Saturday, May 17, 2014

RG2011... Fw: masa untuk Presiden Baru dalam FAM

 



Kami Sokong Pakatan TMJ/Anuar...masa untuk Presiden Baru dalam FAM, #VoteTMJ4FAM

kedahlanie.info
 
TMJ, Annuar buat pakatan?

 
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Gendang Kong­res Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 semakin rancak dipalu dalam masa kurang dua minggu menjelang pemilihan pada 25 Mei ini apabila salah seorang calon Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan memberi isyarat kuat akan bertanding.

Menurut sumber yang dipercayai, Tunku Ismail akan me­ngadakan perjumpaan secara tertutup bersama perwakilan-perwakilan badan gabungan FAM di salah sebuah lokasi yang dirahsiakan di Johor Bahru bagi me­nyampaikan misi dan visinya serta mendapatkan maklum balas daripada mereka yang hadir.

Malahan, perjumpaan itu turut didukungi oleh Timbalan Presiden FAM yang kini dalam penggantungan, Tan Sri Annuar Musa yang memberi sokongan padu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk mencabar penyandang, Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Pertandingan bagi jawatan Presiden kemungkinan pasti berlaku kerana TMJ cukup serius mahu bertanding dan beliau ada menemui beberapa perwakilan baru-baru ini.

"Yang terbaru, satu perjumpaan menemui perwakilan badan-badan gabungan akan diadakan di salah sebuah hotel di Johor Bahru memandangkan pemilihan semakin hampir.

"Ini menunjukkan beliau bersedia untuk bertanding kerana Tan Sri Annuar juga banyak membantu beliau dalam soal kempen kali ini dengan melakukan penjelasan secara terus kepada perwakilan, " kata sumber berkenaan.

Sebelum ini, TMJ pada pe­ringkat awalnya difahamkan tidak mahu bertanding setelah menerima tiga pencalonan daripada 20 ahli gabungan, namun melakukan pusingan U pada saat akhir yang menyebabkan berlaku pertan­dingan tiga penjuru dengan Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah.

Namun, pada sidang akhbar baru-baru ini, TMJ kelihatan berteka-teki mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan Presiden FAM atau tidak kerana beliau percaya, apa yang bakal berlaku seakan sudah boleh dibaca, terutama keputusan pemilihan.

Tengku Abdullah yang kini merupakan Timbalan Presiden FAM dilihat sebagai calon favourite untuk memenangi jawatan Presiden kerana mendapat sokongan daripada 12 perwakilan lain, sementara ayahandanya, Sultan Ahmad Shah, seba­nyak lima pencalonan.

Usaha yang dilakukan oleh TMJ untuk me­nemui perwakilan dilihat sebagai usaha terakhirnya bagi mendapatkan sokongan. Peluang beliau untuk menang dalam pemilihan tersebut dilihat banyak bergantung pada perjumpaan berkenaan.

"Buat masa ini kebanyakan perwakilan dijang­ka hadir untuk mendengar sendiri apa yang mahu dilakukan TMJ jika dipilih sebagai Presiden FAM.

"Dijangkakan pertandingan kali ini sengit memandangkan kempen yang nyata begitu agresif daripada TMJ pada pemilihan kali ini.

"Apa pun ia dilihat sebagai satu petanda yang sihat kepada sistem demokrasi yang diamalkan FAM," kata sumber itu lagi.

Ini kenyataan Tan Sri Anuar Musa berkenaan artikal tersebut :
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment