Sunday, May 25, 2014

RG2011... Jakim perlu tarik semua sijil halal pengeluar Cadbury

 

Jakim perlu tarik semua sijil halal pengeluar Cadbury
Posted on Sunday, May 25 @ 20:29:49 MYT



Berita KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik ke semua sijil halal yang diberikan kepada syarikat pengeluar jenama Cadbury, Mondelez Malaysia Sdn Bhd.

Beliau terkejut dengan keputusan Jakim yang hanya menggantung sijil halal bagi dua produk Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi (porcine).

"Sepatutnya Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar Cadbury dengan menggantung kesemua sijil halal dan bukannya hanya dua produk sahaja," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sikap tidak bertanggungjawab syarikat tersebut bukan hanya menipu dengan penggunaan sijil halal malah seluruh umat Islam di negara ini.

"Bagi saya perkara ini pasti akan berulang lagi pada masa akan datang, tindakan tegas perlu diambil oleh Jakim.

"Selain menarik keseluruhan sijil halal, Jakim perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut atas kesalahan mempergunakan sijil halal dan tidak peka dalam urusan kendalian mereka," sambung beliau.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan DNA babi (porcine) dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badan Cadbury Dairy Milk.

Perkara itu disahkan semalam oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - HARAKAHDAILY 25/5/2014

sumber

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment