Tuesday, May 6, 2014

RG2011... Fw: Binaan Tandas yang biadap

 



Binaan Tandas yang biadap sebab berbentuk Masjid siap ada Kubah telah di pinda..!!

kedahlanie.info
 

Tandas / Bilik Persalinan Menyerupai Surau Di Ubah Setelah Kecoh Di Alam Maya

Bilik persalinan berdekatan kolam mandi di Hotel Lotus, Desaru, di sini, menjadi isu selepas ada pihak memuat naik gambar bangunan yang didakwa menyerupai rumah ibadat di laman sosial, kelmarin.
 
Ekoran itu, pihak pengurusan hotel mengambil langkah segera menurunkan bahagian atas bangunan tersebut yang menyerupai kubah masjid bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan pengunjung hotel terbabit.
 
Pengurusnya, Indra Ghandi berkata, dia turut hairan mengapa isu tersebut dibangkitkan sedangkan bangunan tersebut telah lama dibina sejak hotel tersebut dikenali sebagai Desaru Impian.
 
Menurutnya, tanggapan orang ramai yang mendakwa bangunan tersebut tandas juga adalah tidak benar kerana bangunan tersebut merupakan bilik persalinan.
 
"Ia menjadi salah faham selepas ada pihak memuat naik gambar itu di laman sosial mengatakan bangunan itu tandas yang menyerupai surau.
 
"Sejak dahulu lagi bangunan tersebut telah ada, malah dengan rekaan sama seperti sekarang. Bangunan tersebut dibina dengan rekaan ala Morocco, bagaimanapun ia disalah anggap sesetengah pihak.
 
"Oleh itu sebagai langkah terbaik kita turunkan bahagian atas bangunan tersebut pagi tadi (semalam).
"Pihak pengurusan juga tidak mahu salah faham ini berterusan terutama kepada pengunjung hotel ini," katanya.
 
Menurutnya, diharap dengan langkah yang diambil pihak pengurusan itu, orang ramai akan berhenti daripada memainkan isu tersebut.
 
Tambahan, isu tersebut merupakan isu sensitif terutama masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk. ~sh

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment