Sunday, May 25, 2014

Re: RG2011... Fw: Air Tangan Orang Yang Tak Solat Lebih Hina Dari Anjing

 

"Wa maa 'arsalnaka Ilaa Rahmatan Lil 'Alamin"...Tidak Kami utuskan kamu (Ya Muhammad SAW) melainkan pembawa Rahmat ke seluruh alam"...Al Ambiya 21:107

Anjing itu adalah makhluk ciptaan Allah SWT seperti manusia juga cuma manusia sebagai Khalifah diberikan sedikit kelebihan dengan akal yang sempurna.  Bahkan anjing adalah haiwan yang pintar dan lebih taat kepada Pencipta dan tuannya daripada kita manusia.  Mana yang lebih mulia dan mana yang lebih hina?...Cuma anjing itu sedihnya terhukum sebagai makhluk yang apabila disentuh bulu dan badan nya dalam keadaan basah adalah najiz mugholazah.. Bahkan nama anjing turut disebut didalam Al Koran AlKahf Surah 18:22 "Nanti ada orang yang akan mengatakan (jumlah mereka) Bertiga dan anjingnya yang keempat.  Dan yang lain berkata berlima dan anjingnya yang keenam - mereka daripada yang ghaib - dan ada lagi yang mengatakan bertujuh dan anjingnya yang kedelapan.  Katakan Ilahmu lebih mengetahui jumlah mereka dan yang mengetahuinya hanya sebahagian kecil.  Dan janganlah engkau bertengkar dalam hal itu, hanya pertengkaran di lahir saja, dan janganlah engkau menanyakan hal itu kepada seorang pun di antara mereka"...

Al Koran menceritakan kish tiga pemuda beriman yang dilindungi Allah SWT didalam sebuah gua ketika mereka dizalimi orang2 fasikh dan kufr....dan bersama mereka yang Allah SWTlindungi adalah anjing mereka makhlukh Allah!

Jadi siapa lah kita manusia yang mengakui beriman sangat dah menghina makhluk yang Allah SWT yang menciptanya???...."Dan binatang2 yang ada di bumi dan burung2 yang terbang dengan kedua sayapnya, adalah bangsa2 seperti kamu juga. Tiadalah Kami abaikan sedikit pun didalam Kitab, kemudian mereka akan dikumpulkan kepada Ilanya..Dan orang2 yang mendustakan keterangan2 Kami, mereka pekak, bisu dan di dalam gelap gulita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah niscasya dibiarkanNya sesat, dan siapa yang disukaiNya, niscaya diletakkanNya dijalan yang lurus"..An Namn 6:38-39

Anjing adalah haiwan yang selalu digunakan oleh manusia didalam kehidupan masyarakat di Barat untuk membantu mencari mangsa2 ketikan dilanda bencana musibah tanah runtuh, pengawal keleselamatan, terapi syndrom kanak2 dan orang2 tua juga orang kurang upaya....

Jadi kita sebagai manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penguasa bumiNya bertanggungjawab untuk melindungi dan mengambil iktibar dan jangan lah buta buta mata dan hati daripada berlaku ikhsan kepada semua haiwan2 yang tidak redha diri mereka dikorbankan spt kucing, anjing dll)SWT..

Jangan lah kita masih dikuasai oleh tipu muslihat Iblis dengan sifat keji nafs sombong dan bongkak "Ana khairum minhu" (Aku lebih mulia daripada dia)terhadap makhluk selain manusia!  Allahu 'alam

'Sharing is caring is learning and loving all mankind, creatures and creations of Allah'

Suraya Al Fakeer
The Silaturrahim/Ricoi/Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin/Halfway Home for Animals/Bela Miskin Tegar/Tahfeez As Siddiq
18:22-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, May 24, 2014 12:48 AM
Subject: RG2011... Fw: Air Tangan Orang Yang Tak Solat Lebih Hina Dari Anjing

 


Air Tangan Orang Yang Tak Solat Lebih Hina Dari Anjing

bloglist-malaysia.blogspot.
pariajalanan.blogspot.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama. boleh share antara kita...


__._,_.___

Posted by: surayati othman <datinsuraya@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment