Monday, March 25, 2013

Re: RG2011... Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

 

Mr Shrek macamana nak kenang asyik asyik Jusa juga yang beruntung kata tak mau perbezaan pendapatan yang terlalu jauh berbeza tap tap lapan puluh je mengapa tak rm 250 untuk semua kategori skim perkhidmatan.
Sebenarnya  Dato' CEUPACS yang lupa diri kot sebab bila duduk kat Pej yang disediakan di Jab Perdana Menteri dia bergaul dengan Jusa Jusa minumpun Hightea Warung tak main maka jadilah dia si Tanggang
Tunggu...................................................................nak jadi batu kot

--- On Tue, 3/19/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:

From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
Subject: RG2011... Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>, "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, March 19, 2013, 6:13 PM

 
Presiden Cuepacs: Pesara hentam kerajaan tak kenang budi

19 Mac 2013
Omar Osman
Omar Osman
KUALA TERENGGANU - Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen.

"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya.  - Bernama

--

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment