Sebuah Lubang Di Kepala
Seringkali kita bertanya tentang baik atau buruknya keadaan yang sekarang sedang atau telah melingkupi hidup kita. Seribu satu soalan itu kadang-kadang belum diselesaikan dan mungkin sama sekali belum termasuk hujung atau pangkalnya. Namun, pernahkah sejenak kita kaji kembali bahawa keadaan yang ada pada kita sekarang ini, adalah bergantung dari isi kepala dan hati kita, yang telah kita pilih sendiri.
Apa yang mengisi kepala kita itulah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu.Kecintaan kita akan sesuatu bahkan boleh meniadakan syarat termasuk tentang hal itu masuk akal atau tidak.Kecintaan kita terhadap sesuatu yang kemudian menggiring menuju sebuah level dan gambaran tentang siapa diri kita yang sesungguhnya.
Begitulah, ibarat sebuah lubang yang akan terisi, fikiran dalam kepala kita membentuk pilihan fokus yang boleh menjadikan kita peribadi seperti apa dan yang memilih jalan yang mana.
Inginkan Lebih Banyak Berita2 Menarik Bergambar Penuh Dan #Fesyen Muslimah Sila Terjah Di :.
http://www.mudah.my/zul--zie-textiles Atauhttp://zulzietextile.blogspot.com/ Dan https://www.facebook.com/pages/ZUL-ZIE-Textile/481504835258748
Contacts:- 012-6066326 (Call/SMS/Whatsapp/Viber/WeChat/Line)
E-mail :- zulzietextile@gmail.comDan diterima atau disangkal, bahkan kenyataan di dunia ini hanya ada 2 sahaja, iaitu bersama Allah atau bersama syaitan. Setiap hari kita berkutat dalam pilihan di antara dua perkara tersebut. Jika pilihan mengisi lubang pemikiran dalam kepala kita telah dipenuhi dengan Allah sang maha Rahman, maka yang ada adalah kebaikan sentiasa menyertai kita. Pun begitu sebaliknya, ketika penyerahan diri telah kita serahkan pada nafsu dimana syaitan sebagai pemimpinnya, tidak lain hanyalah keburukan yang menjadi karib kita. Diterima atau disangkal, kenyataan bukanlah sekadar teori, namun sudah pasti nilai kebenarannya.
ketika seseorang menyatakan bahawa dia dapat mencintai 2 hal dalam satu hati, dan 2 fokus dalam satu pemikiran, maka hal itu tentu mustahil untuk dilakukan. Semua pasti ada yang pertama dan yang terutama, kerana hati dan kepala manusia hanya boleh diisi satu atau satu persatu.
Apa yang paling banyak kita ingat, dalam sedar ataupun tidak, itulah yang paling banyak kita cintai. Apa yang mudah menghilang dari fokus kita, dalam sedar ataupun tidak, itulah yang mungkin kita masih setengah hati kepadanya.
Kerana itu lihatlah ketika seseorang berbahasa, maka kurang lebih begitulah gambaran yang sama tentang yang ada di kepala dan hatinya, kerana seperti sebuah teko, dia hanya akan mengeluarkan isi kandungannya, isi asli dari dalamnya.
Kerana itu lihatlah ketika seseorang menyikapi keadaan, maka kurang lebih begitulah gambaran yang sama tentang yang ada di kepala dan hatinya. Ketika cinta dan kedekatan pada Allah telah memenuhi kepalanya, hal ini pastilah berbeza ketika dia masih setengah hati mencintaiNya. dan bahkan akan sangat berbeza sekali apabila dia tidak mencintai atau mengenalNya sama sekali.
Kerana itu pula lihatlah ketika seseorang menjalani hidupnya. Maka kurang lebih begitulah gambaran yang sama tentang bagaimana dan seperti apa isi dari lubang ada dikepala dan hatinya. Semua akan dengan tergambar, terdengar dan terlihat dengan jelas. Tanpa kamuflase dan rekaan sama sekal.
Namun bagaimana dengan orang yang berpura-pura telah dengan baik menumpukan pada kecintaan dan pilihan yang benar dalam mengisi kepalanya?. Orang yang berpura-pura sangat berbeza dengan orang yang masih dalam taraf berusaha. Kesamaan dri kedua-duanya adalah, keduanya akan mencari batas akhir. Orang yang berpura-pura akan mencari batas akhir iaitu kebosanan dalam dirinya sehingga mahu tidak mahu dia akan memunculkan keaslian gambaran jelas tentang peribadinya. Sedangkan orang yang sedang berusaha, juga akan menemui sebuah batas akhir, iaitu dengan izin Allah dia akan mencari sesuatu yang telah susah payah diraihnya. Tentunya sebuah perubahan yang insyaAllah akan membawa kepada kebaikan.
Maka dengan begitu jujur, tanyalah kepada diri kita masing-masing, sudahkah kita mengisi lubang pemikiran kita dengan fokus pada sesuatu yang benar, yang mententeramkan dan membaikkan kita atau paling tidak memberikan semangat kita untuk lebih baik dan lebih benar?. Selama nafas masih ada, selama itu pula pilihan atas banyak hal masih berlalu untuk kita. Maka pilihlah dengan baik, dan jangan melupakan satu hal, bahawa semua pilihan itu akan batas akhirnya untuk memilih dan tentu saja lengkap dengan detail akibat pertanggung jawaban atas semuanya.
__._,_.___
Posted by: Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment