Tuesday, August 5, 2014

RG2011... Fw: Nak Boikot Barangan Israel rujuk Jemaah Menteri..

 



 

Bukan cakap kosong!! Lelaki ini boikot McD tahap brutal

telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot

Tranungkite

Seorang lelaki mengambil langkah unik memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonald bersama dengan Nasi Kerabu bungkus dan teh ais.

Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam foto itu.
 
 
 

BAGAIMANA McDONALD'S MALAYSIA BODOHKAN RAKYAT

 
telokbakong.blogspot.
biaqpila.blogspot

Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia



Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.

Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.

Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.
Banyak restoran McDonald's milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.

Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242

Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?


McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).

Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.

Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

firdausariff
 
  • uraidah Kadirun · Top Commenter · U-M
    melayu majority 'pemakan' mc D..tetapi kenapa kita tiada restoren makanan segera sendiri?? begitu berhasil sekali penjajahan barat, hingga kita "serasi" sekali dengan burger dan kentang goreng mereka hingga merasa cucur kodok, cucur badak , kueh keria ketayap dan cucue bawang kita tiada standard..hingga makanan ruji kita nasi dan lauk pauk pun ada org melayu sendiri tidak makan, kononn berlemak, berkanji, berminyak dan sebagainya...dan makanlah kita steak, ayam goreng dan kentang putar...bila ajak boikot org kita sendiri yg bantah..
    • Yang Puteh · Top Commenter
      Subhanallah....pendedahan terbaikk bro teruskan dedah sampai dia rebah...Allahuakbar3
      • Mutiara Dewata · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
        mimpiiii lau korang nak rebahkan israel....sebelum korang boleh rebahkan israel korang duluan lupusss....ini reality...korang tengok ape bende yg ade kat dunia ni memang sah hasil fikir dan teknologi orang israel....korang tak nak makan mcd ...masih banyak orang lain yg makan...setakat duit korang 100ringgit tak kan buat mc d bengkrapppp...
    •  
       
       

      Hanya Di Malaysia Kalau Nak Boikot Barangan Israel rujuk Jemaah Menteri..

      telokbakong.blogspot.
      kachipemas.blogspot.
       

       
       
      Anonymous said...

      ni la namanya..... dah terang lagi nak suluh2...
      apa yg keraajaan takur sgt dgn israel ni???

       
      Anonymous said...

      Tolong bagi plan nk pegi umah dia..aku nak boikot mc.dee anak beranak..nk kena tanya dia dulu boleh ke x....

       
      Anonymous said...

      Inilah bahananya bila dah duduk celah kangkang zionis/yahudi.
      Orang tua-tua dah berpesan, jangan termakan nasi kangkang, burok padahnya. Rupa-rupanya duduk celah kangkang lebih teruk dari termakan nasi kangkang...

      __._,_.___

      Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
      Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

      Yahoo Groups
      New feature! Create Photo Albums in Groups Effortlessly
      Now, whenever you share photos with your group, a new album is automatically created in the Group. It's so simple! Try it now!

      " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

      " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

      " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

      " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

      " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

      Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
      Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


      .

      __,_._,___

      No comments:

      Post a Comment