Tuesday, May 27, 2014

RG2011... Fw: AKHIRNYA TAN SRI SABARUDDIN CHIK SAHKAN

 



 

Deepak, Hutang RM40juta Bank Rakyat, Najib Razak Dan Hasan Malek.

 
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.blogspot
Ada sesuatu yang pelik disini.

Sangat pelik.

Cuba fikir.

1. Apa kaitan Deepak dengan Hasan Malek?

2. Kenapa Hasan Malek beria2 nak bantu Deepak selesaikan masalah hutangnya dengan Bank Rakyat?

3. Kenapa Deepak diberikan kelonggaran untuk pinjam tanpa faedah sedangkan rakyat pula asyik dihadapkan dengan kenyataan 'hutang wajib dibayar oleh penceramah2 fb' akibat permainan persepsi yang dimanipulasikan oleh pemimpin2 negara?

4. Apa peranan Najib Razak disini memandangkan Deepak dikatakan rapat dengan pentadbiran Najib Razak? Adakah Hasan Malek bertindak menyelesaikan hutang Deepak tanpa faedah atas arahan Najib Razak?

5. Apakah tugas yang dimainkan oleh Deepak memandangkan nama dia selalu disebut2 dalam pelbagai skandal yang kontroversi?

6. Apakah benar Deepak rapat dengan Mahathir?

7. Bekas pengerusi Bank Rakyat orang Mahathir ke?

8. Ini adalah rancangan untuk jatuhkan kepimpinan Najib ataupun ini sememangnya bukti yang nyata menunjukkan pentadbiran Najib sememangnya bermasalah?

9. Hasan Malek neh tukang cover bagi Najib Razak ke itu sebab dia kekal sebagai menteri walaupun lain macam bengapnya?

10. Apa tindakan SPRM, PDRM dan pihak2 berouthoriti selepas membaca luahan oleh bekas pengerusi Bank Rakyat?

 

AKHIRNYA TAN SRI SABARUDDIN CHIK SAHKAN JAWATANNYA SEBAGAI PENGERUSI BANK RAKYAT TIDAK DISAMBUNG GARA-GARA CAMPUR TANGAN HASAN MALEK KERANA ENGGAN TUNDUK ARAHANYA LULUSKAN PINJAMAN RM40 JUTA SELAMA 30 TAHUN TANPA FAEDAH KEPADA DEEPAK JAIKISHAN!!!!

omakkau.blogspot.
 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabaruddin memberitahu individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.

Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.

Difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.

Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.

"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.

Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment