanak-kanak terbabit memang anak hasil perkahwinan itu.
Katanya, jumlah anak tidak sah taraf tidak ramai manakala ujian DNA membuktikan hubungan antara ibu dengan anaknya. Sebaik terbukti, kanak-kanak terbabit diberi kan dokumen perjalanan bersama ibunya seperti diperuntukan perundangan Indonesia dan undang-undang kemanusiaan di negaranya.
Katanya, seramai 92,000 pekerja tanpa izin Indonesia di Arab Saudi dengan 88,000 daripadanya di Jeddah. Jumlah itu dipercayai meningkat selepas musim haji dan umrah.
Selain itu, beliau mengesahkan status lebih daripada 11,000 warga Indonesia diputihkan dengan 5,000 pekerja meninggalkan negara itu selepas proses pemutihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Bot pelancong karam di Pattaya
1 1 Google +0 0 0
Bangkok: Sebuah feri pelancong yang membawa penumpang berlebihan karam berhampiran bandar peranginan popular mengakibatkan enam terbunuh termasuk dua warga Russia dan seorang rakyat China.
Pelancong lain yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah 200 orang berjaya diselamatkan, kata polis.
Feri dua tingkat membawa pelancong tempatan dan asing itu meninggalkan Pulau Lan untuk perjalanan 30 minit ke Pattaya petang Ahad lalu, kata jurucakap polis Kolonel Suwan Cheawnavinthavat.
Tidak lama selepas berlepas, masalah enjin menyebabkan penumpang di tingkat pertama lari ke tingkat kedua, mengakibatkan feri itu senget dan akhirnya karam. "Menurut saksi, feri itu tiada jaket atau peralatan keselamatan. "Mereka yang tidak tahu berenang terpaksa mencari tempat untuk berpaut sehingga diselamatkan," kata Suwan yang dihubungi melalui telefon.
Selain tiga pelancong asing yang terbunuh, dua wanita dan seorang lelaki Thailand turut terkorban.
Penumpang yang terselamat termasuk seorang kanak-kanak lelaki Russia berusia 12 tahun yang kini menerima rawatan rapi di hospital. Penumpang lain dibenarkan pulang.
Suwan berkata, feri itu hanya dibenarkan membawa antara 130 hingga 150 penumpang. Berikutan itu, pemandu feri terbabit dicari untuk membantu siasatan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Orang awam ditembak mati di Pattani
0 0 Google +0 0 0
Pattani: Seorang awam terbunuh manakala sukarelawan pertahanan cedera dalam dua serangan berasingan di wilayah Pattani, pagi semalam.
Ketua Polis Saiburi Kol Jirasate Dao-ngerntrakul berkata, Jae-airsoh Yakoh, 52, yang menunggang motosikal ditembak penunggang lain pada jam 6.30 pagi. Sementara itu, pada jam 9.30 pagi polis menerima laporan letupan bom di tepi jalan di daerah Yarang mengakibatkan sukarelawan pertahanan Somphan Limbara, 24, cedera.
Bom itu meletup ketika anggota tentera membuat rondaan di sebuah perkampungan.
Somphan mengalami kecederaan akibat terkena serpihan bom dan dibawa ke Hospital Yarang untuk rawatan lanjut. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Anonymous Indonesia serang laman web Australia
1 0 Google +0 0 0
Sydney: Kumpulan aktivis Anonymous Indonesia semalam mendakwa merosakkan lebih daripada 170 laman web Australia sebagai memprotes laporan mengenai aktiviti pengintipan oleh Canberra.
"Ratusan Laman Web Australia Diserang Untuk OpAustralia Oleh Penggodam Indonesia," katanya di Twitter dengan menyenaraikan laman web yang kebanyakannya perniagaan kecil berakhir dengan domain .au.
Carian untuk laman web terbabit mengeluarkan mesej "Hentikan Risikan Terhadap Indonesia" di bawah gambar bendera Indonesia dengan grafik hitam wajah Guy Fawkes yang digunakan Anonymous di seluruh dunia.
Laman terbabit dipilih secara rawak merangkumi perniagaan katering dan dobi.
Hubungan Australia dengan jirannya Indonesia itu mengalami tekanan selepas laporan minggu lalu mengatakan jawatan diplomatik Canberra di luar negara terbabit dalam rangkaian risikan luas diketuai Amerika Syarikat.
Kerajaan Australia bagaimanapun tidak mengulas isu risikan itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Laman web akhbar digodam
0 0 Google +0 0 0
Singapura: Laman web akhbar terbesar Singapura yang prokerajaan, Straits Times, tidak dapat diakses semalam, tiga hari selepas digodam seseorang yang mendakwa dari Anonymous.
"Ada pengguna mungkin mengalami kesukaran mengakses laman web straitstimes.com website lewat malam tadi dan beberapa laman web Singapore Press Holdings (SPH) hari ini.
"Bahagian Teknologi Maklumat SPH kini menyiasat perkara itu," kata SPH.
Perkembangan terbaru itu berlaku sehari selepas penggodam mendakwa dari Anonymous merosakkan laman web milik perniagaan Australia dan agensi kerajaan Filipina.
Laman web Straits Times gagal diakses sekitar jam 9.30 pagi waktu Singapura sebelum kembali aktif pada jam 11 pagi. Masalah sekali lagi berlaku sekitar jam 2 petang. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Mursi masih anggap dirinya Presiden Mesir
0 0 Google +0 0 0
Kaherah: Mohamed Mursi Isa al-Ayyat melaungkan seruan "Hancur pemerintahan tentera" dan menganggap dia satu-satunya Presiden Mesir sah dalam hari pertama perbicaraan semalam.
Dalam mahkamah, Mohamed Mursi kelihatan berang dan berkali-kali mencelah perbicaraan sehingga memaksa hakim menangguhkan kes berkenaan. Di luar pula, penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin melihat perbicaraan itu sekadar kempen memusnahkan gerakan Islam berkenaan, selain mengembalikan Mesir sebagai negara polis. Perbicaraan itu tidak disiarkan di televisyen dan wartawan dihalang membawa telefon ke dalam mahkamah yang diadakan di sebuah akademi polis. Mohamed Mursi yang berpakaian sut biru dan diletakkan dalam kandang sempat membuat simbol empat jari ditegakkan sebagai melambangkan insiden berdarah Rabaah al-Adawiya pada Ogos lalu.
"Perbicaraan ini haram," katanya, memaksa hakim menangguhkan sidang sebelum ia dijangka disambung beberapa jam kemudian. Ikhwanul Muslimin pula bertekad tidak akan mengendurkan tekanan melalui protes jalanan bagi mendesak tentera mengembalikan Mohamed Mursi sebagai presiden. Pendakwa yang disokong tentera mengheret Mohamed Mursi dan 13 pemimpin lain atas tuduhan menghasut keganasan dalam insiden berdarah di luar Istana Presiden pada Disember tahun lalu. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjara seumur hidup atau dihukum mati. Mohamed Mursi dibawa ke bangunan itu menggunakan helikopter dari lokasi rahsia. Akademi itu turut digunakan untuk membicarakan diktator Mesir yang digulingkan rakyat, Hosni Mubarak. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Saya mahir membunuh: Obama
0 0 Google +0 0 0
London: Presiden Barack Obama dilaporkan bermegah-megah di depan pembantunya dengan mendakwa dia "mahir membunuh orang," dakwa sebuah buku yang mendedahkan kisah kempen pilihan raya presiden AS pada 2012.
Laporan itu diterbitkan ketika Obama memenangi Anugerah Keamanan Nobel pada 2009 berdepan kritikan semakin hebat kerana menggunakan dron bagi menyerang suspek militan di Pakistan dan Yaman.
Biro Kewartawanan Siasatan berpangkalan di London menganggarkan Obama meluluskan 326 serangan dron.
Sejak 2004 pesawat udara milik Agensi Siasatan Pusat AS itu membunuh antara 2,500 hingga 3,600 orang, termasuk 950 orang awam. Buku berjudul Double Down: Game Change 2012 itu ditulis Mark Halperin dan John Heilemann, mula dijual esok.
Pengakuan Obama itu, menurut buku berkenaan, dibuat ketika dia bercakap mengenai program dron dengan pembantunya. Sementara itu, penasihat Obama, Dan Pfeiffer berkata, presiden terbabit sentiasa kecewa mengenai sebarang kebocoran rahsia.
"Saya belum bercakap mengenai buku ini dengan Obama, malah saya belum membacanya, " katanya dalam rancangan This Week terbitan stesen ABC semalam. Obama sentiasa mempertahankan tindakan AS menggunakan dron sebagai langkah memerangi pengganas di kawasan terpencil "sebelum mereka boleh menyerang orang awam." - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Tanam cip dalam badan
3 0 Google +1 1 0
Pittsburgh: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai "biohacker" melalui detik menyakitkan semata-mata untuk menanam cip elektronik yang besar pada lengannya.
Proses itu dilakukan tanpa sebarang ubat bius atau bantuan doktor. Pencipta perisian dari Pittsburgh, Tim Cannon berkata dia memasukkan cip besar itu untuk memantau suhu badannya. Kata Cannon, alat itu berkomunikasi dengan tablet Android melalui sambungan Bluetooth.
"Jika saya mula mengalami demam cip ini akan memancarkan lampu hijau yang boleh dilihat di bawah kulit.
"Ia kemudian menghantar mesej teks untuk memaklumkan keadaan saya," katanya. Menggambarkan dirinya "cyborg buatan sendiri" Cannon berkata, dia adalah manusia pertama di dunia menanam peranti ke dalam badan semata-mata untuk "meningkatkan kualiti diri." Katanya, dia mula berminat mengubah suai tubuh menggunakan peranti elektronik kerana mahu "hidup selama-lamanya." "Saya mahu hidup sehingga beribu-ribu tahun.
"Saya tak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati," katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang "artis mengubah suai tubuh" serta pakar tatu, Steve Haworth.
Kata Cannon, ia dijalankan tanpa menggunakan sebarang ubat bius, sebaliknya cuma meletakkan ais bagi mengurangkan kesakitan. - Agensi
CANNON menunjukkan lengannya yang sudah dimasukkan cip.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/04
Bangkai Ferrari RM792,872
0 1 Google +0 0 0
Paris: Pernahkah anda melihat bangkai kereta sebagai karya seni?
Di Paris, seorang pengumpul karya seni dari Turki membeli bangkai kerta Ferrari 308 GT4 pada harga AS$250,000 (RM792,872) kerana dianggap bernilai tinggi. Media semalam melaporkan, lelaki Turki itu membeli kereta berkenaan digelar Dino daripada seniman Bertland Lavier.
Sumber berkata, tiada sebarang sentuhan tambahan dikenakan pada bangkai kereta berkenaan sebelum dibeli pengumpul terbabit.
Sebelum itu kereta berkenaan dipertontonkan di Pameran Seni Kontemporari Tahunan di Paris, Perancis. Harga pasaran bagi kereta sama yang tidak cacat atau rosak ternyata lebih murah, iaitu kira-kira AS$41,400 (RM 131,300) saja. Sebanyak 2,800 unit kereta model sama dikeluarkan Ferrai antara 1973 sehingga 1980. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/04
Tragedi majlis perkahwinan
2 1 Google +0 0 0
Tabuk: Sebuah majlis pernikahan di Arab Saudi berakhir dengan tragedi apabila bapa pengantin perempuan menembak mati abang bakal menantunya bagi menghalang mangsa memasuki ruang dikhaskan untuk wanita.
Bapa pengantin perempuan sedang meraikan tetamu di dua dewan berasingan - masing-masing untuk tetamu lelaki dan wanita. Saksi berkata, lelaki terbabit mendapati saudara kandung menantunya serta beberapa individu lain cuba menyelinap ke dewan wanita. "Dia kemudian mengeluarkan senapang dan menembak mereka," katanya. Tindakan itu membunuh seorang lelaki, manakala anak lelaki suspek cedera selepas berlaku tembak-menembak di antara kedua-dua pihak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/04
Hogoh Pahang hogoh
8 1 Google +0 0 0
Oleh Asrol Awang
Kuantan: Biarpun tiada sambutan besar-besaran diadakan, skuad Pahang yang muncul juara Piala Malaysia musim ini tetap diraikan dalam kalangan peminat sepanjang perjalanan pulang dari Shah Alam ke Kuantan, semalam.
Selepas meraikan kejayaan bersama penyokong di Bentong, skuad kendalian Dollah Salleh itu disambut pula peminat setia di Temerloh sebelum berakhir di Kuantan.
Ternyata, penantian 21 tahun rakyat Pahang untuk merampas piala berprestij itu sejak kali terakhir dimenangi pada 1992 mendapat sambutan meriah.
Difahamkan, sepatutnya skuad Pahang diraikan secara besar-besaran tetapi ditangguhkan kerana kerajaan negeri Pahang dikatakan bercadang berbuat demikian.
Bagaimanapun, tarikhnya belum lagi diputuskan tetapi kerajaan negeri tetap berbangga dengan pencapaian dipersembahkan pemain.
Pada aksi final kelmarin, Pahang meleburkan impian Kelantan untuk muncul juara apabila mencatat kemenangan 1-0.
PEMAIN, penyokong Pahang meraikan kejayaan membawa pulang Piala Malaysia.
Sementara itu keputusan untuk mengarak Piala Malaysia dalam siri jelajah ke seluruh Pahang akan dibuat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas mendapat tarikh dan kaedah yang sesuai.
Pengurus skuad Tok Gajah Datuk Che Nasir Salleh berkata, perkara berhubung tempat, kaedah yang akan digunakan dan tarikh itu akan dibincangkan selepas mendapat perkenan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu.
"Seperti mana yang dikehendaki oleh Tengku Muda (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah), trofi Piala Malaysia ini akan diarak ke setiap daerah di seluruh negeri Pahang," katanya.
Namun katanya, keputusan itu masih belum dibuat memandangkan perlawanan akhir saingan Piala Malaysia baru tamat kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
Bakal terima imbuhan: Johari
0 1 Google +0 0 0
Kuantan: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bakal mengumumkan imbuhan kepada skuad Tok Gajah yang menjulang kejuaraan Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan, 1-0, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Johari Hussain berkata, setakat ini, beliau belum dimaklumkan Menteri Besar berhubung imbuhan yang akan diberikan.
"Segalanya akan terjawab apabila Menteri Besar mengumumkannya dalam tempoh terdekat," katanya yang turut menyaksikan perlawanan akhir itu.
Jumaat lalu, Adnan mengumumkan kerajaan negeri bersedia menimbangkan pemberian imbuhan bagi menghargai pemain Pahang jika berjaya menjulang Piala Malaysia.
Beliau dilapor berkata, kerajaan negeri sedia menimbang memberi imbuhan bukan saja kepada kesebelasan utama tetapi juag kepada pemain simpanan dan pegawai lain sebagai ganjaran. Malah sebelum meraikan kejayaan itu Adnan sempat mengumumkan cuti peristiwa semalam kepada rakyat negeri Pahang sempena perlawanan akhir itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/05
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.













No comments:
Post a Comment