Friday, July 4, 2014

RG2011... Ramadhan hadiah istimewa umat Islam

 

Ramadhan hadiah istimewa umat Islam

Post under , , di Jumaat, Julai 04, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate




SETIAP kali menjelang bulan yang mulia ini, kita biasanya akan memulakan dengan proses muhasabah dan saling menyiapkan diri untuk melangkah ke bulan yang sangat mulia dan berkat, iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.

Sesungguhnya bulan yang mulia ini sudah menjadi satu ketetapan kepada semua umat Islam yang beriman untuk sentiasa bersedia bagi melangkah ke madrasah Ramadan ini.

Jadilah umat rabbani bukan hamba Ramadan. Kesempatan Ramadan ini haruslah diraih dengan kefahaman dan keyakinan yang tinggi, khususnya semua umat Islam termasuk mereka yang mengucap kalimah syahadah bahawa kehadiran Ramadan ini boleh dikategorikan sebagai hadiah yang cukup besar kepada umat Islam.

Cuma sejauhmana kita menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan pahala dan ganjarannya sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah SWT. Seperti tahun-tahun lalu pastinya aura Ramadan ini bakal memperlihatkan kita betapa manusia akan sentiasa berlumba-lumba untuk melaksanakan amal ibadah serta melakukan amal soleh, semata-mata untuk meraih ganjaran yang sangat besar itu.




Program-program tadarus, kuliah, majlis-majlis ilmu akan berkembang luas dan yang paling menariknya di bulan inilah Allah SWT menjanjikan pahala amat besar kepada mereka yang membantu golongan yang berkeperluan (al-mustadafin). Budaya bersedekah dan menghulur bantuan akan menjadi lebih hebat tatkala tiba bulan mulia sebagai satu usaha yang sangat hebat di mana tangan-tangan mereka yang menghulur amat murah terutama kepada golongan yang memerlukan.

Pengalaman penulis melaksanakan program sumbangan beras kepada golongan fakir miskin sepanjang Ramadan menyaksikan bahawa mereka yang hendak menyumbang amat memberangsangkan. Inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW yang bermaksud : Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta. (riwayat Bukhari no.1429)

Proses tarbiah

Lakukan amal ibadat dengan ilmu. Namun di sebalik kehebatan melakukan amal soleh di bulan Ramadan, biarlah ia dilakukan dengan kesedaran dan ilmu yang benar. Bahawa Ramadan yang Allah hantar ini bukan semata-mata pesta amal soleh bermusim. Ia bukan satu tempat di mana kita melepaskan geram ibadah kita maka setelah penat kita tinggalkan ia berseorangan nanti.

Ramadan adalah proses tarbiah dan latihan kepada kita agar sentiasa menghulur bantuan kepada yang memerlukan hasil daripada kesedaran yang diajar oleh baginda Nabi SAW. Ini sejajar dengan keyakinan bahawa jangan jadikan Ramadan kita kali ini sekadar budaya mengimarah Ramadan tanpa memahami makna ketuhanan dalam diri (rabbaniy). Berapa ramai orang yang melakukan amal ibadat di bulan Ramadan namun ia ditinggalkan di bulan itu sahaja tanpa dilaksanakan di bulan-bulan yang lain.

Apalah ertinya suatu amal soleh tanpa istiqamah dalam setiap tindakan. Ini sejajar peringatan Nabi SAW, daripada Aisyah r.ha, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Solat terawih selain menjadi budaya dan tradisi pada bulan Ramadan, namun tambah bermakna jika ia dilakukan dengan kesungguhan. Apalah ertinya solat terawih pada kita? Terawih secara umum ertinya istirehat. Amalan solat dan hubungannya dengan rehat ini mengandung makna yang cukup mendalam. Apabila kita bersolat ertinya kita tunduk dan berserah kepada Allah SWT.

Justeru, pada malam-malam bulan Ramadan kita disunatkan bersolat terawih dalam keadaan yang tenang dan penuh kerehatan. Tidak tergesa-gesa dan keterlaluan. Lakukan solat anda dengan tenang dan melaksanakannya dengan penuh khusyuk dan merasai akan nikmat solat tersebut.

Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa melakukan solat-solat sunat pada malam Ramadan mempunyai fadilat yang sangat besar sebagaimana dalam hadis yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikan solat (Terawih) pada malam hari di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Lakukan solat terawih dengan ikhlas kerana Allah SWT bukan kerana manusia. Kerana janji Allah kepada kita adalah melaksanakannya dengan penuh keikhlasan, maka kita akan diampunkan dosa yang telah lalu.

Kesimpulan, marilah kita kembali membuat perhitungan diri. Yang pastinya, semua orang akan berbicara tentang Ramadan dan kelebihannya. Namun apa yang sepatutnya kita rasai apabila kita mengetahui bahawa Ramadan sudah tiba.

Sebagai orang beriman sudah tentulah kita gembira dan bersyukur kepada-Nya kerana masih diberi kesempatan untuk bersama, tatkala ada orang lain yang tiada kesempatan seperti kita. Marilah didik jiwa agar gembira dan bersyukur dengan kehadiran Ramadan. Jangan biarkan diri kita sentiasa gundah gulana kerana Ramadan membawa beribu pahala kepada kita.

PENULIS ialah Naib Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___

Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment