Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati
kitabantai.info
siakapkeli.com
SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong.
Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.
Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.
Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut.
Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama.
Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebut.
Menurutnya, lelaki itu mendakwa Brianna cuba mengejar anak-anaknya dan mahu masuk ke dalam rumahnya.
"Ia tidak benar.. pagar rumah itu bertutup dan Brianna tidak pernah cuba mengejar anak-anaknya," ujarnya.
Berikut merupakan beberapa gambar Brianna yang diambil menerusi Facebook MDDB:
Bagi kami, perbuatan memanah anjing tersebut sangat tidak wajar dilakukan selagi ada cara lain yang membolehkan ia dihalau dari kawasan rumah.
Setakat ini, laporan polis sudah dimajukan ke Bukit Aman dan sebaiknya biarlah mereka yang melakukan siasatan.
Sumber: Elza / My News Hub
Beza Antara Orang Melayu Dan Orang Islam
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Bhai/DeeDee semua...
Ader beza aaa antara orang Melayu dan orang Islam... Bukan semua orang yang mengaku Melayu itu aderlah Islam... Melayu aderlah bangsa... Manakala Islam itu aderlah ugama...
Bukan semua yang pakai songkok dan ketayap itu orang Islam... Bukan semua yang pakai jubah dan sarban itu orang Islam...
Orang Islam biasanya akan sentiasa mengambil kira hak walaupun seekor serangga... Tidak boleh sewenang-wenangnya menganiya binatang mahupun serangga... Malah pokok dan tumbuhan pon tidak boleh dibuat khianat sesuka hati..
Itu orang Islam yang beriman la... Kalo tak beriman tue... Serupa sama macam typical Malay la... Hahaha
Jadi dalam kes dibawah nih... Allah Taala dah jadikan manusia nih sebagai khalifah diatas muka bumi... Dan oleh kerana itu Allah Taala dah kasik akal fikiran... Tak macam binatang... Itu pon banyak binatang yang Allah Taala berikan mereka menjadi contoh teladan agar manusia dapat berfikir.. contoh macam semut... macam lebah.... macam anjing ... macam burung.... dan semua tue ader Allah Taala kisahkan kat dalam Al Quran....
Jadi ... Kalo manusia nih tak dapat berfikir dengan waras... Maka pastinya dia nih lagi hina dari binatang... Lagi hina dari anjing yang diseksanya...
Gua takut... Walaupun mungkin mamat nih kaki beribadat dan bersedekah... Namun kerana perkara khianat dan menyiksa binatang nih la yang akan menyebabkannyer dihumban kedalam api neraka... Nauzubillah...
Akai takdak punya worang...
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment