Saturday, June 1, 2013

RG2011... Fw: AMENO-Be N Semakin Fobia Dgn Pimpinan PR

 



Nurul Izzah Akan Bawa Kes Halangnya Masuk Sabah Ke Mahkamah


MMenyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai "penahanan anti demokratik", Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.

"Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik," tegasnya lagi.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.

Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

"Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.

"Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah," katanya kepada pemberita.

"Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu," katanya, dan menambah,"sampai bila saya dilarang?"

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.

Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

"Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera," kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.

Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

"Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.

"Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah," kata Bung.

Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

"Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan - termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

"Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN."

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI
2 comments:

comments:

Anonymous said...

Apa kah Sabah ini berada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia sehingga boleh menyekat rakyat Malaysia sendiri untuk bergerak bebas memasukinya.ATAU mungkin ada sekatan baru yg menyekat pemimpin-pemimpin dari PAKATAN RAKYAT memesuki negeri-negeri yang di perintah UMNO BARISAN NASIONAL????? Ini undang-undang RIMBA namanya.

Anonymous said...

Ini zaman bila? Perlukah warga Malaysia dari semenanjung diperlakukan seperi warga asing di bumi Sabah dan Sarawak. Undang2 ini sudah lapok. Sabah Sarawak adalah Malaysia. Warga Malaysia sepatutnya bebas keluar masuk dalam negeri sendiri. Kepada Umno BN di Sabah... Negeri Sabah itu bukan Bapak Korang Yang Punya!!

 

Dua MP Sabah Kecam Tindakan Halang Nurul Masuk Sabah


Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Darell Leiking, Ahli Parlimen Penampang

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.


Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.


Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.
-astrowani


[PRESS STATEMENT] MP PENAMPANG CONDEMNS NURUL IZZAH DEPORTATION FROM SABAH

MP Nurul Izzah Anwar was on her way to celebrate Kaamatan with her fellow Malaysians when she was held back by Sabah Immigration allegedly under Sabah Chief Minister Department's instruction before being forcibly deported back to Semenanjung Malaysia.

I condemn this act, more so because Izzah was visiting Sabah to celebrate Pesta Kaamatan in her personal capacity. It makes it all political with no purpose and hurt our state's reputation as hosts.

Nurul Izzah arrived at Kota Kinabalu Airport around 645pm via Air Asia on 30th May 2013 and was to return back on the evening of 31st May 2013 to Semenanjung Malaysia.

Immigration Department Sabah informed YB Nurul Izzah that the Chief Minister's department had decided to bar her and many more personalities from Peninsula Malaysia from entering Sabah henceforth.

The right of entry is Sabah Government's constitutional right but it should not be abused, more so since there are evidence (as revealed in the ongoing Royal Commission of Inquiry) that illegal immigrants have entered and not confronted by the same level of scrutiny as the re-elected parliamentarian of Lembah Pantai and my party's (KeADILan) vice-president.

Why is it that Malaysians joining a festive celebration with fellow Malaysians especially the Kadazans from Sabah and in Sabah now a reason for denial of entry? I personally met at the airport while waiting for YB Nurul Izzah the many Malaysians from West Malaysia (who took the same flight with YB Izzah) who had told me that they came to Sabah to join in the Kaamatan festivity at KDCA, Penampang. They were equally concerned that YB Izzah was detained by Sabah Immigration and this has indeed shamed us in Sabah.

Nurul Izzah is an elected MP, a mother of two, a loving wife and poses no threat at all to the security of my state. The Sabah Immigration Department and those instructing it to carry this order should be ashamed of themselves. I challenge the Chief Minister and the State Cabinet to explain to the people of Sabah and Malaysia as a whole why this act had happened.

DARELL LEIKING
MEMBER OF PARLIAMENT, PENAMPANG

comments:

Anonymous said...

Bagus sangat lah tu.... rakyat Malaysia sendiri tak boleh masuk ke Sabah..... Rakyat Sulu boleh pula.... jelas simtem pentadbiran negara di bawah Najib razak sudah pincang...... Go to Hell....

 

UMNO/BN Semakin Fobia Dengan Pimpinan PR


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang. -mk


comments:

Andre Irwan said...

Ini apa punya undang-undang? Rakyat Malaysia sejati tidak dibenarkan memasuki TANAH AIR MALAYSIA. Sudah sampainya undang-undang gila ini dihapuskan. Akta imigresen harus dipinda. Orang Banglasia boleh menjadi rakyat Malaysia melalui pintu SABAH. Ini anak kelahiran dan jati Malaysia pulak dilarang masuk. Ini cerita Pak Pandir. Menang Sorak Kampung Tergadai.
Ubah Malaysia. Sudah sampai masanya kita ubah perlembagaan (negeri maupun kebangsaan) yang tidak mesra rakyat marhein. Tunggu apa lagi. Orang Sabah boleh masuk semenanjung dengan sewenang-wenangnya mencari rezeki tapi bukan sebaliknya. Hairan bin Ajaib. Ini undang-undang RIMBA kot.

Anonymous said...

Kenapa seorang rakyat Malaysia tidak boleh pergi mana2 negeri di bawah satu bendera Malaysia sesuka hati?......#'!#¤¨¦μ.zzz...errr ada undang2 rupanya. Kenapa tak pinda?..... Oooooh patutlah ada rakyat yang kena berjiran dengan pendatang Filipina. Ada plak yang kena naik bot sedangkan rakyat negeri lain boleh naik kereta merentasi jambatan.
Kepada semua pejuang..teruskan usaha sedarkan seluruh rakyat jangan sokong geng yang mendapat majoriti KERUSI tapi kena sokong kumpulan yang mendapat majoriti PENGUNDI

Anonymous said...

YB Nurul Izzah bukan Anak Malaysia oh..Banglasia oh...bukan. YB PR Undang BN baru tidak boleh masuk SABAH. Habislah tidak lama lagi undang baru BN Penyokong PR tidak boleh masuk SABAH. Inilah BN RAKYAT DIDAHULUKAN.

Anonymous said...

Nurul Izzah tak boleh masuk Sabah...tapi keluarga Kiram boleh..siap bawak senjata lagi....

Anonymous said...

org dah tak kasi masuk.. sudah laa. apa nak kecoh2????

dok sibuk nak masuk sabah buat apa?
nak ambik hati org sabah?? blah laaa

woi! rakyat sabah nak hidup bahagia bawah BN lantak laa kat depa. puak2 sabah ni tolong pun tak guna, diorang mmg suka duduk dalam hutan.

puak2 ni jenis taat pada ketuanan melayu.. biarkan diorang.. tak payah susah2 nak bela nasib diorang.. biar diorang merempat dalam negeri diorang.. biarkan jer diorng terus ditipu lagi 50 tahun.

ada aku kesah??

Batu Api said...

Masa kejatuham UMNO dan BN sudah tiba. Mereka mencabuli Rukun Negara dan hak asasi manusia. Fuck off them all ?

Anonymous said...


Sabah sebahagian negara Malaysia. Sesiapa rakyat Malaysia sepatutnya tidak dihalang kemana mana dalam Malaysia. Ada ke undang undang imigresen yang tidak membenarkan rakyat Malaysia masuk ke Sabah. Kalau ada, ini undangx adalah tidak betul.

Anonymous said...

Aiiiik! Pase pa MP PR x boleh masuk Sabah. MP BN boleh plak. Undang-undang rimba mana pulak BN pakai? makin kecoh lah Malaysia ddi bawah rejim UMNO.

Putra IJ80 said...

TGHH kata biar mereka menzalimi biar mereka menginaya...

Kita kena SABAR...

Nanti di hari perhitungan ada suara yg memanggil kita yg di zalimi suruh kita masuk syurga cepat....

Maaf klu sya tersalah tafsir ucapan beliau.

Wallahhu'alam.

Jgn Maree..

Anonymous said...

PASCA PRU 13.......

SABAH BAPAK MUSA AMAN PUNYA.....
MALAYSIA BAPAK ZAHID PUNYA, KONGSI DENGAN NOH UMAR DAN TAJUDDIN PASIR SALAK.

BESOK LUSA SEMUA KAKITANGAN DARI SEMENANJUNG AKAN DIHALAU BIAWAK MUSA INI......

MUSA(ANG) (SI)AMAN(G) kau nak jadikan zoo.... Dengan di penuhi binatang-binatang macam dia dan sewaktu denagnnya......

Anonymous said...

Inilah malaysia. Kalau org sulu tak tak jadi masalah....kesabah.

orangpencen said...

ohh!!! tak mahu ambil kisah kesusahan orang lain.. nanti bila awak dah terbujur kaku bukan orang lain ke yang akan menguruskan mayat awak.

Anonymous said...

Peraturan paling bodoh...Nurul izzah jgn bagi Ketua Menteri Sabah pijak kaki dia kat Lembah Pantai...

 

Kenyataan Pengarah Paling "Bangang"...

telokbakong.blogspot.
karatijau.blogspot
 
Pengarah Jabatan Imigresen, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata mereka hanya mengikut arahan kerajaan negeri dalam menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah.

"Arahan itu diterima dari semasa ke semasa," katanya ketika ditanya mengenai identiti individu lain yang turut dilarang memasuki Sabah.

Seorang pegawai di Jabatan Ketua Menteri berkata, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan setakat ini.

Nurul Izzah tiba di sini petang Khamis tetapi tidak dibenarkan memasuki negeri itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Penampang,

Darrel Leiking meminta kerajaan Sabah untuk mengemukakan senarai nama individu yang dianggap sebagai persona non grata atau dilarang daripada memasuki negeri itu.

Beliau berkata, tindakan itu akan menjimatkan masa individu tersenarai daripada berlepas ke Sabah yang hanya dimaklumkan mereka dilarang memasuki negeri itu.

"Kami menghargai kerajaan Sabah mempunyai hak untuk menyekat kemasukan terutamanya pendatang asing atau individu tidak diingini.

"Pada masa sama, kerajaan perlu kemukakan senarai mereka yang dilarang daripada memasuki Sabah. Ia akan menjimatkan masa dan wang bagi mereka yang tersenarai," katanya.

Darrel berkata demikian bagi mengulas tindakan Jabatan Imigresen Sabah yang
menghalang kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar ke negeri itu pada petang Khamis.

Beliau berkata, selain senarai nama-nama individu terbabit, kerajaan negeri juga harus mengemukakan sebab individu itu dihalang memasuki negeri itu.

Darrel berkata kunjungan Nurul Izzah adalah untuk meraikan pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan di Penampang di sini.

"Beliau tidak pernah merasai pengalaman pesta Kaamatan dan tidak sabar untuk meraikannya," kata Darrel.
Jelas beliau, Nurul Izzah sepatutnya menghabiskan masa selama sehari di Kota Kinabalu dan menikmati hidangan makanan laut sebelum berlepas kembali ke Kuala Lumpur pada Jumaat.
  1. batu pelangi

    Apa kata kita suruh pengarah imigresen kat semenanjong ini tahan MP Sabah dan Sarawak
    dari masuk ke Malaysia Barat? Boleh ke?? Atau pun
    suruh aje Sabah dan Sarawak tu tuntut kemerdekaan
    dari BN. Habis cerita!Dasar perangai UMNOYAHUDI!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment