MB Selangor lawat 5 beradik yatim piatu, Najib lawat panda
Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.
Sehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.
Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan 'atuk'.
Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
"Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
"Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup," katanya, seperti dilapor SelangorKini.
Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.
Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.
"Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung 'power rangers'," guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.
Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.
Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan
jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.
Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.
Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61732
TSKI ZIARAH 5 BERADIK YANG KEHILANGAN IBU BAPA DI TAMAN DESA CHERAS.
Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan 'atuk'.
Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
"Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
"Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup," katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.
Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.
"Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung 'power rangers'," guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.
Selepas hampir sejam meluangkan masa, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.
Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.
Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.
Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.
SEKELIP MATA 5 BERADIK JADI YATIM PIATU,IBU DAN BAPA MAUT DIGILIS LORI
KUALA LUMPUR: Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.
Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.
Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.
Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bantuan dan sumbangan anda amat diperlukan..
Susulan kes kemalangan maut pasangan suami isteri yang digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew pagi tadi. Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak berumur diantara 3 hingga 15 tahun.
Kami sepakat admin2 page memberikan amanah kepada pemilik akaun ini untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa..
No akaun : 164593088136 (Maybank)
Nama pemegang akaun : Ramlah Jais
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz32Y8w0qsX
sedakasejahtera
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment