Bangang pasai benda tu ka letak jawatan... Aku ingat pasai minyak naik, tol naik.... Ni pasai ISA d hapuskan
Sent from my iPad
Sent from my iPad
On Nov 23, 2014, at 12:53 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Ketua Cawangan UMNO Letak Jawatan Tanda Protes Presiden gagal mendengar suara akar umbi terutama melibatkan isu berkaitan kepentingan Islam dan MelayuPosted by AbuJihad
Memetik laporan Selangor Press, Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib, Zulkefli Mohamed Ghouse dikatakan meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti itu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disifatkan gagal mendengar suara akar umbi terutama melibatkan isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu.
Beliau membuat keputusan itu setelah menilai kegagalan pentadbiran Najib dalam mempertahankan Akta Dalam Negeri (ISA) dan keputusan terbaru Presiden UMNO untuk menghapuskan pula Akta Hasutan yang dianggap tidak menepati kehendak ahli UMNO dan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, menjelang Perhimpunan Agung UMNO sudah pasti banyak perkara yang akar umbi harap dapat dibawa untuk pendengaran khasnya kepada Presiden Parti.Seperti biasa, kebanyakan suara mereka hanya sampai di dalam buku persidangan yang akhirnya akan menjadi penghuni tong sampah dan berkesudahan di tempat pelupusan sampah.Akar umbi bukan mahu minta Presiden belikan 'Porsche', mereka hanya mahu usul mereka dibincangkan dan dibuat keputusan walau kebanyakannya dan seperti selalunya ia tidak memihak kepada mereka.Sebagai umat Melayu beragama Islam sudah pastinya mereka mahu bangsa dan agama mereka utuh, Parti Keramat UMNO sekian lama menjadi pelindung, Kerajaan BN hari ini ditunjangi UMNO tetapi sayangnya bangsa dan agama sudah tiada dalam buku kerajaan.Kerajaan hari ini mahu negara ini jadi satu bangsa tetapi lain-lain agama.Kerajaan hari ini mahu melayu hormati bangsa lain, kerajaan hari ini mahu umat islam tunduk rendahkan diri supaya tidak menyinggung perasaan penganut agama lain.Kerajaan hari ini terpaksa serahkan hak melayu yang sedikit ini untk dikongsikan dengan bangsa lain dengan alasan hak kesamarataan, diskriminasi dan toleransi.Kerajaan hari ini terpakasa mendengar, memahami dan menyelsaikan masalah dan rungtan bangsa lain tetapi tidak untuk bangsa melayu umat islam kerana mahu undi.Siapa Kerajaan?Siapa Menteri?Siapa Perdana Menteri?Apa parti mereka?Hari ini seorang Ketua Cawangan meletak jawatan..Ketua Cawangan tidak besar, tidak punya banyak ahli, tidak sekaya pemimpin atasan dan tidak dikenali oleh Presiden Parti.Tetapi mungkin mereka di atas sana lupa, Cawangan itu akar, tanpa akar masakan ada pokok..Satu cawangan tidak beri kesan tapi jangan sampai cawangan bersebelahan turut serta, nanti panjang ceritanya dan sukar dikawal yang akhirya akan merosakkan parti.Jangan kerana satu cawangan kita kalah perang PRU nanti.Akar umbi hanya mahu suara mereka didengari, membuat keputusan hak perti tetapi biar akar umbi dilibatkan sekali.Jangan "Gah" di PWTC tetapi UMNO nanti tumbang di Akar Umbi.
__._,_.___
Posted by: Hasno Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment