Monday, November 24, 2014

RG2014... Fw: KERANA MAKAN TENGAHARI,SUAMI NAIK GILA

 



 

KERANA MAKAN TENGAHARI,SUAMI NAIK GILA ISTERI MENGANDUNG PUN DIPIJAK KEPALA

bloglist-malaysia.blogspot
lantakhangpala.blogspot.
 
Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.

Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.

"Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.

"Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat," katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang.

"Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas," katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.

"Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur.

"Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran," katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

"Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment