Syed Azlan mati dibunuh, bukan 'kematian mengejut' – LFL
KUALA LUMPUR 25 NOV: Kes kematian seorang tahanan polis di Johor baru-baru ini adalah kejadian mati dibunuh dan bukan kematian mengejut, kata Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen.
Beliau merujuk kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan yang mendakwa tahanan berkenaan, Syed Mohd Azlan Syed Mohd Nur mati akibat kesukaran bernafas.
Menurut Eric, kenyataan itu bertentangan dengan laporan bedah siasat yang mengatakan punca kematian mangsa disebabkan hentakan benda tumpul di bahagian dada.
"Polis Johor mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut adalah memeranjatkan dan tidak boleh diterima. Jelas polis tidak mengambil serius kes berkenaan, sama seperti banyak kematian dalam tahanan di seluruh negara," jelasnya dalam satu kenyataan media.
Pada 3 November lalu, Syed Mohd Azlan, 25 dilapor meningal dunia ketika di dalam tahanan, tiga jam selepas polis menyerbu rumahnya di Johor untuk mencari senjata api.
Menurut Eric, kematian dalam tahanan merupakan perlakuan jenayah yang keji dilakukan polis dan ia tidak harus dibiarkan terus berlaku di negara ini.
"Pihak polis tidak boleh mengambil jalan keluar ketika soal siasat, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyerang dan mendera suspek dalam tahanan mereka, lebih-lebih lagi kuasa untuk membunuh," tegasnya.
Justeru beliau menggesa polis Johor memulakan siasatan terhadap pembunuhan suspek dengan menggantung semua anggota polis yang terlibat.
Selain itu beliau juga mengulangi gesaan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menyiasat aduan mengenai salah laku anggota pasukan itu.
"Malaysia tidak boleh dibenarkan menjadi sebuah negara polis di mana tahanan mati atau dibunuh semasa dalam tahanan polis tanpa sebaang kebertanggungjawaban atau penyelesaian," tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64273
Anak Ditangkap Polis, Kemudian Mati Dalam Tahanan Dengan Kesan Tusukan Pada Badan
Kira-kira tiga jam selepas polis menyerbu rumahnya untuk mencari senjata api, seorang penganggur 25 tahun, yang ditangkap sebelumnya, meninggal dunia dalam tahanan di Johor.
Bapanya kemudian mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Tubuh Syed Mohd Azlan Syed Mohamad Nur Ali, menurut bapanya, terdapat tanda lebam, termasuk "tanda tusukan berlubang".
Dalam sidang media hari ini, peguam keluarga itu Gobind Singh Deo menunjukkan gambar-gambar berkaitan, tetapi tidak mengedarkan salinannya.
Dipetik dari - mkini
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment