Monday, March 25, 2013

RG2011... TIPS -Perubahan ejan dalam perkataan-perkataan bahasa Inggeris

 

As Salam Semua
 
Antara aspek yang agak mengelirukan dalam bahasa Inggeris ialah perubahan dari segi ejaan kepada perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris itu. Sekarang ini saya kerap mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak sekadar menghafal perubahan-perubahan ejaan ini tetapi perlu faham betul-betul dari segi:-
 
1.     1. What – Apakah nama perubahan kepada ejaan itu. 
 f
            2. Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan.

2.    3. How – Bagaimana kita menukar ejaan itu.

3.      4. Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Antara sub topic yang paling penting dalam topik Nouns atau Kata Nama ialah Singular and Plural Nouns.

Jika kita gunakan 4 aspek semakan di atas, kita boleh buat analisa seperti berikut:-
1.     
        What – Perubahan ejaan ini dinamakan perubahan daripada Singular Noun kepada Plural Noun.Apa yang kita pelajari amat penting untuk kita mengetahui nama ia kerana ini memudakan kita untuk mencari bahan-bahan rujukan tambahan dan juga memudahkan kita menggunakan Google untuk mencari nota tambahan dan juga latihan-latihan tambahan untuk pengukuhan pemahaman kita.
 
2.      Why – Kenapa ada perubahan dalam ejaan.Perubahan ejaan berlaku kerana jumlah noun itu berubah daripada satu atau Qty = 1 kepada lebih daripada satu Qty > 1. Dalam bahasa Inggeris apabila jumlah sesuatu kata nama itu satu maka ianya dinamakan Singular Noun dan apabila jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripasa satu maka ianya dinamakan Plural Noun.Kebanyakan noun kita perlu tukar ejaan mereka apabila kuantiti yang kita maksudkan adalah lebih daripada satu.Bagaimanapun anda perlu berhati-hati kerana ada juga beberapa nouns yang tidak berubah bentuk mereka apabila ditukar daripada bentuk singular ke plural seperti sheep,deer dan sebagainya.
 
 
 
 
3.      How – Untuk perubahan ejaan dari singular ke plural,ada 7 bentuk yang perlu anda tahu iaitu.
 
i. Tambah -s One car - Many cars
ii. Tambah -es A box - Two boxes
iii. Tambah -ies That country - Those countries
iv. Tambah -ves His wife - his wives
v. Tukar ejaan One child - Several children
vi. Kekalkan ejaan A sheep - A few sheep
vii. Ejaan plural turut digunakan sebagai ejaan singular.
      One headquarters - Two headquarters

4.      Other impact – Adakah impak-impak lain  selain dari perubahan ejaan itu?

Selain daripada perubahan daripada segi ejaan,antara impak yang paling penting ialah pasangan-pasangan kepada singular dan plural nouns ini dan antara pemasangan atau pemadanan ayat yang paling penting ialah pemadanan nouns dengan verbs yang sesuai atau lebih dikenali sebagai subject verb agreement di mana verb yang digunakan dengan noun mesti bersetuju atau tepat dengan jenis noun yang digunakan.

Jika jumlah sesuatu kata nama itu satu ( Qty = 1), iaitu singular noun,ianya mesti dipadankan dengan Singular Verbs.

e.g. of singular verbs = is,was,has,does,goes etc

Jika jumlah sesuatu kata nama itu lebih daripada satu ( Qty > 1), iaitu plural noun,ianya mesti dipadankan dengan Plural Verbs.

e.g. of Plural verbs = are,were, have, do, go etc

Ini adalah pendekatan yang cikgu banyak gunakan dalam kelas-kelas cikgu sekarang untuk membuat pelajar-pelajar cikgu lebih berfikir tentang aspek tatabahasa dan bukan sekadar menghafal kerana jikalau sekadar menghafal ianya satu teknik yang merbahaya dan akan melambatkan proses untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris.
 
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula Sabtu ni 30hb March di Precint 16,Putrajaya dan 6hb April di Sunway.Tempat terhad! Bengkel Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah akan dibuat pada 1hb Mei di Precint 16,Putrajaya.
 
Cikgu Yusoff
019-3090711

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment