Monday, May 5, 2014

RG2011... Fw: Ibu berpantang minta sedekah beli susu anak

 



 

Ibu berpantang minta sedekah beli susu anak

 

Saya terpaksa meminta belas kasihan orang lain untuk mendapatkan wang supaya boleh membeli susu anak saya memandangkan saya tidak boleh menyusukan anak saya kerana menghidap penyakit.

Doktor mengesahkan saya dijangkiti kuman pada paru-paru sehari selepas bersalin serta menasihatkan supaya tidak menyusukan anaknya untuk mengelak berlaku jangkitan dan susulan itu saya memerlukan wang untuk membeli susu hingga memaksa saya meminta sedekah," katanya ketika ditemui di depan sebuah bank dekat sini, semalam.

Noor Asmidah berkata, pada awalnya dia menggunakan wang simpanan hasil pendapatan suami yang tidak tetap kerana hanya berkerja kampung dan sejak beberapa hari lalu mereka sudah kehabisan wang.

Saya tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan bantuan lagi hingga nekad mengambil jalan akhir meminta ihsan dari orang ramai di kaki lima," katanya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengalami masalah ingatan.

Katanya, dia memang ada mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan yang diberikan JKM, namun tidak mencukupi. bagi menyara keluarganya berikutan suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Menurutnya, dia terpaksa menaiki bas dari rumahnya di Air Kuning, dekat sini, untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menampung perbelanjaan susu rumusan yang mencecah RM50 hingga RM80 sepeket untuk anaknya.

Ketika melahirkan Muhammad Khairul Baharuddin Firdaus (anak), saya turut mengalami sesak nafas dan perut saya mengeras sebelum diberitahu mengidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas melahirkannya. Sekarang walaupun masih dalam pantang dan tidak pernah meminta derma, saya terpaksa berkorban asalkan anak saya tidak lapar, katanya.

Menurutnya suaminya bekerja di kampung berdekatan rumahnya selain menjaga seorang lagi anak berusia dua tahun. Sementara itu, seorang pelanggan bank, Muhd Hamzah Ramli, 20, yang ditemui berkata, wanita terbabit berada di depan sebuah bank di sini selama setengah jam dan ramai menderma kerana simpati dengan keadaannya.

Orang yang datang menderma tidak teragak-agak kerana dia mempamerkan laporan kesihatan dan kad OKU sambil mendukung bayinya.

Terdapat pelanggan bank yang menghulurkan sumbangan sehingga RM50 dan ada juga yang memberi cadangan kepada wanita berkenaan memohon bantuan Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung ibu malang itu," katanya.

Individu yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan dengan memasukkan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor akaun 1012341000077682 atas nama Noor Asmidah Arzmi.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment