Thursday, May 15, 2014

Re: RG2011... Fw: UiTM Patut Bangga Pelajar Berfikiran Kritikal

 


Malaysia mengamalkn sistem/prinsip demokrasi di mana rakyat bebas/berhak bersuara / berikn pandangan,buah fikiran,idea2 bernas utk membangunkn modal insan tpi bila bersuara, begini pulak impactnya...

Fening laa... buat bising tak boleh; jika tak buat bising laaaaggiii la tak boleh wehh...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 10 May 2014 00:31:49 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: UiTM Patut Bangga Pelajar Berfikiran Kritikal

 



Nik Nazmi: UiTM Patut Bangga Pelajar Berfikiran Kritikal


KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewajarnya berbangga apabila pelajarnya berani mempersoalkan dasar-dasar negara yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.
"Sebagai institusi yang diasaskan untuk menggalakkan pendidikan bagi masyarakat Bumiputera sepatutnya berbangga dengan mahasiswa bumiputera yang menunjukkan kebebasan intelektual," kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau merujuk tindakan UiTM menghantar surat kepada mahasiswa UiTM Sabah, Mohd Fathihie Gadius yang berdepan tindakan disiplin kerana tulisan di Facebooknya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST).
Tambah Nik Nazmi, tindakan itu menyekat kebebasan berfikir dan bersuara mahasiswa yang menyumbang kepada kedudukan dan reputasi menyedihkan institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Mohd Fathihie pada 28 April lalu menerima surat menyatakan yang beliau melanggar Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook.
Ia dikatakan menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah menerusi beberapa tulisan daripada Oktober 2013 – Januari 2014.

Jika didapati bersalah, Mohd Fatihie boleh digantung daripada universiti dan dihalang masuk kampus.
Dalam pada itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Akta Universiti dan Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
"Malangnya insiden terbaru ini di mana mahasiswa berfikiran bebas ditekan menunjukkan betapa kosongnya janji ini, seperti usaha-usaha 'transformasi' gagal Najib yang lainnya.
"Ini suatu pencabulan pemikiran yang waras dan hak asasi manusia.
"Mahasiswa-mahasiswa ini adalah rakyat Malaysia dan berhak menyuarakan pandangan mereka tentang isu-isu penting awam-termasuk GST," ujar Nik Nazmi. #sumber
 
Komen
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
Anonymous said...

betul ke hadir di perhimpunan jalanan ialah bukti pemikiran kritikal?

 Anonymous said...

Perhimpunan jalanan dengan rusuhan jauh bezanya. Yang diadakan kali ini adalah perhimpunan aman yg mendapat permit maka bagi sy tidak salah turun ke jalan. Sebelum u pertikaikan elok lah u cari definisi critical thinking dan kerajaan demokrasi berparlimen. Jangan jadi shallow or narrow minded. Tapi tak salahkan u sebab hanya di Malaysia sahaja kerajaan pihak pembangkang tidak diberi keadilan dan rakyat diajar supaya brfikiran cetek dan anggap kerajaan betul. Kira u ni produk yg brjaya dihasilkan, nauzubillah minzalik.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi "tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya; MEREKA ITU SEPERTI BINATANG TERNAK, BAHKAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI; MEREKA ITULAH ORANG ORANG YANG LALAI (Al-A'raaf 7: 179)

 Anonymous said...

tidak faham soalan kot. takpe. sekali lagi ... betul ke hadir di perhimpunan jalanan ialah bukti pemikiran kritikal.

jawab soalan ye ...

 
 

YANG MENYEBABKAN UiTM MENJUNAM RANKINGNYA BUKAN PELAJAR MOHD FATHIHIE BIN GADIUS

telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot
 
Yang memburukkan dan menjatuhkan nama baik UiTM bukan budak yang menulis tentang GST dalam facebooknya. Bukan budak itu yang menjadi punca UiTM gagal meningkatkan rankingnya di persada akademi dunia. 

Bukan. Bukan. Bukan.

Yang menjadikan UiTM lembab ialah kerana perbuatan makhluk perosak di UiTM.

TINDAKAN KURANG BIJAK PENGURUSAN UiTM
  
UiTM ini penuh dengan tenaga akademik yang mahir tentang human resource management, politik, constitutonal law, cyber law, human right etc...etc... selain kursus dari jurusan sains gunaan, bangunan, perubatan dan ICT. Tetapi masalah kecil ini yang ditonjolkan.

Kenapa? 

UiTM mahu menyembunyikan makhluk perosak yang sebenarnya? Siapa makhluk perosak itu?

Tak tahu? Biar Yong bagi hints:

BERIKUT ADALAH CIRI-CIRI MAKHLUK PEROSAK DI UiTM:
  1. Berangan-angan nak jadi VC UiTM.
  2. Sengaja tidak buat kerja supaya VC UiTM kelihatan tidak cekap.
  3. Mencantas tenaga akademik yang cekap kerana takut persaingan.
  4. Mengamalkan kronisme yang teruk. 
  5. Memindahkan pelajar dan staff keluar dari kampus induk tanpa perancangan yang rapi.
  6. Menjatuhkan kualiti pembelajaran, dengan menghalang pelajar dari membentuk pemikiran yang kritis.
  7. Gagal menyelesaikan masalah dan isu pelajar postgrads dan menyembunyikannya dari pengetahuan VC.
Sebagai contoh yang berlaku di kampus Seremban 3.
  • Membiarkan pelajar UiTM terkial-kial mencari buku rujukan yang tidak wujud di Perpustakaan UiTM Seremban 3.
  • Membiarkan pelajar UiTM berkejar naik bas turun bas ke tempat lain untuk membuat kerja pengkomputeran kerana makmal komputer di Seremban 3 tidak lengkap.
  • Membiarkan pelajar makan makanan yang tidak berkualiti di kampus Seremban 3, kerana kesukaran mencari makan di tempat lain yang jauh akibat ketiadaan kenderaan.
  • Langsung tidak menunjukkan simpati atau menenangkan pensyarah yang berduka-cita kerana beban kerja di Seremban 3.
SIAPA MAKHLUK PEROSAK DI UiTM?

VC kenalah cari sendiri siapa makhluk perosak itu. Tanya orang lain - orang yang mungkin jauh dari VC. Jangan tanya orang yang di keliling.

Julius Ceaser dikhianati oleh orang kelilingnya...

Tidak mustahil kejadian ini berlaku di UiTM, sebuah IPTA kebanggaan Melayu dan Bumiputera yang menjadi idaman orang tertentu untuk jadi VC.

Yong boleh buat tak tahu saja isu ini. Yong tiada kepentingan di UiTM. Tetapi sebagai orang Melayu yang beragama Islam, Yong mengharapkan yang terbaik sebagai destini anak-anak bangsa.

 
  1. apa susah bila gagal salahkan bangsa lain..kalau tak caya tanya isma

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment