Monday, May 26, 2014

Re: RG2011... Fw: Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar2an.. [1 Attachment]

Wahai semua umat islam, berpesan-pesanlah diatas perkar yang baik dan ingat mengintati satu sama lain.diatas perkara agama. Adapun hutang itu wajib dibayar. Ingatlah jika kita mati dalam masa kita masih berhutang maka semua amal kebajikan dan pahala ang kita telah lakukan tidak akan naik kelangit dan tidak sampai untuk pengiraanj amalam kita diakhirat kelak sehinggalan ada waris kita yang tolong menyelesaikan semua hutang-hutang kita masa didunia. Oleh itu saya nak nasihatkan kepada sesiap sahaja ang ada hutang kepada sesiapa pun adalah wajib membayarnya semula. Adalah menjadi kewajiban kepada sesama kita ingai mengingati antara satu sama lain dalam hal agama. Waallahwalam.


On Tuesday, May 27, 2014 9:20 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 


[JOM] Gerakan Boikot Bayar Pinjaman PTPTN Besar-Besaran..

kedahlanie.info
 

Nampaknya, ada peminjam ptptn yang masih tidak yakin dengan aku. nah, aku letak kad pengenalan aku. ingat aku takut ? sikit pun aku tak goyang lah. sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar ptptn pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana ptptn ditubuhkan. korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun. boleh ?

Saya Qadafi bin Muhamad Shuib ingin menyeru kepada 956,018 peminjam yang masih membayar PTPTN supaya bersama-sama saya
https://www.facebook.com/qadafimuhamadshuib untuk berhenti membayar PTPTN pada saat ketika ini juga sehinggalah Pilihanraya Umum 14 nanti, yang mungkin diadakan pada tahun 2018.

Tujuan utama untuk kita berhenti bayar PTPTN adalah untuk :

1. Memprotes tindakan PTPTN yang ternyata mengenakan kos pentadbiran dengan tujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Kami diberitahu bahawa PTPTN hanya membelanjakan RM65 juta setahun untuk menjalankan operasi, jadi kadar faedah 1% daripada berbilion-bilion yang diberikan setiap tahun adalah jauh lebih daripada yang diperlukan"

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/

2. Sebagai bantahan kepada resolusi yang gagal dilaksanakan oleh Meja Bulat PTPTN yang telah dibuat pada 11 April 2012.
"Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan"

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271

3. Menunjukkan rasa tidak puas hati kepada tindakan PTPTN yang mengenakan caj insurans yang semakin membebankan para peminjam PTPTN.

4. Sebagai tanda kecewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang tidak mengendahkan cadangan peminjam PTPTN untuk menghapuskan kos pentadbiran PTPTN yang telah dikemukakan untuk Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013.

5. Pembayaran balik PTPTN telah jatuh hukum sebagai haram kerana kos pengurusannya telah melebihi kos sebenar.

"Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kadar faedah 1% yang dikenakan terhadap kos pentadbiran PTPTN adalah terlalu banyak berbanding perbelanjaan mengurus sebenar perbadanan itu"
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/

"Semua caj yang melebihi kos sebenar perkhidmatan adalah haram"
http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/ptptn-haram-caj-lebihi-kos-sebenar.html

Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap peminjam PTPTN yang mahu mengambil keputusan untuk berhenti bayar PTPTN. Justeru, walau apa pun yang akan terjadi nanti, saya yang akan menerima risikonya. Dengan ini, anda tiada alasan lagi untuk ragu-ragu dan bimbang untuk berhenti bayar PTPTN.

Akhir sekali, saya akan upload penyata PTPTN saya pada setiap bulan sebagai bukti saya kotakan janji saya untuk tidak lagi membayar PTPTN. Saya amat berharap sekali pada tahun 2015 nanti, sasaran 1,000,000 peminjam untuk berhenti membayar PTPTN akan tercapai.

==========================================
Yang kat atas neh ialah kisah seorang peminjam PTPTN yang mendesak peminjam2 PTPTN yang lain untuk bersama2nya dengan TIDAK membayar pinjaman PTPTN masing2.

Boleh baca apa yang dia tulis di atas perenggan demi perenggan kenapa dia buat gerakan di atas. Ada facebook dia yang korang boleh follow kalau berminat untuk bersama2 terlibat dalam gerakan boikot bayar pinjaman PTPTN.

Aku secara jujurnya memahami kenapa dia buat macam tue. Dan berharap gerakan dia akan menemui kejayaan sehingga membuatkan kerajaan tunduk ke atas tekanan pelajar.
 


No comments:

Post a Comment