Sunday, July 13, 2014

RG2011... Seruan Nuh 'Alaihi Salam

 

Seruan Nuh 'Alaihi Salam

TERJEMAHAN Surah Nuh:

Di antara Nabi-nabi dan mungkin di antara umat manusia ini Nabi Nuh 'alaihissalam adalah yang paling panjang umurnya sampai 950 tahun (rujuk Surah al-Ankabut ayat 14). Di antara zamannya dengan zaman Nabi Adam memakan waktu beberapa abad pula. Setelah wafat Nabi Adam 'alaihissalam dan berlalu masa yang panjang, maka manusia pada zaman Nabi Nuh a.s. telah menyembah patung-patung (berhala) nenek-moyang mereka yang telah lalu, yang mereka anggap orang-orang shaleh dan berjasa besar kepada mereka.
Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus Nuh a.s. untuk menyeru dan memberi peringatan kepada mereka agar mereka menyembah dan beribadah hanya kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
 "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih" (Ayat 1)

 قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
 Ertinya: "Nuh berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu, (Ayat 2)
 أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ
Ertinya: "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertakwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;" (ayat 3)

Inilah tiga dasar utama yang diseru oleh Nabi Nuh a.s., iaitu hendaklah kaumnya menyembah Allah, bertaqwa kepada-Nya dan taat kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Nuh. Dan inilah juga intisari seruan segala Rasul yang diutus Allah hinggalah sampai kepada Nabi dan Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya:"niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui". (Ayat 4)

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا
Ertinya: "Nuh berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, (Ayat 5)
Nabi Nuh a.s. telah menyeru kaumnya kepada mentauhidkan Allah s.w.t., dengan berbagai cara, siang dan malam, tidak jemu-jemu dan putus asa. Malangnya kaumnya itu sangat degil, keras kepala dan masih tidak mahu menyahut seruannya, kecuali amat sedikit dari kaumnya itu yang beriman kepadanya. Hingga akhirnya Nabi Nuh a.s. mengadu kepada Allah sendiri mengenai sikap kaumnya itu, seperti yang tersebut pada ayat-ayat di atas dan berikut ini...

 فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا
Ertinya: "maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)". (Ayat 6)
 وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
  Ertinya: "Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat". (Ayat 7) 
Lihat betapa degil dan keras kepala kaum Nabi Nuh a.s., semakin diseru semakin mereka menjauhkan diri dari kebenaran. Hingga ada yang memasukkan anak jari ke telinga, kerana tidak mahu mendengar seruan Nabi Nuh a.s. dan mereka bersikap tersangat sombong, iaitu menolak kebenaran dari Allah s.w.t.Mereka fanatik, taksub dan menutup pikiran mereka dari memikirkan dan menerima kebenaran.
ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا
Ertinya: "Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan" (Ayat 8)
 ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا
ertinya:"kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam". (Ayat 9)

Nabi Nuh a.s. telah menggunakan berbagai cara dakwah, dengan cara terang-terangan di khalayak ramai mahu pun dengan cara diam-diam, dari rumah ke rumah, berjumpa seorang demi seorang. Namun setelah beratus tahun Nabi Nuh a.s. berdakwah, amat sedikit yang beriman dan menjadi pengikutnya.

Namun Nabi Nuh a.s. tetap meneruskan dakwahnya dengan mengajak kaumnya berfikir secara wajar dan hati yang terbuka.

 فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
ertinya:"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun." (ayat 10)
 يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
Ertinya: "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;" (ayat 11)
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
Ertinya: "Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)." (ayat 12)

 مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا
Ertinya: "Mengapa kamu  tidak mengharapkan kebesaran Allah (dan kekuasaanNya)." (ayat 13)
"maa lakum laa tarjuuna lillaahi waqaara" – mengapa kamu tidak mengharapkan  kebesaran Allah, yaitu mengapa kamu tidak mengharap kepada Allah, yang mempunyai kebesaran dan kekuasaan, yang dengan kebesaran dan kekuasaan-Nya itu Dia menurunkan air hujan dari langit hingga menyuburkan tanaman kamu, lalu diberi-Nya kamu kekayaan dari hasil pertanian dan usaha kamu, dan dikurniakan kepada kamu kesihatan dan diberi-Nya anak-anak serta cucu-cucu kepada kamu, dan dijadikan-Nya sungai-sungai mengalir dibumi lalu suburlah sawah ladang kamu dengan berbagai tanam-tanaman, juga binatang ternak berkembang biak. Mengapa kamu tidak mengharapkan kebesaran Allah? Sebaliknya kamu sekutukan Dia dengan yang lain, kamu sembah berhala-berhala? 
Inilah pertanyaan Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya yang tidak beriman dan menyembah berhala. Mengapa kamu tidak menaruh harapan kepada Allah sebaliknya kamu menyembah berhala yang tidak berkuasa mendatangkan apa-apa mudharat atau manfaat kepada kamu...

وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا
Ertinya: "Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian." (Ayat 14)

 أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا
Ertinya: "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?" (Ayat 15)
Pada ayat ini, Allah bertanya kepada kaum Nabi Nuh melalui lisan Nabi Nuh, juga kepada sesiapa yang membaca kitab Al-Qur'an ini, suatu soalan yang mengandungi perintah, iaitu, tidakkah mereka mahu "memerhatikan" iaitu melihat dan memikirkanbagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit yang bertingkat-tingkat di atas mereka? 

 وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا
Ertinya: "Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita?" (Ayat 16)
Yaitu pada langit itu terdapat bulan, bintang-bintang dan juga matahari.Bukankah ini semua merupakan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah.

 وَاللَّهُ أَنْبَتَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا
Ertinya: "Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya" (Ayat 17)
"Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah"- Lihatlah bagaimana pembesaran anak-anak kamu dari seorang bayi lalu membesar menjadi dewasa serti kamu. Kamu makan makanan daripada tumbuhan dan haiwan ternakan. Semua itu mengandungi berbagai khasiat untuk pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.  Maka dengan itu, Maha Benarlah firman Allah, bahawa Dia menumbuhkan manusia dari bumi!Tidakkah kamu semua memikirkannya?

 ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا
Ertinya: "kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya." (Ayat 18)
Begitulah kitaran hidup kamu di bumi ini. Dari setitis air mani, kemudian melalui beberapa peringkat perubahan di dalam rahim seorang perempuan iaitu ibumu, hingga berubahlah air mani itu menjadi  seorang bayi dan lahir ke dunia. Kemudian kamu  membesar menjadi seorang lelaki atau perempuan. Seterusnya menjadi tua dan kemudiannya mati, lalu tubuh kamu dikembalikan ke dalam bumi...Semua ini berlaku dihadapan mata kamu sendiri, tidakkah kamu memikirkannya? Tetapi kebanyakan manusia tidak memikir semua ini, sebaliknya yang mereka fikirkan ialah harta benda, pangkat kedudukan, kekuasaan dan kepimpinan, makanan dan minuman, keseronokan hawanafsu belaka!!!

 وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا
Ertinya: "Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan" (Ayat 19)
 لِتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا
Ertinya:"supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi itu" (Ayat 20)
Pada permukaan bumi yang luas itu, terdapat gunung-ganang sebagai pasak bumi, lurah dan lembah, tanah dataran yang luas terbentang. Sejak zaman dahulu, bapa-bapa kamu, datuk-datuk kamu, telah berjalan ke seluruh muka bumi ini, mencari penempatan-penempatan baru, juga menghubungi suatu negeri dengan suatu negeri lain. Maka dapatlah kamu semua mencari rezeki untuk kehidupan kamu. Semua ini adalah "kemudahan" yang Allah kurniakan kepada kamu.Sedangkan berhala-berhala yang kamu sembah itu tidak berbuat suatu apa pun untuk kamu, tidakkah kamu pikirkan?

 قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا
"Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak)." (ayat 21)

وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا
"Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku)." (ayat 22)

 وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd dan Suwaa' dan Yaghuth dan Ya'uuq, serta Nasr." (ayat 23)
 وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا
"Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua." (ayat 24)

 مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْصَارًا

"Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam Neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)." (ayat 25)


Gambaran bahtera Nuh a.s. 

Kaum Nuh ditenggelami banjir besar...
 وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا
"Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!" (ayat 26)


Kaum Nuh a.s. yang durhaka ditenggelamkan semuanya...

{27} إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوا إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا
"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar." (ayat 27)

 رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" (ayat 28)


Setelah banjir surut berlabuhlah bahtera Nuh a.s. di kawasan pergunungan Ararat


Pergunungan Ararat dimana dipercayai bahtera Nabi Nuh a.s. mendarat setelah banjir surut

Tapak pendaratan bahtera Nuh a.s.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment