Sunday, May 25, 2014

Re: RG2011... Fw: Kementerian Kesihatan sahkan DNA khinzir [8 Attachments]




On Sunday, May 25, 2014 3:59 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 


Jakim tarik balik sijil halal 2 produk Cadbury

bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot
 
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

 

Bertahun rakyat Malaysia makan 'babi' rupa-rupanya..!

kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Adakah kita boleh saman syarikat ini?
 

Kementerian Kesihatan sahkan DNA khinzir dalam coklat Cadbury

telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.
Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar luas melalui aplikasi media sosial semalam.
Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.
Tambah Noor Hisham, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.
"Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya," katanya.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).//(TMI)
 

Coklat Cadbury Mengandungi Lemak Babi. Sah!

telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Pihak yang bertanggungjawab dalam hal memproses ini langsung tidak mengambil berat soal halal haram masyarakat islam.

Berapa ramai yang dah jadi mangsa?
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MENGESAHKAN COKLAT CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT DAN ROAST ALMOND DIKESAN ADA DNA KHINZIR (PORCINE)

omakkau.blogspot.
Kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa setelah dijalankan analisis dari sampel-sampel dapati  i)  Coklat Susu Dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan  ii)  Coklat Susu Dengan Buah Badam  - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015 mengandungi DNA khinzir (porcine).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA   : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN
         Perhubungan Awam
         Unit komunikasi Korporat
         Kementerian Kesihatan Malaysia
TEL    : 03-8883 2782
EMEL   :
n.suzaman@moh.gov.my
 

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk

bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.

Sementara itu Astro Awani melaporkan.. Pengerusi Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan kesal dengan isu dua cokelat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. yang mengandungi DNA babi (porcine) dan mahu semua cokelat keluaran syarikat berkenaan ditarik balik.

"Kami amat kesal dengan kejadian ini. Kami mahu pihak Cadbury bertanggungjawab sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia terus menggugat keyakinan pengguna kepada produk berkenaan," kata beliau.

Beliau turut mahukan semua produk Cadbury yang diproses di kilang yang sama ditarik balik atau digantung dari pasaran.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

"Keyakinan terhadap produk Cadbury sudah tergugat. Produk-produk yang lain turut diproses di kilang yang sama cuma mungkin bahan yang sama tidak dapat dikesan," kata Nadzim.

Pihak PPIM juga mahukan pihak JAKIM untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan sijil halal supaya mengajar syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk tidak mengambil kesempatan.

"Perlu ada SOP dimana pihak JAKIM atau berkuasa untuk mengambil persampelan rawak (random sampling) yang dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali keatas semua produk. Ia sebagai langkah supaya perkara ini tidak berlaku.

"Sebelum ini, pihak JAKIM akan memberikan kompaun, nasihat atau amaran kepada pihak pengeluar dan kemudian memberikan akan memberikan sijil halal kembali. Namun, pihak JAKIM perlu memperketatkan SOP mereka," kata Nadzim.

Beliau turut berkata isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menjejaskan pengguna umat Islam tetapi mereka yang vegetarian yang tidak boleh mengambil sebarang kandungan dari binatang.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata tindakan yang tegas perlu diambil keatas pengeluar supaya mereka tidak mengambil mudah tentang isu ini.

"Kita juga tidak boleh menyalahkan pihak JAKIM sepenuhnya kerana pengeluar akan memberikan sampel kepada JAKIM untuk mendapat sijil halal namun ia tidak praktikal untuk JAKIM memantau setiap produk mereka.

"Pihak pengeluar perlu bertanggungjawab dan mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mereka tidak boleh mengambil mudah tentang ramuan yang digunakan selepas mendapat kelulusan sijil halal," kata Shaani.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

Sementara itu, JAKIM menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim.

Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Kenyataan Cadbury berkaitan dua produk positif DNA babi

Syarikat Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta hari ini.
Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Ia susulan penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd dalam suatu kenyataan hari ini memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.
Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.
Pihak Cadbury juga sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.
"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.
"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya dipetik Sinar Harian.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Saturday, May 24, 2014 12:50 AM
Subject: Fw: Benarkah Coklat Cabbury Dairy Milk ada "DNA BABI"...!!??



No comments:

Post a Comment