Monday, March 25, 2013

RG2011... Metro dan Sinar Tempatan

 

 

Potong anu bapa

 283  11 Google +0  2  1

Cetak

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Rosli Ilham

Kuala Terengganu: Dengan tujuan mengeluarkan 'semangat Imam Nawawi' seorang penyelia kilang yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri, di kediaman keluarga itu di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek turut memperdaya abang iparnya berusia 46 tahun supaya turut memotong kemaluan bagi memenuhi 'syarat' ilmu berkenaan, tetapi lelaki itu melarikan diri.

"Suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web menyebabkan dia tergamak bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

MANGSA turut parah selepas kemaluannya dipotong menggunakan pisau.


Menurutnya, sebelum kejadian, suspek ada menghantar SMS kepada seluruh ahli keluarganya supaya pulang berkumpul di rumah mereka terletak berhampiran masjid dengan alasan dunia akan kiamat pada hari Jumaat.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Mangsa dipotong kemaluan kritikal

 16  0 Google +0  0  0

Cetak

KUALA TERENGGANU: Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.


Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.


"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

'Dia hantuk kepala, pijak badan'

 13  1 Google +1  0  1

Cetak

Dungun: "Saya tidak mampu menghalang dan hanya minta dia mengucap dan ingatkan Allah," kata ibu kepada lelaki yang bertindak memotong kemaluan bapanya hingga putus dalam kejadian di rumah mereka di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini, semalam.

Dia yang mahu dikenali sebagai Semah, 66, berkata, ketika kejadian, dia dan suami nyenyak tidur dalam bilik manakala anaknya yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat itu belum tidur dan berada di ruang tamu.


"Sebelum itu saya tersedar apabila suami bangun untuk ke bilik air dan selepas itu saya terlelap semula sebelum dikejutkan bunyi bising dalam bilik," katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat anaknya menghantukkan kepala suaminya bertalu-talu ke lantai termasuk memijak bahagian badan sebelum keluar dari bilik.


"Saya bangun untuk mendapatkan suami dan anak masuk semula ke dalam bilik dan kali ini dia membawa pisau lalu menyelak kain dipakai suami sebelum memotong kemaluan suami," katanya.


Katanya, dia yang terkejut dengan kejadian itu gagal menghalang perbuatan anaknya kerana perlakuannya seperti dirasuk dan sebaik memotong kemaluan bapanya, dia kemudian memotong kemaluannya sendiri.

Semah berkata, seorang lagi anaknya yang berada di bilik bersebelahan cuba membantu, namun melarikan diri apabila anak lelakinya itu terus menerpa ke arahnya kerana bimbang sesuatu tidak diingini menimpa dirinya.


Difahamkan, kedua-dua alat sulit mangsa dilaporkan dibawa ke hospital dipercayai untuk proses pembedahan menyambungkan semula dan sehingga jam 6 petang semalam, sumber memberitahu Harian Metro, alat sulit si anak berjaya disambung manakala alat sulit warga emas masih dalam proses pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

 

 

Seorang maut, empat cedera

 10  0 Google +0  0  0

Cetak

BUTTERWORTH: Seorang penyelia maut manakala empat lagi pekerja cedera dalam kebakaran di kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Perai, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa Roslan Othman, 40, maut di tempat kejadian akibat 50 peratus badannya terbakar dan lemas dalam kepulan asap.


Menurutnya, mereka yang melecur ialah dua lagi penyelia, Baharin Arsad, 49, dan
Jamaluludin Ismail, 39, selain pekerja bahagian pengeluaran K Ramis, 41, dan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali sebagai Mostak.
Kesemua mereka dimasukkan ke wad Hospital Seberang Jaya.

PENYELIA kilang, Roslan Othman, 40, (gambar kecil) maut dalam kebakaran kilang memproses bahan kimia di Kawasan Perindustrian Prai, manakala empat lagi cedera dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya. FOTO Danial Saad (25/3/13)


Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang bekerja di bahagian pengeluaran

di tingkat tiga bangunan kilang empat tingkat itu dan kebakaran
dipercayai bermula dari bahagian stor menyimpan bahan kimia bercampur logam di
tingkat berkenaan.

Mohamadul Ehsan berkata, bomba menerima panggilan pada kira-kira 11.40 pagi dan
jentera pertama tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

2 maut terkena bahan kimia berbahaya

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: March 26, 2013

PORT DICKSON - Dua pekerja sebuah pusat pelupusan sisa kimia dan toksik di Bukit Nanas, Sendayan di sini, maut manakala seorang lagi cedera dipercayai terkena bahan kimia berbahaya apabila hos tangki lori pecah ketika proses memindahkan bahan itu ke tapak pusat terbabit, semalam.

Salah seorang mangsa adalah rakyat tempatan iaitu K Segar, 42, manakala seorang lagi merupakan rakyat Bangladesh, Khalil Abd Mozid, 45.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 4.04 petang.

"Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dibantu 11 anggota Unit Bahan Berbahaya jabatan dikejarkan ke tempat kejadian bagi memantau keadaan tumpahan bahan kimia yang disahkan sebagai asid hidroklorik sulfurik itu.

"Setakat ini, maklumat awal mendapati, ketika kejadian berlaku, tiga pekerja berkenaan sedang memindahkan bahan kimia dari tangki lori 18 tan ke tapak pelupusan. Hos tangki lori yang dibuka pekerja itu pecah dan tercabut sebelum terkena mereka," katanya.

Menurutnya, mayat dua pekerja itu serta pekerja yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dilakukan bagi mengetahui punca sama ada membabitkan kesalahan prosedur kerja.

Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia

Oleh:
Tarikh: March 26, 2013

KUALA LUMPUR - Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) malam tadi akibat sakit jantung.
   
Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
   
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
   
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.
   
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita.
   
Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.
    
Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.
   
Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi ini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.
   
Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
   
Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Bernama

 

10 kambing dua hari

 56  1 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: Seekor harimau dahan yang membaham 10 kambing milik peneroka dalam tempoh dua hari berturut-turut sejak Selasa lalu berjaya diperangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, semalam.

Haiwan liar itu memasuki perangkap dipasang kira-kira jam 8 pagi selepas PERHILITAN menjadikan dua bangkai kambing yang dibaham sebagai umpan.

Pemilik kambing itu, Mat Zain Deraman, 53, berkata dia lega selepas harimau berkenaan ditangkap sebelum dia kerugian lebih besar.

Katanya, dalam kejadian dua hari itu, dia kerugian RM10,000 dan bimbang baki lima kambing lagi turut menjadi sasaran haiwan itu.

HARIMAU dahan dalam perangkap dipasang PERHILITAN.


"Saya lega kerana harimau itu berjaya ditangkap awal kerana jika tidak habis semua kambing ternakan dibaham.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

DUN Negeri Sembilan terbubar 28 Mac

 1  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Suraya Roslan

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik ialah pada 28 Mac dan bukan 27 Mac seperti disangkakan pelbagai pihak sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata mengikut Perkara 56 (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, DUN akan terbubar dengan sendiri genap lima tahun daripada tarikh persidangan pertama, iaitu pada 27 Mac 2008, jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. 

"Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948/67, lima tahun itu dikira bermula sehari selepas tarikh persidangan pertama, iaitu 28 Mac 2008 dan bukan pada hari persidangan," katanya pada sidang media khas di kediaman rasminya, di sini, lewat petang semalam. 

Beliau berkata, ini bermakna DUN Negeri Sembilan hanya akan terbubar automatik mulai jam 12 tengah malam, pada 28 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Jangkaan Dun Selangor bubar meleset

Oleh:
Tarikh: March 25, 2013

SHAH ALAM - Hampir 30 wartawan dari pelbagai organisasi media hari ini pulang tanpa 'berita tergempar' setelah tiada pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang diharapkan.

Bahkan Abdul Khalid tidak hadir pada sidang akhbar di Bilik Media Tingkat 20 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang penuh sesak dengan wartawan yang menunggu sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Majlis Kerajaan Negeri Selangor, biasanya diadakan pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata mesyuarat mingguan yang selalunya diadakan Rabu diadakan hari ini kerana Abdul Khalid perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan kadar segera.

Selain Wong, dua lagi exco yang hadir pada sidang akhbar yang bermula pukul 3.30 petang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

"Ini bukanlah mesyuarat exco terakhir kami. Beberapa mesyuarat lagi akan diadakan... urusan berjalan seperti biasa di Selangor, usah bimbang," kata Wong.

Wong juga berkata mesyuarat exco juga menyentuh tarikh pembubaran Dun di seluruh negara.

Ditanya mengapa Menteri Besar tidak hadir sidang akhbar hari ini, beliau berkata, pada hari ini Abdul Khalid lebih sibuk berbanding hari biasa.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Dun Selangor akan dibubar bulan ini. Tempoh lima tahun Dun Selangor tamat 22 April. - Bernama

 

Guru mati dipercayai dibunuh

 0  0 Google +0  1  0

Cetak

KOTA BAHARU: Seorang guru wanita fardhu ain maut dipercayai akibat diserang semasa dalam perjalanan pagi semalam dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia di Kampung Sat Hilir di Tanah Merah bagi urusan pinjaman.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa Rafiah Salim, 54, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.49 malam tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Mangsa sebelum itu ditemui seorang pengadu, selepas mangsa dicampak keluar dari sebuah kenderaan di persimpangan kampung dan mangsa terus dibawa ke Hospital Tanah Merah pada pukul 10.30 pagi.

"Keadaan mangsa ketika ditemui dalam berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan selepas dirujuk ke HUSM, mangsa didapati mengalami bengkak di bahagian belakang badan, benjol di bahagian belakang kepala dan luka serta terdapat pendarahan," kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar itu bagi urusan pinjaman.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Sindiket curi motosikal tumpas

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

NIBONG TEBAL: Polis berjaya menumpaskan 'Geng Ponon Markisa' yang aktif mencuri motosikal di sekitar Pulau Pinang selepas menahan tiga anggota kumpulan itu dan merampas pelbagai jenis motosikal dan enjin kenderaan bernilai RM58,000 dalam beberapa serbuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan sejak tiga bulan lepas dan penubuhan pasukan khas bagi membanteras kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.

Katanya dalam serbuan pertama di Simpang Ampat, di sini pada 9 Mac, polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi berusia 20 tahun dan merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di Bukit Tengah, dekat sini baru-baru ini.

"Susulan penahan lelaki itu, kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Baru, Alma dan manahan rakannya berusia 27 tahun serta berjaya menemui semula sebuah motosikal jenis Kawasaki dan Yamaha 125z yang dilapork hilang di Machang Bubok dan Tasek Mutiara.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Kumpulan perompak bersenjata api diburu

 13  0 Google +1  0  0

Cetak

MUAR: Polis Muar sedang memburu dua kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dan sebuah kedai barangan binaan dan logam berat di Bukit Pasir di sini pada Selasa dan Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Sahadan Jaafar berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, rompakan itu dipercayai dilakukan kumpulan berbeza.

Katanya dalam kejadian pertama kira-kira 11.50 pagi Selasa lepas, empat lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol, kapak dan tukul besi melarikan barangan kemas bernilai RM10,000 dari kedai emas itu.

Polis menemui tukul besi dan sebuah kereta Vios yang dilaporkan hilang di Kulaijaya dua hari sebelum kejadian di premis itu, katanya.

"Mereka cuba membakar kenderaan itu untuk menghilangkan bukti tetapi tidak berjaya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 peringkat Daerah Muar di Dataran Tanjung Emas.

di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Pulangkan isteriku!

 36  1 Google +3  3  0

Cetak

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Angkara cinta tiga segi, seorang pemuda didakwa tergamak mengurung seorang suri rumah yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak sulung di sebuah rumah di sekitar daerah ini sejak seminggu lalu.

Lebih malang apabila wanita yang juga isteri kepada abang angkat remaja itu dipercayai turut dikawal setiap masa dan dihalang menemui suami serta bayi lelakinya yang baru mencecah usia dua bulan.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun itu melakukan hubungan intim dengan wanita berusia 28 tahun berkenaan tanpa dikesan suaminya yang mahu dikenali sebagai Firdaus, 30, sejak pertengahan tahun lalu.

Menurut Firdaus, dia yang terjaga dari tidur terkejut mendapati isterinya tiada, kira-kira jam 8.30 pagi, 16 Mac lalu.

FIRDAUS menunjukkan gambar isterinya.


"Saya melihat dia (isteri) tiada di sebelah, namun bayi kami masih ada dan membawanya keluar mencari selama tiga hari berturut-turut, namun gagal.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Balu ASP Zulkifli: 'Sayu, kali pertama sambut Hari Polis tanpa suami'

Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: March 25, 2013

KUALA LUMPUR - Meskipun di wajahnya masih tergambar kesedihan tidak terperi akibat kehilangan suami yang gugur di medan juang, Aziah Noor mengharapkan pejuang-pejuang negara yang masih bertugas dalam Op Daulat, akan terus berbakti kepada bangsa dan pertiwi.

Hati mana tidak pilu, inilah kali pertama beliau hadir pada sambutan Hari Polis tanpa suami tercinta.

Namun balu kepada ASP Zulkifli Mamat ini berkata, si anaklah penguat semangatnya.

Tidak sesekali beliau putus harap dan semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Saya redha atas kehilangan suami, kekuatan saya sekarang adalah anak-anak," katanya yang ditemui pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini.

Beliau yang berasal dari Besut, Terengganu mempunyai dua orang anak, hasil perkahwinan bersama Allahyarham ASP Zulkifli.

Allahyarham terkorban pada 1 Mac lalu akibat serangan mortar.

"Saya berharap para perwira dan kesatria negara di Lahad Datu dapat meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir," ujar Aziah dengan nada penuh hiba namun tetap bersemangat.

Aziah adalah antara ahli keluarga anggota polis, yang terkorban semasa Op Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, hadir pada sambutan penuh bermakna ini.

Pada sebelah pagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang negara ini yang gugur di medan juang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut merakamkan ucapan takziah kepada perwira negara yang tidak mengenal erti gentar mempertahankan kedaulatan negara.

"Pada mereka yang telah meninggalkan kita marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan disi mereka yang beriman. seluruh PDRM mengucapkan salam takziah kepada yang terkorban," kata beliau.

Sambutan hari polis yang diadakan kali ini tampak berbeza apabila sajak dan lagu-lagu keperwiraan berkumandang di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

Walaupun penuh sayu namun elemen patriotik tetap menusuk jiwa.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Lapan pegawai dan anggota yang gugur dikurniakan kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Mereka yang terkorban dalam di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49, Sarjan Mejar Abdul Azis Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Selain Aziah, antara turut hadir balu mendiang DSP Padel, Jabah Mingku, balu Allahyarham Sarjan Sabaruddin, Nurunnisa Abu Bakar dan balu Allahyarham Sarjan Mejar Abdul Azis, Siti Banddorah Mahali.

Guru fardhu ain mati dipercayai dibunuh, dicampak dari kenderaan

Oleh:
Tarikh: March 25, 2013

KOTA BHARU - Seorang guru wanita fardhu ain maut dipercayai akibat diserang semasa dalam perjalanan pagi semalam dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia di Kampung Sat Hilir di Tanah Merah bagi urusan pinjaman.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa Rafiah Salim, 54, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.49 malam tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Mangsa sebelum itu ditemui seorang pengadu, selepas mangsa dicampak keluar dari sebuah kenderaan di persimpangan kampung dan mangsa terus dibawa ke Hospital Tanah Merah pada pukul 10.30 pagi.

"Keadaan mangsa ketika ditemui dalam berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan selepas dirujuk ke HUSM, mangsa didapati mengalami bengkak di bahagian belakang badan, benjol di bahagian belakang kepala dan luka serta terdapat pendarahan," kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar itu bagi urusan pinjaman.

"Mangsa merupakan seorang guru fardhu ain dan ahli Amanah Ikhtiar malah mangsa yang tinggal di Kampung Lemal, Pasir Mas sering berulang alik dari rumah ke tempat tersebut dengan menaiki kereta prebet sapu (teksi haram)," katanya.

Beliau berkata polis mengklasifikasi kes itu sebagai kes bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Buat masa ini kita tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan," katanya.

Mazlan turut menasihati orang ramai supaya tidak mengikuti sesiapa sahaja yang tidak dikenali kerana khuatir ia boleh membahayakan diri.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu anak mangsa, Muhammad Saiful Zainal Abidin, 30, ketika ditemui di HUSM berkata, ibunya seorang yang sangat aktif dengan persatuan setempat dan juga pergerakan Wanita Umno di Lemal, Pasir Mas.

"Malam, (sehari) sebelum kejadian, ibu menghadiri mesyuarat persatuan dan hanya mendiamkan diri ketika pulang sebelum tidur bersama cucunya.

"Kebiasaannya, ibu saya akan menghubungi salah seorang daripada kami lima beradik untuk mengambil atau menghantarnya, tetapi semalam dia pergi tanpa memberitahu sesiapa," katanya. - Bernama

 

Perjudi nyawa bakal penghuni pangsapuri

 3  1 Google +0  0  1

Cetak

Shah Alam: Seramai 118 keluarga dari Kampung Bunga Raya, Subang di sini meminta polis menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dalam projek pembinaan pangsapuri kos rendah di Jalan Pluto, Bandar Pinggiran Subang.

Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) N Alagan yang mewakili penduduk terbabit mendakwa projek pembinaan itu dibina menggunakan gabungan polisterin yang tidak kukuh dan boleh menjejaskan keselamatan bakal penghuni rumah pangsapuri itu yang dibina untuk penduduk yang menetap di Kampung Bunga Raya.


"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mengikut perjanjian jual beli asal pada 2004, rumah pangsa kos rendah itu sepatutnya dibina menggunakan batu bata.

"Bagaimanapun, apabila kerajaan negeri mengambil alih projek berkenaan, kami percaya mereka menukarkannya kepada batu blok yang di tengahnya polisterin.


"Justeru, pihak kami percaya ada unsur penipuan dalam projek ini sehingga menyebabkan bahan tidak berkualiti seperti polisterin digunakan untuk pembinaannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, semalam.


Alagan turut mempersoalkan tindakan kerajaan pakatan pembangkang Selangor meluluskan projek pembinaan itu kerana tindakan mereka memperjudikan nyawa bakal penghuni rumah pangsapuri itu.

"Saya nak tanya satu soalan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, apakah jaminan keselamatan rumah dibina dengan polisterin?," tanya beliau.


Alagan mendakwa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi sepucuk surat bertarikh 14 Mac lalu mengarahkan pembinaan pangsapuri membabitkan lima blok itu dihentikan, tetapi tidak diendahkan sama sekali.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar memorandum berhubung isu itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

Wanita bawa lari anak ke Bangkok

 5  0 Google +1  2  0

Cetak

Changlun: "Saya amat merindui keletah anak perempuan berusia dua tahun kerana sudah empat bulan tidak bertemu menyebabkan sentiasa teringatkannya," kata seorang bapa yang mendakwa anak perempuannya dilarikan isteri keduanya ke Bangkok, Thailand sejak November lalu.

Seni Saad, 39, dari Kampung Jenalik, di sini, berkata, sebelum ini dia menghantar isterinya, Waridsara Monthathip atau nama Islamnya, Siti Sarah Abdullah, 33, pulang ke Bangkok bersama anak tunggal mereka, Nur Saffa Alisa melalui pekan Danok, Thailand.


Katanya, sejak kepulangan isterinya ke kampung halaman, dia gagal menghubungi wanita berkenaan kerana dikatakan kerap menukar nombor telefon untuk mengelak daripada terus berhubung.

"Saya juga pernah menaiki bas ke Bangkok untuk bertemu isteri dan anak, tetapi setibanya di rumah kakak ipar di sana, isteri hanya membenarkan saya berjumpa anak kami dalam tempoh sejam sebelum meminta saya pulang.


"Dia banyak kali berjanji akan pulang semula ke negara ini, tetapi janji tinggal janji, malah saya gagal menghubunginya. Saya hanya mampu melihat wajah Nur Saffa Alisa melalui akaun laman sosial milik isteri untuk mengubat kerinduan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Seni berkata, pada masa sama, dia juga bimbang isterinya akan kembali semula kepada agama asalnya dan memberi makanan tidak halal kepada anak mereka disebabkan keluarganya sebelum ini menentang wanita berkenaan memeluk Islam.

Katanya, dia mengenali wanita itu pada 2009 ketika isterinya bekerja di sebuah bar di pekan Danok lalu memperisterikannya apabila mereka kerap bertemu di rumah seorang kenalannya di sana.


"Ketika itu saya mempunyai masalah dengan isteri pertama dan tertarik dengan Siti Sarah disebabkan dia pandai menjaga hati saya.

"Saya tak sangka perangainya berubah selepas kami berkahwin, selain turut mempunyai niat meninggalkan saya selepas pulang ke kampungnya di Thailand," katanya.


Menurutnya, dia bernikah dengan wanita itu di Thailand dan mendaftarkan pernikahan mereka melalui konsulat di sana menyebabkan dia boleh mendaftar MyKid dan sijil kelahiran anak mereka.


Katanya, dia berharap dapat bertemu Nur Saffa Alisa semula untuk mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya.


"Saya membuat laporan di Balai Polis Kangar, Perlis pada 19 Mac lalu dan bercadang membuat laporan polis di negara jiran untuk bertemu dan menuntut hak penjagaan anak saya semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment