Saturday, June 1, 2013

RG2011... Fw: HOI !BUAT APA LAMA SANGAT TU!!

 



 

CELOTEH; HOI !BUAT APA LAMA SANGAT TU!!

guablog.com/
justtryje.blogspot.
 
 
 
assalamualaikum hai pa kabar korang hari ni rara nak cerita sikit cerita ni lucu juga la,dLm cerita ni pun ada pengajaranya juga..i hope u all enjoy membacanya hehhehe "cm poyo je kan hahahah" :) 

        MENGINGATKAN kisah lucu yang satu ni , membuatkan rara ingin  berkongsi cerita dengan korang,supaya lebih berhati-hati!.Jangan jadi macam rara kes naya beb! Alkisahnya,masa tu hari terakhir cuti semester . Dah seronok-seronok lepak kat kampung ,tibalah! masanya nak balik kampus pulak. Nasib baiklah ada member nak balik sama ,emm taklah boring sangatkan duduk sorang-sorang dalam bas tu. Ditemani mak ,ayah untuk rara bertolak  ke stesen bas. Ramai betul orang , Hari Ahad pulak tu,pa lagi semua orang sibuk nak balik.

       Lepas bersalam-salaman dengan orang tua rara ,rara pun carilah tempat duduk . Jam baru pukul 1.00 , tiket bas pula pukul 1.30 . Ada setengah jam lagi ,tiba-tiba je rara rasa nak pergi tandas . Masa pun lama lagi. Barang-barang rara tinggalkan kat kaunter bas ,member rara yang sorang ni dah jalan dulu ,rara pulak sempat lagi singgah kesai runcit , beli gula-gula . sampai saja di tandas umum tu, punyalah ramai orang  ! Nak masuk tandas pun sesak....

    Tiba-tiba terpandang tandas sebelah tu yang sgak kurang sesak . Dah tak pandang kiri kanan dah!, terus je masuk .waktu kat dalam toilet tu terdengar suara lelaki berborak . Suspens rara! Apa pulak orang lelaki masuk dalam tandas perempuan ni ??? Makin lama ,makin banyak tapak kaki yang rara dengar melangkanh masuk . Masa tu pun rara dah berpeluh-peluh ketakutan!! .Tiba-tiba rara dapat sms dari member yang sama-sama nak pergi toilet tadi. " Mana kau , lama dah tunggu ni. Aku kat luar pintu toilet !.Bas dah nak jalan ". Macam tulah bunyi SMSnya.

  Habis je baca sms tu,,tiba-tiba pintu tandas diketuk. "Hoi! Buat apa lama sangat tu?" Mati aku, mati!!!
kini barulah rara sedar rupa-rupanya rarandah tersalah masuk tandas lelaki . Matilah aku macam mana nak keluar ni ......orang lelaki pulak penuh kat luar tu . Nak tak nak , dengan sepantas kilat aku berlari keluar dengan muka yang merah padam. Memang masa tu rara perasan semua mata memandang pada rara, tapi nak buat macam mana , daripada terlepas bas, terpaksa juga keluar! Lantaklah !.

note: jangan jadi macam rara ,malu beb ...malu gilaaa.... hehhehe...nasihat rara pasni kena tengok2 lah kiri kanan tu supaya tak jadi macam rara .. 

satu pengalaman yang rara tak dapat lupakan lucu tapi memalukan hahhahha oklah byeeee..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment