Sunday, May 18, 2014

RG2011... Pertahan kenaikan tarif elektrik, Facebook Najib jadi sasaran luah kemarahan

 

Pertahan kenaikan tarif elektrik, Facebook Najib jadi sasaran luah kemarahan
Berita

NEWS  SHAH ALAM, 18 MEI : Gara-gara mempertahankan kenaikan tarif elektrik dengan alasan bagi mengelakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada menanggung kerugian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikecam pengguna laman sosial, sejak semalam.

Orang ramai menjadikan Facebook Najib sebagai medium melampiaskan kemarahan mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau yang dianggap tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat.



Seorang pengguna Facebook, Ramnah Kamarudin, berkata walaupun TNB mencatat keuntungan besar hampir setiap tahun, namun tarif elektrik tetap dinaikkan sehingga membebankan pengguna.

  "TNB setiap tahun untung, bahkan pekerja boleh dapat tiga bulan bonus kalau kerja bagus tetapi tarif elektrik tetap naik. Lagi banyak pasaraya, lagi besar TNB untung, bahkan Econsave yang kecil juga bil elektrik cecah RM10,000 sebulan, kalau yang besar?

"Berapa banyak pasaraya yang besar dekat Malaysia ini? Itu belum campur syarikat industri..,Fikir-fikirlah ye," katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd Alwi, berkata sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), Barisan Nasional (BN) berjanji untuk tidak menaikkan harga barang, tetapi gagal menunaikannya selepas diberi mandat.

Ayie Sempoi pula berkata, "Najib sudah untung kenapa nak naikkan lagi? Nak suruh menjurus ke arah riba pula ke?

Facebook    "Negara islam apa ni? Tetapi awakkan Perdana Menteri, suka hati nak buat apa sebab ada kuasa..Tetapi kuasa Allah lebih besar," katanya.

Terdahulu, Najib menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi TNB daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.

bm.selangorku.com

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment