Sunday, March 24, 2013

RG2011... Syabas Pakatan,Keranamu Najib bg permit Taxi

 

PM: Penerima lesen teksi individu wajib beli Proton Exora

 

Seramai 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata semua pemandu teksi yang menerima lesen individu itu wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.

"Ia satu lagi komitmen kerajaan untuk memastikan pemandu teksi dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang," katanya pada majlis pemberian lesen Teksi Individu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyerahkan 200 lesen individu pertama manakala selebihnya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku penaung Pertubuhan Teksi Malaysia dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata Yayasan Rakyat 1MDB akan beri geran itu, bermakna harga Proton Exora bernilai RM64,000 akan dikurangkan kepada RM59,000.

Selain itu, katanya kumpulan pemandu teksi berkenaan juga bakal diberi kemudahan untuk menurun dan mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2.

Perdana Menteri berkata ini merupakan 'satu lagi janji ditepati' kerana kebajikan pemandu teksi juga perlu dijaga dan dijamin bagi membolehkan mereka menyara keluarga di samping menikmati masa depan lebih baik.

"Walaupun tidak dinafikan syarikat teksi telah memberi peluang pekerjaan kepada pemandu teksi tetapi ada juga yang mengeksploitasi pemandu teksi seakan-akan sistem penghambaan zaman moden," katanya.

Justeru, katanya usaha kerajaan itu sekali gus dapat memelihara kebajikan pemandu teksi selain menjadi titik permulaan kepada sistem baharu yang akan dilaksana bila sampai masanya nanti, kerana bukan sesuatu yang mustahil untuk mencapai perkhidmatan teksi bertaraf dunia.

Perdana Menteri berkata pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai'ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan "jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya".

Beliau berkata banyak bantuan telah disediakan kerajaan sebelum ini, misalnya program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disusuli BR1M 2.0

"Berbeza dengan pembangkang, mereka buat (demonstrasi jalanan) Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 tetapi kita buat BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan juga TR1MA telah diberikan, tidak lama lagi SPAD akan lancar TR1MA 2.0," katanya.

TR1MA akan memanfaatkan 76,000 pemandu teksi di seluruh negara.

"Inilah kerajaan yang beri kebajikan, membela masa depan rakyat, bukan menyusahkan negara, bukan langgar undang-undang, bukan hancurkan negara, tetapi membina negara lebih baik, berbeza dengan pembangkang," kata Najib.

Sementara itu, Syed Hamid berkata berkata pemberian lesen teksi individu tidak akan membawa kepada lambakan teksi kerana syarikat-syarikat teksi telah menyerahkan kembali lesen teksi mereka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat teksi kerana atas tanggungjawab sosial korporat (CSR), menyerahkan kembali lesen teksi.

"Dari semasa ke semasa, jika lebih ramai daripada mereka mahu menyerahkan (lesen), dengan itu kami akan mengeluarkan lebih banyak lesen. Kita juga akan membuat kajian daripada segi pertambahan penduduk dan permintaan. Kita tidak akan keluarkan lesen sewenang-wenangnya. Kita nak tentukan semua orang boleh cari makan," katanya.

Mengenai pemberian geran RM5,000, Syed Hamid berkata ia merupakan peluang terbaik yang diberikan kerajaan untuk membolehkan pemandu teksi memiliki kereta sendiri.

"Penerima akan menikmati tempoh bayaran balik selama tujuh tahun serta kadar bayaran bulanan yang lebih rendah dan kereta tersebut tidak boleh dipindah milik...saya berharap penerima lesen teksi individu akan memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.

- Bernama

Usaha utk pemberian Permit Teksi ini telah Dimulakan dulu oleh pakatan,Inilah Gunanya Menjadikan pembangkang Kuat, rakyat pun Selamattt...Demi menyaingi Usaha Pakatan, maka Krjn najib pun kelamkabut Memberikan Permit lebih dahulu sablom Pakatan berjaya Jadi Krjn..Tidak mengapalah siapa pun yg bagi, Janjiiii...Rakyats mau untung...ha ha ha...

 

Serah memo pada Anwar, TEKSI mahu tuntutan permit direalisasi

KUALA LUMPUR 31 Oktober 2011: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud bersama kira-kira 15 anggota NGO itu yang diiringi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ia turut diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad.

Sebelum ini , Anwar pernah menyatakan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemberian permit teksi secara besar-besaran kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno.

Sebaliknya, permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu dan menegaskan masalah pemandu teksi akan segera diselesai sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Mohammad Ridzwan menjelaskan, pihaknya mewakili semua pemandu teksi di Malaysia meminta kerajaan memandang serius permasalahan mereka.

“Kita menuntut agar permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat, juga kadar cukai kenderaan untuk pembelian kenderaan teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan.

“Kami juga menuntut kebenaran diberikan bagi penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanan kurang memuaskan,” jelasnya mengenai kandungan memorandum itu kepada Mohamed Nazri.

Selain itu, TEKSI meminta kadar harga teksi dikaji semula termasuk juga kemudahan bas GO KL harus diteliti terutama memberi perkhidmatan percuma kepada pelancong atau pun bukan warganegara.

Tuntutan juga ditekankan kepada tidak menghadkan keluasan membawa atau mengambil penumpang seperti di lapangan terbang atau lain-lain tempat.

“Kita juga turut meminta kaunter teksi berkupon yang diletakkan di semua tempat yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan.

“Penubuhan satu badan di bawah kerajaan juga perlu bagi menjaga hak dan kebajikan pemandu teksi serta bertindak tegas terhadap ulat-ulat dan bukan warganegara yang memandu teksi secara bebas,” katanya dipetik Harakah Daily.

Antara tuntutan lain adalah menyeragamkan semula penggunaan pakaian kemeja untuk semua pemandu teksi dan juga perlu memberi
penerangan kepada pengguna dan hak-hak pengguna mengenai pengangkutan terutama teksi melalui media cetak dan elektronik.

Dalam pada itu, Zuraida menekankan agar kerajaan mengambil perhatian serius terhadap tuntutan ini bagi memastikan hak dan kebajikan pemandu teksi terus terbela.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38679

 

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment