Tuesday, August 5, 2014

RG2011... Fw: Perjanjian air. Sokongan rakyat Selangor berbaloi!

 



Ada Pihak Upah Samseng Potong Sistem Pendawaian Di Kolam Bekalan Air

greenboc.blogspot


Sabotaj air: Sistem pendawaian pam dipotong

BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

"Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

"Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk," katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

"Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

"Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku," katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kerajaan negeri.

"Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

"Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

"Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.

comments:

Putra IJ80 said...

Jahat nya meteka bertindak sedemekian rupa supya berlaku ganguan air kemudian menyalahkan kerajaan Negeri atu pihak berkuasa. Perbuatan ini x ubah perangai Yahudi di Gaza..smuga mereka di laknat Allah hidup x sampurna mati masuk Neraka.ameen

 

Perjanjian air. Sokongan rakyat Selangor berbaloi!

telokbakong.blogspot
thecybersniper.blogspot
 
KENYATAAN MEDIA

1 OGOS 2014

PERJANJIAN AIR DENGAN PUSAT: KEMENANGAN BESAR UNTUK RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA

Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi memuktamadkan pelaksanaan  Penstrukturan Semula Industri Air Selangor dan pembinaan Projek Langat 2.

Dengan termeterainya "Heads of Agreement" ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan  mencapai kejayaan.

Ini merupakan satu kemenangan besar kepada rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi air dan mengembalikan semula hak air kepada rakyat.

Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 billion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat -syarikat yang terlibat.

Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan tawaran pengambilalihan kesemua syarikat konsesi air dan setakat ini hanya pengambilalihan SPLASH sahaja yang masih belum dimuktamadkan.

Penyelesaian secara holistik ini akan memberi perkhidmatan air yang lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

Kejayaan  mengambil alih SYABAS akan membolehkan Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yangg pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%.

Manakala kejayaan mengambil alih semua loji rawatan air (WTP) akan membolehkan kita melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan menggunapakai  teknologi terkini.

Selain daripada itu kejayaan pembinaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air dari Pahang ke Sungai Langat dan memindahkannya ke Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akan menamatkan masalah kekurangan air mentah di kedua-dua sungai tersebut.

Dengan kejayaan penstrukturan ini, selain kita mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri air. Kita juga memberi jaminan kepada pengguna air di Lembah Klang bahawa tiada kenaikan tarif air akan dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA terutama Menteri YB Datuk Seri Panglima Dr Maximum Ongkili yang telah memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik.  Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula ini.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

ulasan:

 
XUMNO berkata...

Satu lagi kejayaan besar Khalid Ibrahim yang akan menguntungkan rakyat Selangor kerana air merupakan satu komoditi asas kehidupan dan kemajuan sesebuah negeri dan negara.Peliknya kenapa PKR begitu bersungguh2 hendak menjatuhkan Khalid sedangkan rakyat tidak nampak seorang pun pemimpin PKR yang boleh melakukan apa yang telah dicapai oleh Khalid dalam isu air ini. 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
New feature! Create Photo Albums in Groups Effortlessly
Now, whenever you share photos with your group, a new album is automatically created in the Group. It's so simple! Try it now!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment