Sunday, May 25, 2014

RG2011... Coklat Cadbury Ada DND Babi

 

Mesyuarat khas JAKIM, Cadbury hari ini

2014/05/26 - 03:21:00 AM 
Mesyuarat khas JAKIM, Cadbury  hari ini
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bersemuka dengan pengurusan syarikat pengeluar coklat, Cadbury, yang dikesan menggunakan DNA babi dalam dua produk keluarannya menerusi mesyuarat hari ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata mesyuarat khas itu turut disertai Jabatan Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia.Beliau berkata, segala maklumat mengenai keputusan mesyuarat itu akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui media bagi mengelak keresahan.


Panggil syarikat

Segala keputusan mesyuarat terbabit akan dimaklumkan kepada media sebaik saja mesyuarat selesai. JAKIM memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perkara ini.

Sehubungan dengan itu, JAKIM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam, katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Semalam akhbar melaporkan, JAKIM menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.

Penemuan DNA itu dikesan oleh Kementerian Kesihatan, dalam produk coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment