Sunday, June 2, 2013

Re: RG2011... NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH

 

Paling heran Kerajaan Persekutuan tiada kuasa dalam urusan imigresen, sampai biloa agaknya persetujuan ini laku??? Apakah kita semua ini dunggun tidak ada usaha untuk menyama ratakan hal ehwal ini. Bung Mokhtar yang lawas kata-katanya amat mengerti hak manusia ini, kenapa yang lain lurus tak berbendul dan utamanya pemimpin wasatiyyah (Najib, Khir Bahrum, DR Zahid, Sepupu PM Hishamuddin yang pernah mengetuai KDN, apa lagi yang lain tu.....) menayai dan memperdajalkan manusia adalah manusia yang kurang ajar dengan ajaran Islam. Apa lagi kanun dari agama lain....... Negara majmuk dan cantuman pelbagai negeri ni akan berbentuk apa pada masa akan datang lu pekirlah sendiri.....

From: Rohan Othman <rohanothman@yahoo.com.my>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 31 May 2013, 11:02
Subject: Re: RG2011... NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH
 
ASSALAM..
TUAN MODERATOR YANG DIHORMATI..TOLONG NYAHKAN SEBARANG EMAIL YANG BERUNSUR POLITIK DAN PERKARA2 YANG TIDAK BERFAEDAH DALAM MEMAJUKAN IRI TERUTAMA DARI PEMILIK EMAIL EN ROSLAN MOHD INI KERANA SAYA SUDAH JELAK DAN MELUAT DENGAN EMAIL2 YANG SEBEGINI ATAU TUAN TOLONG KELUARKAN SAYA DARI RESPEKS GROUP.
 
TERIMA KASIH.--- On Thu, 30/5/13, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> wrote:

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Subject: RG2011... NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH
To:
Date: Thursday, 30 May, 2013, 8:30 AM

 
KENYATAAN MEDIA DARI PARTI KEADILAN
30 MEI 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA

NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH

YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk.

KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut.

KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
ADUN Seri Setia
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment