Tuesday, November 25, 2014

RG2014... Fw: Guru Seret Pelajar Perempuan Enggan Jalani Latihan Renang

 



Ibu Bapa Berang Guru Seret Pelajar Perempuan Enggan Jalani Latihan Renang
 
selatanonline.net
Posted by AbuJihad
 


SEORANG pelajar perempuan mengalami detik memalukan apabila seorang guru lelaki bertindak mengheret dan memaksanya untuk masuk ke dalam kolam renang untuk menjalani latihan renang.

Menerusi rakaman
telefon bimbit dari rakannya yang berada di tempat kejadian, gadis yang tidak mahu dinamakan itu dikatakan enggan menjalani latihan renang seperti biasa, menyebabkan guru tersebut menarik dan mengheret kedua belah tangannya serta cuba menolaknya masuk ke dalam kolam renang tersebut.

Menurut laporan yang dipetik melalui portal berita Metro.co.uk, gadis berusia 14 tahun dipercayai enggan menjalani latihan renang pada hari tersebut kerana baharu sahaja membuat rawatan rambut.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan dia (guru lelaki tersebut). Ia buat saya rasa mahu menangis bila saya lihat video itu.

"Saya rasa malu dan marah kerana dia memperlakukan saya sebegitu di hadapan semua pelajar. Dia juga telah sentuh saya," kata pelajar itu seperti yang dipetik melalui laporan portal tersebut.

Menerusi rakaman telefon bimbit durasi 95 saat, mangsa dilihat diheret ke kolam renang oleh gurunya sementara rakan-rakannya yang lain cuba menghalang dan membantunya dengan memaut lengan dan tangan pelajar itu.

Berang dengan tindakan guru yang menyentuh dan mengheret remaja terbabit, keluarga pelajar akhirnya tampil membuat laporan.

"Kita (ibu bapa) tidak akan terfikir seorang guru akan melakukan tindakan seperti itu kepada anak kita bila anak kita ke sekolah," luah ibu pelajar tersebut.

Guru lelaki, Denny Peterson kini berhadapan dengan tindakan tatatertib dan undang-undang membabitkan pelanggaran undang-undang dan mendatangkan kecederaan kepada pelajar.

Peterson juga dikatakan bakal di saman oleh keluarga pelajar terbabit.

Sumber : Sinar

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment