Wednesday, May 7, 2014

Re: RG2011... Jangan Suka2 Masukkan Non Muslim Dalam Neraka - Mari Baca Keterangan MAZA.

 

Assalamualaikom. Mohon maaf terlebih dahulu...

Dalam persoalan ini, usahlah kita tersilap tafsir pula. Kuffur dan Kafir itu mempunyai istilah yang berbeza. Orang Kuffur tidak semestinya dimasukkan ke dalam neraka tetapi orang Kafir pula neraka adalah tempatnya malah menjadi bahan bakar pula.

Kuffur : Adalah untuk mereka yang tidak tahu langsung akan agama Islam. Dengan ertikata lain mereka yang tidak dapat maklumat @ penerangan tentang Islam.

Kafir : Mereka yang telah mendapat maklumat & penerangan tentang Islam malah mengetahui akan agama Islam tetapi tetap menolak akan kebenaran agama ini.

Masyarakat bukan Islam di Malaysia juga tidak semuanya Kafir, mungkin juga mereka termasuk dalam golongan Kuffur. Mengapa saya perkatakan demikian? Malah kita yang beragama Islam ini pula akan disoal di akhirat nanti & mungkin dipersalahkan oleh mereka dari golongan yang Kuffur ini. Mengapa??

Mari kita rujuk & fahami sedikit petikan dari Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW.

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada 
orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. 
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba Mu."

- Mengapa Nabi menyeru Wahai Manusia... Bukannya Wahai kaum Muslimin.
Kerana Nabi menyeru (berdakwah) kepada semua manusia bukan untuk kaum muslimin sahaja.

- Nabi juga berpesan sampaikanlah kata-kata baginda kepada orang yang tidak hadir pada hari tersebut.
Beruntungnya kita kerana telah menerima pesanan Nabi dari orang-orang terdahulu yang disampaikan melalui ibubapa, datuk nenek serta moyang keturunan kita. Menjadi tanggungjawab kita juga untuk menyampaikan pesanan Nabi kepada mereka (manusia) yang lain (yang masih belum beragama Islam/belum memahami Islam). Menyampaikan dakwah pesanan Nabi ini bukan terletak kepada pemerintah, guru-guru Agama, para Imam Masjid @ ustaz-ustaz sahaja. Menyebarkan agama Islam ini kepada yang bukan Islam menjadi KEWAJIPAN kepada semua orang-orang Islam termasuk kita kerana kita telah faham akan Islam dan dikira telah menerima pesanan Rasulullah SAW.

- Nabi juga menyebut perbezaan setiap Muslim adalah dalam taqwa & amal soleh.
Taqwa & amal soleh ini bukan sahaja dalam bentuk solat, puasa, zakat sahaja tetapi meliputi semua perkara berkaitan agama. Jika seseorang itu bersolat, berpuasa, berzakat tetapi masih menyakiti orang lain... Apakah ianya tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa & beramal soleh??

- Ingat!!! Nabi juga berpesan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah suatu hari nanti.
Inilah yang dikatakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim adalah untuk menyebarkan agama Allah ini dan memberi kefahaman Islam kepada mereka yang belum memahami Islam.

- Akhirnya Nabi menyebut "Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba Mu."
Disini tanggungjawab Nabi telah selesai kerana baginda telah menyampaikan segala peringatan Allah kepada Manusia termasuk mereka yang akur @ yang engkar. Mengapa Nabi menyebut "Saksikanlah Ya Allah" bukannya "Saksikanlah wahai Manusia".  Kerana tugas menyampaikan risalah agama Allah ini adalah perintah dari Allah bukannya dari manusia.

** Oleh itu sekiranya kita belum menyampaikan dakwah Islam kepada 'Non Muslim' yang lain bermakna kita akan dipertanggungjawabkan kerana tidak memberi penerangan kepada mereka. Setelah Nabi wafat, siapa lagi yang akan menyampaikan dakwah Islam ini kalau bukan kita yang beragama Islam. Usah pergi jauh, sudahkah kita memberi penerangan tentang agama Islam kepada jiran-jiran 'Non Muslim' sekitar kediaman kita hingga mereka tertarik & berhijrah kepada agama Islam.

Wallahu'alam....



>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<



Pada 28 April 2014 2:15 PTG, md deris ellylilianna <ellylilianna@yahoo.com> menulis:
 

Rujuk 64:10 
'Dan orang-orang yg kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali'.
maksud org kafir = orang yang ingkar..rujuk surah Ar-Rum 30:45 
On Monday, 28 April 2014, 7:54, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:
 
Mengata orang kafir masuk neraka tu memang ada lojiknya, tapi ada segelintir orang Islam yang mengatakan orang Islam yang tak ikut fahaman mereka juga ahli neraka, macamana pulak?


2014-04-25 8:10 GMT+08:00 ryus <lebuhraya@gmail.com>:
 
Salam...
Orang2 yg tidak menyembah Allah yg menyekutukan Allah sama ada baik atau jahat maka neraka lah tempat nye...Bukan manusia yg kata...tetapi Al Quran yg berbicara sedemikian...



2014-04-23 15:26 GMT+08:00 Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>:

 

Jangan Suka2 Masukkan Non Muslim Dalam Neraka - Mari Baca Keterangan MAZA.

Aku rasa ini mungkin ada kaitan dengan isu R.I.P yang tersangatlah kecoh baru2 neh oleh ISMA dan JAKIM.

Aku suka point MAZA. Aku rasa ini satu penjelasan yang menarik untuk tidak suka2 membuat kesimpulan melulu dengan meletakkan pandangan asalkan dia non muslim maka pengakhiran dia adalah di neraka sepertimana yang pejuang2 Islam selalu sebut. Teringat kata2 encik Hafizdi (AMAN PALESTINE), mana tahu dengan kata2 yang baik kepada simati non muslim boleh melembut hati non muslim untuk mengenali Islam disebabkan kelembutan jiwa penganut2 Islam. Ini belum pape dah cakap orang tue masuk neraka apa bagai. Belum pape dah hina sana hina sini. Lepas tue dok sembang kencang lawan2 oiii napa dorang semua dok tolak Islam. Tengokla akhlak lue macam mana bhai. Lue rasa orang mao dekat dengan Islam ke belum pape lue tunjuk perangai racist dan kurang ajar lue kat non muslim?

Lihat ;


3 golongan.

1. Yang tidak sampai Muhammad SAW kepadanya (dakwah Islamiah).

2. Yang sampai Muhammad SAW kepadanya yakni berjiran dengan negara2 Islam.

3. Yang sampai Muhammad SAW kepadanya namun terkeliru antara fitnah dan nyata.

Yang no dua tue aku tak faham kenapa kuffar yang nyata akan diselamatkan dari azab api neraka menurut Imam Alghazali. Adakah kerana walaupun mereka nyata terang2an menolak ajaran Islam (tidak menganuti Islam) namun berkemungkinan besar mereka tidak memusuhi Islam dan meraikan kepelbagaian dan mengambil kebaikan2 dari ajaran Islam?

Pejuang2 ISLAM yang kecoh bab remeh temeh. Lepas tue sibuk nak telek akidah orang tue sesat dan sebagainya semata2 tak sekufu pandangan dengan dorang. Boleh berambos la itu ISMA dan JAKIM sebab sering berikan mesej yang salah kepada rakyat berbilang bangsa kat negara neh.

Kalau la dari awal lagi si ISMA dan JAKIM menentang kezaliman demi kezaliman kerajaan terhadap rakyat marhaen macam kami, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kemungkaran sudah tentula nasihat2 dari mereka ini kita gunapakai dalam kehidupan mereka. 

Oleh kerana mereka bersikap double standard dalam teguran maka kita pun tak perlu la beri muka satusen pun kat dorang2 tue. Ingatlah, dorang yang cipta permusuhan dengan kita pada saat dorang sanggup bersubahat dengan kerajaan untuk pijak golongan rakyat marhaen macam kita. Bukan kita yang pandai2 nak cari musuh. Dorang yang buat dorang la tanggung akibatnya.

Hehe..

Walaupun MAZA tak sebut apa2 tetapi aku percaya keterangan ini mungkin ada kaitan dengan KEMELUT ucapan RIP yang jadi perbahasan baru2 neh. RIP ke atas Karpal Singh. Bila membaca keterangan dari JAKIM mereka menyebut ucapan RIP itu dilarang kerana sering disebut penganut kristian dalam majlis keagamaan mereka (kematian).

Bayangkan pula kalau kristian mengucapkan dalam bahasa melayu. Semoga kamu masuk ke syurga, wahai ahli kristian ketika mendoakan kematian seseorang penganut kristian.

Adakah perkataan2 itu nanti akan diharamkan pula ke atas umat melayu dan penganut islam?

Aku juga membaca alasan no 2 mereka bahawa orang kafir (engkar) larang didoakan yang baik2 ke atas mereka (setelah mati) kerana amalan2 mereka tertolak kerana mereka kafir (engkar) tadinya tue.

Kafir = engkar.

Bila ko engkar (tolak/tidak amal ISLAM) = ko kafir.

Kafir bukan merujuk kepada golongan non muslim. Kafir merujuk kepada golongan yang engkar. Kalau seseorang yang muslim itu engkar adakah dia bukan tergolong dalam golongan kafir? Adakah boleh di RIP kan ke atasnya sedangkan dia kafir = engkar terhadap ISLAM (tidak amalkan ISLAM dan lakukan dosa2 besar) ?

Lakukan satu penjelasan yang menyeluruh dan jangan buat statement separuh masak sebab walaupun kami tiada gelaran ustaz ustazah ulama wali kami juga membaca buku2 berkaitan agama. Kami juga menelaah, membaca, mengkaji, menilai dan menganalisis kepercayaan kami bukannya menerima membuta tuli ceramah2 golongan agamawan tanpa lakukan pembacaan yang khusus.

Sebab tue golongan agamawan neh perlu sedar. Di satu saat mereka ceramah pongpang2 golongan kafir golongan yang perlu diperangi. Di keadaan yang lain pula mereka sebut kafir ada macam2 jenis perlu berlapang dada dan perincian jangan main tembak dan pandai2 tentukan orang tue kafir apa, orang neh kafir apa, di keadaan yang lain pula mereka sebut golongan kafir neh kita kena dakwah, di keadaan lain pula mereka sebut islam meraikan kepelbagai dan berkasih sayang sesama umat, di keadaan yang lain lagi mereka tekankan selagi mana dorang tue bukan islam mereka ialah musuh islam dan dengki pada Islam. Ayuh perangi kafirrr..

Adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Usah kata yang NON MUSLIM. Aku yang MUSLIM neh keliru gila babi.

Aku meraikan semua orang tanpa kira bangsa, agama dan warganegara adalah baik sehingga terbukti sebaliknya. Aku berpendapat Islam menyeru aku berfikir begitu dan itulah yang aku diajar oleh Allah melalui keterangan2 oleh RASUL ALLAH.

Jadi aku tak melihat aku salah jika doakan yang baik2 untuk dorang neh samada dorang tue hidup atau mati.

Pada aku dalam dunia neh aku akan di ukur dengan empat elemen penting.

Baik, jahat
Betul, salah

Bila aku melakukan kebaikan belum tentu apa yang aku buat tue betul.

Contohnya aku tolong pencuri bebaskan diri dari polis. Nampak macam baik, tapi adakah ia betul?

Apabila aku melakukan kejahatan ia sudah tentu salah.

Namun apabila aku melakukan kesalahan ia belum tentu kejahatan pula.

Contohnya aku tersalah update. Pemimpin yang mati itu Karpal Singh tapi aku tersalah update cakap Najib yang meninggal dunia. Itu kesalahan tapi bukan pula bermakna aku jahat.

Apabila aku melakukan benda betul sudah tentulah ia baik.

Jadi apa yang aku nampak mendoakan orang yang baik macam Karpal Singh, walaupun ia benda baik ia mungkin tidak betul pada pendapat sesetengah ulama kat negara neh namun benda yang tidak betul (salah) tadinya tue bukan pula bermaksud KEJAHATAN.

Oleh kerana pengakhiran kita ialah kembali kepada Allah.

Maka Allah la yang akan merumuskan keadaan.

Bukan nya manusia yang pandai2 cakap orang tue masuk neraka, orang neh pula masuk syurga, orang tue masuk neraka dulu baru syurga, orang tue pula jangan harap dapat masuk syurga.

Nak berdakwah bukan salah. Tetapi cara penyampaian dakwah tidak boleh membuatkan orang mislead. Dan aku selalu pegang benda neh. Apa2 benda yang membuatkan aku syak pada Allah, pada Nabi, pada Islam aku tolak.

Pada aku semua benda yang buat aku suka kepada kebaikan itulah Islam. Semua benda yang buat aku jauh dari kejahatan itulah islam. Aku takan fikir susah2 sebab aku tahu seiringan dengan peredaran zaman, fitnah dan salah faham sentiasa ada di mana2 untuk menunjukkan Islam neh agama yang jahat. Aku takan termasuk dalam golongan2 yang taksub dan tidak berlapang dada. Sama sekali tak minat. Maaf.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/04/jangan-suka2-masukkan-non-muslim-dalam.html#ixzz2zgz0DHDw



--

From Ryus






__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)

Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment