Alhamdulillah.. rupa-rupanya masih buka pej. Zakat, ingatkan dah tutup tadi..!!
kedahlanie.info
Jabatan zakat jelas status bantuan kepada penerima
ALOR SETAR - Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) menjelaskan, penerima bantuan wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak layak menerima agihan zakat.
Pegawai Zakat Kota Setar, Logman Husain berkata, pendedahan mengenai agihan zakat dibuat kerana kemusykilan orang ramai terhadap pengagihan bantuan kepada penduduk miskin.
"Jabatan zakat tidak dapat memberikan sumbangan kepada penduduk terlibat, jika dia sudah menerima bantuan kewangan bulanan daripada pihak lain.
"Namun, bantuan diberikan kepada mereka akan dipertimbangkan apabila membabitkan kes tertentu. Sebagai contohnya, pemohon memiliki anak yang ramai dan masih bersekolah," katanya.
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai keadaan warga emas, Sofiah Dahalan, yang mengambil upah mengupas bawang demi menyara kehidupan mereka anak beranak.
"Tinjauan kami mendapati warga emas yang tinggal bersama anaknya di Kampung Melayu, dekat sini, menerima bantuan sebanyak RM450 secara keseluruhannya daripada pihak lain," katanya.Pegawai Zakat Kota Setar, Logman Husain berkata, pendedahan mengenai agihan zakat dibuat kerana kemusykilan orang ramai terhadap pengagihan bantuan kepada penduduk miskin.
"Jabatan zakat tidak dapat memberikan sumbangan kepada penduduk terlibat, jika dia sudah menerima bantuan kewangan bulanan daripada pihak lain.
"Namun, bantuan diberikan kepada mereka akan dipertimbangkan apabila membabitkan kes tertentu. Sebagai contohnya, pemohon memiliki anak yang ramai dan masih bersekolah," katanya.
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai keadaan warga emas, Sofiah Dahalan, yang mengambil upah mengupas bawang demi menyara kehidupan mereka anak beranak.
Difahamkan, anak lelaki warga emas terbabit, Rosnizam Yusof, yang mengambil upah menjual barangan terbuang turut menerima bantuan kewangan daripada pihak sama.
Malah, katanya, siasatan dilakukan pihaknya mendapati kebanyakan penduduk kampung berkenaan sudah menerima bantuan bulanan daripada jabatan zakat.
Namun, katanya, pihak mereka menggunakan peluang yang ada melawat kediaman Sofiah, sekali gus memberi bantuan keperluan harian segera.
Orang ramai diminta menghubungi talian JZNK 04-733 1740 dari 8 pagi hingga 5 petang ataupun menghubungi Bahagian Korporat, Ahmad Hambali Mohd Puat untuk sebarang maklumat mengenai bantuan.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Thursday, May 22, 2014 12:26 AM
Subject: Fw: Gempar.. Pejabat Zakat Alor Setar dah tutup ?
Gempar.. Pejabat Zakat Alor Setar dah tutup, sebab itu makcik nie uat kerja kupas bawang selama 17 tahun
kedahlanie.info
Upah RM10 sehari dibahagi tiga
ALOR SETAR - Seorang warga emas mengambil upah mengupas bawang sejak 17 tahun lepas demi menyara kehidupan dia anak beranak di Kampung Melayu, Jalan Teluk Wanjah, dekat sini.
Sofiah Dahalan, 65, berkata, dia menerima upah RM1 untuk setiap bungkusan bawang dikupas untuk perniagaan martabak.
"Kalau ada 10 bungkusan bawang, boleh kata banyaklah upahnya, iaitu RM10 sehari. Namun, kuantiti bawang diterima tidak menentu setiap hari.
"Kadang-kadang banyak, kadang-kadang tidak. Bagaimanapun, wang upah akan dibahagi tiga dengan dua jiran, yang turut sama membantu makcik hampir setiap hari," katanya.
Sofiah berkata, dia yang menghidap kencing manis mempunyai lima anak, namun salah seorang daripadanya sudah meninggal dunia tiga bulan lepas akibat gout.
Kini, katanya, dia tinggal bersama dua anak lelakinya, Rosnizam Yusof, 42, dan Mohd Rozi, 32, dalam sebuah kediaman usang milik arwah suaminya itu.
Menurutnya, anaknya, Rosnizam yang merupakan duda anak lima mencari rezeki sebagai pengutip sampah, manakala adiknya pula sebagai kelindan lori sambilan.
"Melalui kutipan bahan buangan seperti besi buruk, kertas mahupun botol kaca dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, dapatlah Rosnizam pendapatan sekitar RM20 sehari," katanya.
Bagaimanapun, Rozi dikatakan tidak dapat bekerja apabila terpaksa merehatkan diri buat sementara waktu berikutan baru menjalani pembedahan apendiks.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais berkata, warga emas terbabit menerima bantuan am (BA) sebanyak RM150, manakala anaknya elaun pekerja cacat (EPC) RM300.
Justeru, mereka yang berhasrat meringankan beban keluarga Sofiah boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik anaknya (02122-29-00009053-7).

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment