dalam islam kan dh terang2 bgtau: haram bagi lelaki menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. hanya kaum khunsa yang boleh memilih samada mereka mahu menjadi ke arah lelaki atau perempuan kerana dijadikan Allah mempunyai 2 alat kelamin, mengikut kepada mana satu yang lebih berfungsi.
2014-11-24 13:02 GMT+08:00 lailiy bannu lailiy_bannu@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
masalahnya sekarang agama tak membenarkan lelaki menyerupai perempuan dan perempuan tak boleh menyerupai lelaki. inlah dunia diakhir zaman.
From: "Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 18 November 2014, 12:41
Subject: RG2014... Adik MB Selangor, Azwan Ali Dikecam Kerana Berhijab [1 Attachment]
Adik MB Selangor, Azwan Ali Dikecam Kerana Berhijab
Posted on November 18, 2014 by Editorial
Pengguna laman sosial pada ketika ni gempar dengan pemakaian Azwan Ali yang memakai hijab seolah menyerupai fesyen artis tempatan terkenal iaitu Yuna.Foto itu dipercayai dimuat naik menerusi Instagram rasmi Azwan Ali dan mendapat kencaman serta kritikan hebat oleh peminat.Tinjaun SuaraTV mendapati, punca Azwan Ali berpakaian perempuan mungkin disebabkan keputusan Makhamah Rayuan yang membenarkan lelaki muslim berpakaian wanita dinegara ini.Terdahulu, Makhamah Rayuan memutuskan bahawa lelaki transgender islam kini boleh berpakaian wanita atas dasar kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting sebelum ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.Beliau berkata keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.Hakim Hishamudin berkata penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID."Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langusng menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan," katanya.Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan, yang menghukum lelaki Islam berpakaian atau berkelakuan seperti wanita di tempat awam, tidak memberi pengecualian kepada penghidap GID tetapi meminggirkan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.Situasi adalah berbeza bagi lelaki Islam yang menghidap GID berbanding dengan lelaki Islam normal, katanya dan menurutnya berikutan perbezaan itu, mereka tidak wajar dilayani sama seperti lelaki Islam normal.Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang tidak sah.Mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.Mereka mendakwa Seksyen 66 tidak terpakai terhadap mereka yang merupakan penghidap GID dan mereka telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan mereka menghidap masalah itu iaitu mereka mempunyai kecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana mereka berpendapat naluri dan identiti mereka sebenarnya adalah wanita.Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 menafikan hak penghidap GID terhadap kebebasan bergerak kerana mereka tidak boleh keluar daripada rumah mereka dan bergerak bebas di Negeri Sembilan tanpa terdedah kepada risiko ditahan dan dihukum mengikut seksyen itu.Beliau berkata seksyen itu juga menjejaskan hak penghidap GID terhadap kebebasan bersuara kerana mereka dilarang memakai pakaian dan jenis pakaian pilihan mereka.Hakim Hishamudin berkata penghakiman Mahkamah Tinggi bahawa golongan transeksual yang memakai pakaian wanita terdorong untuk manjalin hubungan homoseksual, yang menjadi punca HIV, adalah tidak disokong dan dibuktikan dan hanya berdasarkan pandangan peribadi dan prejudis.Beliau berkata alasan hakim Mahkamah Tinggi itu adalah amat tidak adil kepada perayu dan lelaki Islam lain yang menghidap GID, dan menurutnya kes itu tidak ada kaitan langsung dengan homoseksual dan kes itu semata-mata tentang lelaki Islam yang menghidap GID.Katanya mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Iskandar Ali Dewa yang berkata ketiga-tiga perayu menghidap masalah mental."Ini tidak masuk akal dan satu penghinaan untuk mencadangkan bahawa perayu-perayu dan transgender yang lain adalah individu yang menghidap masalah mental," katanya.Hakim Hishamudin berkata hujahan Aston Paiva, peguam yang mewakili ketiga-tiga perayu adalah tepat apabila menyatakan kewujudan Perlembagaan Persekutuan membolehkan golongan minoriti mendapat pembelaan dan tidak menjadi mangsa diktator golongan majoriti.
__._,_.___
Posted by: Yurina Ahmad <ayurina@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (3) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment