Monday, May 26, 2014

RG2011... Fw: Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta

 



Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta

greenboc.blogspot

Sombong, berlagak, poyo! Itulah yang boleh diungkapkan terhadap seorang gadis selepas dia mengupdate statusnya di Facebook semalam. Dengan tulisan yang biadab dia menghina sebuah kereta yang dipercayai lebih murah daripada kereta bapanya dengan memanggil kereta tersebut sebagai 'kereta murah'.

Difahamkan, kereta bapa gadis berkenaan telah berlanggar dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. Ekoran marah dengan kejadian itu(kot), gadis tersebut bertindak menulis status di Facebook dengan nada menghina kereta yang berlanggar dengan kereta bapanya dengan melabelkan kereta tersebut sebagi 'kereta murah'.

Malah dia membandingkan kereta bapanya dengan kereta tersebut umpama air tin berlanggar dengan air kotak. Tidak cukup dengan itu, dia juga menghina cat kereta tersebut sebagai lebih murah daripada cat kereta bapanya.

Inilah keruntuhan akhlak remaja zaman sekrang. Tiada lagi timbang rasa dan hormat menghormati sesama kita. Bahkan mereka menjadi sombong dengan kekayaan sementara yang dikurniakan kepada mereka itu. Semoga anda yang membaca tidak terikut-ikut dengan perangai gadis ini. Jadikanlah perkara ini sebagai sempadan kepada kita semua. -kongsi2ceritaonline

comments:

Anonymous said...

mmg murah pun kereta wira tu ttp jual pd rakyat mahal nk mampus...bg gadis tsb jgn menyombong diri...mati nnt hnya 7 helai kain putih yg murah akan balut tubuh tu...semua akan tggl..kereta akhir anda adalah kereta mayat...ok

Anonymous said...

Sombong memang sombong malah tak dinafikan memang sombong. Kalau anaknya dah macam tu, bapanya bertingkat-tingkat lagilah gamaknya.

Tapi pengeluar kereta manalah agaknya yang buat kereta berstandard kotak minuman tu kemudian jualnya ikut standard harga tong gas untuk rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Inilah remaja hasil keluaran zaman ini, parent sibuk dengan memberi anak tuition solat tah kemana...... Tak pandai ngaji Quran dan Solat OK....
Tak pandai sains dan sukan mampus kau..... Pengaib keluarga.....

saffron rice said...

Memang agak mcm sombong,, mungkin budak budak lagi
Tapi nampak kemulian hati krn mempunyai perasaan kasihani,,, keluarga telah memdidik dgn baik agar mempunyai perasaan,,,,
Memang mati tiada apa yg kita bawa kecuali amal ibadat jariah dan doa anak yg salih,,
Semua org tahu,, tapi kat dunia hidup kena di teruskan dan org akan pandang mulia jika semua org Islam bersederhana dan bejaya atau mewah dgn cara yg betul,,
Baru lah org tengok Islam ada class selain dari menuruti apa yg di suruh Allah ,,
Takan org Islam nak merepat minta sedekah sana sini bawa tin MILO,,,

Anonymous said...

budak-budak punya statement pun nak ambil pot ke?
langgar belakang tu...

fidel castro said...

cuba test kereta bapa kau tu dengan lori, nak tengok sapa yang best.

non che amah said...

Lek eleh...itu kereta bapak engkau, bukan kereta engkau. Apa yang kau punya ? Nothing tak de mende !

Anonymous said...

Tak salahkan gadis itu, dia cuma fotokopi ibubapanya dari kasta berduit tetapi kekurangan dari sudut spiritual...nilai moral dan keagamaan mendidik kita agar punyai rasa rendah diri tdk angkuh dan megah dgn diri sendiri apa lagi dgn memandang hina kpd org lain hanya krn org itu lebih kekurangan. Gadis itu boleh cakap besar sekarang tapi akan datang belum tentu lg dia masih miliki kesenangan. Dunia bagai roda. Apa yg gadis itu harus diajar oleh papa mama dia ialah pabila maut menjemput dia tidak lebih mulia drpd pakcik yg langgar kereta papa, takda pakaian mahal perhiasan yg akan baluti tubuhmu kecuali kain putih serta kenderaanmu yg bawa ke liang lahad usungan keranda. Nilai dirimu gadis papa mama sama dgn pck kereta murah itu.

Mat Bon said...

Mengapa kita nak fokus kepada ayat-ayat sombong, sedangkan ada juga ayat-ayat yang menunjukkan gadis itu dan keluarganya 'tak sampai hati' nak minta ganti dari pakcik tersebut ;]. Mungkin anak gadis tu cuma kurang bijak memilih perkataan ...

Anonymous said...

Murah di dunia tak apa .jangan murah diakhirat.

Anonymous said...

Bawak kubor la nnti bila mati. Sekolah x habits mati nnti tanam skali ngan krete tu

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment