Friday, July 4, 2014

RG2011... Ramadan bukan adat

 

Ramadan bukan adat

Post under , di Jumaat, Julai 04, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate




BULAN Ramadan adalah salah satu bulan yang istimewa dalam kalangan umat Islam. Apabila tibanya bulan Ramadan, semua umat Islam yang sudah layak memikul taklifan diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan ini. Kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan telah disebutkan oleh Allah SWT, Rasulullah SAW dan ijmak (kesepakatan) seluruh ulama muslimin.

Begitu pun, sebahagian umat Islam seolah-olah tidak mengendahkan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan. Mereka menganggap bahawa puasa itu seakan-akan adat kebiasaan umat Islam apabila tibanya Ramadan. Ramadan lebih dianggap sebagai adat sepanjang tahun berbanding kewajipan ke atas setiap insan yang bergelar Muslim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah:183)

Imam Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya bahawa dalam ayat ini Allah memerintahkan seluruh umat Islam untuk berpuasa. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum, melakukan persetubuhan dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. Ini kerana puasa mengandungi penyucian dan penjernihan diri daripada amalan-amalan yang buruk dan akhlak yang tercela.

Beliau juga menyebutkan bahawa pada awal-awal permulaan Islam, mereka diperintahkan untuk berpuasa tiga hari setiap bulan. Perintah itu akhirnya dimansuhkan lalu diganti dengan puasa wajib sebulan sepanjang bulan Ramadan selepas turunnya surah di atas.

Ia turut disebut oleh Al-Dahhak bahawa kewajipan berpuasa tiga hari setiap bulan itu bermula sejak zaman Nabi Nuh dan ia berterusan hinggalah awal kedatangan Islam bagi umat Nabi SAW hinggalah Allah SWT menasakhkannya dengan puasa di bulan Ramadan.

Diperintahkan

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya Al-Jami' li Ahkam Al-Quran menyebutkan bahawa lafaz al-Quran yang menyebutkan kutiba (diperintahkan) bermaksud ia suruhan yang bersifat wajib. Maka ayat yang menyebutkan tentang diperintahkan berpuasa itu bermaksud diwajibkan ke atas umat Islam yang mukallaf (sudah layak memikul kewajipan yang diperintahkan Islam).

Kewajipan berpuasa di bulan Ramadan ini tidak ada sebarang khilaf (perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama Islam dan ia selari sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW : Islam ini tertegak dengan lima perkara ; bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji jika mampu dan berpuasa di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari ini kita boleh melihat segelintir umat Islam yang sengaja tidak berpuasa atau berpuasa hanya setengah hari tanpa sebarang sebab. Lebih buruk lagi apabila mereka makan di khalayak ramai, sama ada di kedai-kedai makan orang buka Islam ataupun di kedai makan Islam yang dibuka secara tersembunyi.

Ini bukan sahaja memberikan gambaran buruk terhadap umat Islam, bahkan ia kelihatan seperti mempermain-mainkan syariat yang telah diwajibkan ke atas setiap Muslim. Sikap sebegini menunjukkan mereka langsung tidak malu melanggar perintah Tuhan, di samping tidak menghormati orang lain yang berpuasa.

Mulut terkoyak

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika aku sedang tidur, aku didatangi oleh dua orang lelaki. Kemudian kedua-duanya menarik lenganku dan membawaku ke sebuah gunung yang berbatu lalu berkata : Naiklah". Aku berkata : Aku tidak sanggup untuk melakukannya."

Kedua orang lelaki itu berkata : Kami akan memudahkannya untukmu." Maka aku pun menaikinya hingga aku sampai pada kegelapan gunung. Tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Aku bertanya : Suara apakah itu?" Mereka menjawab : Itulah jeritan para penghuni neraka."

Lalu dia membawaku berjalan dan tiba-tiba aku bersama orang-orang yang tergantung tumit mereka, mulut mereka terkoyak dan darah mengalir daripadanya. Aku bertanya : "Siapakah mereka itu?" Mereka menjawab : Merekalah orang-orang yang berbuka puasa sebelum sampai waktunya." (riwayat Ibnu Khuzaimah no. 1865)

Semoga kita semua sedar bahawa puasa di bulan Ramadan bukanlah sesuatu perkara yang remeh. Ia merupakan salah satu daripada tiang-tiang agama Islam yang wajib dilaksanakan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Wallahualam.

PENULIS ialah penuntut Pengajian Islam Kontemporari di Kuliyyah Al-Islamiyyah Al-Muassirah Gombak.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___

Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment