Tuesday, May 6, 2014

RG2011... Fw: Kamera Tersembunyi Dlm Tandas Hospital Bentong

 



Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Hospital Bentong Terbongkar

greenboc.blogspot


Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkutbaju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

"Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

"Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,"katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadiperbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya. -nmp


comments:

Anonymous said...

Saya tak puas hati lah dengan tandas khas staff ipta tempat sy bkerja. Students suka suki masuk guna toilet sedangkan dah ada notis maklumkan khas utk staff sahaja. Rasa macam nak tampar je muka derang bila lecturer masuk toilet tu selamba badak je betulkan baju depan cermin bukan nak keluar cepat pun. Ni biasanya budak senior yg ingat dia taiko lah ni. Nasib baik bukan students aku kalau tak bagi C kaw2. Saya ada intuation gak someday benda mcm ni bole jadi kat lecturer, katakanlah ada students yg tak puas hati dgn staff kalau yg advanced tu bole je dia install cam kat toilet tu sebab pintu tak kunci ssapa bole masuk. Rasa nak je meeting dgn staff lain pakat ramai2 duplicate kunci tapi dunia akhir zaman ni orang cuma bagi salam pada orang yg dikenali aje, nak bkenalan pun susah ye lah ramai duk bilik buat hal masing2 apatah lagi nak meeting pasal ni. Sigh*

obat pelangsing tradisional said...

motif apakah itu

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment