Sah ada DNA babi
Oleh Suraya Roslan dan Ainul Fatihah Mansor-Metro
Putrajaya: Keputusan ujian analisis dibuat Kementerian Kesihatan mendapati dua daripada tiga sampel coklat Cadbury yang diambil baru-baru ini, disahkan mengandungi DNA babi (porcine).
Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sampel berkenaan adalah daripada Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
"Manakala satu lagi sampel iaitu Coklat Susu (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan mengandungi porcine.
SEORANG pekerja mengeluarkan set coklat Cadbury selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua produk coklat jenama itu mengandungi DNA babi di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, semalam.
"Sehubungan itu, pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk yang terbabit dari pasaran serta-merta," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment