PM, Datuk Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan pemansuhan subsidi tidak akan membebankan petani.
Ini kerana petani bermotosikal berenjin kecil iaitu kapcai berbanding golongan kaya yang berkereta mewah.
"Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak?
"Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai," kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014 dipetik Selangorkini.
Najib nak menyelami rakyat dan petani dengan perkataan kita. Sejak bila pula Najib berkapcai. Juga takkan dengan kapcai terpaksa diisi dengan 7 liter minyak. Apa jenis kapcai Najib sehingga 7 liter minyak, RM16.30. Kapcai di tempat pameran orang tak isi minyak Jib!!
Juga adakah Najib hanya nampak kerana petani berkapcai maka ia tak akan membebankan golongan tersebut. Bagaimana dengan kos sara hidup dan barang keperluan yang diperlukan petani meningkat dengan meningkatnya harga minyak!!
Kalau ditanya kepada Najib dan orangnya, mereka tak percaya kenaikan minyak puncanya.
Hari ini, sebagai contoh admin terpaksa membayar RM33.90 untuk lampin PetPet Day Pants yang biasa diperolehi dengan RM31.90 dan terpaksa membayar RM22.50 susu Dutch Lady 4 5 6 yang sebelum ini dibeli dengan harga RM21.70. Angkara minyak naik RM0.20 sebelum ini!!
Peluang untuk pengilang, pemborong dan peruncit menaikkan harga kerana 'contoh' yang ditunjukkan dan diberikan kerajaan.
Petani bukan hanya berkapcai Jib!! Petani juga perlu barang keperluan!!!
Sumber : http://www.ekeleh.com
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment