Sunday, June 23, 2013

RG2011... Kerajaan Timbang Cadangan Bina Kereta Kabel Di Bukit Fraser - Mohamed Nazri

 


BUKIT FRASER, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menimbang cadangan untuk membina kemudahan kereta kabel dari Raub ke Bukit Fraser bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati keindahan panaroma di pusat peranginan itu.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kementerian akan meneliti cadangan Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Shahiruddin Ab Moin yang mahu agar diwujudkan kemudahan kereta kabel berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Raub dan Bukit Fraser.

"Saya menimbang secara serius perkara ini dan akan cari jalan untuk jadikan ia satu realiti dan saya akan menemui Perdana Menteri untuk bincang mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mengenal Burung Bukit Fraser 2013 di sini, Ahad.

Beliau berkata pembinaan kemudahan itu juga akan membuka peluang ekonomi kepada penduduk Raub dan sekitar Bukit Fraser untuk terlibat dalam aktiviti perhotelan dan pengangkutan.

Katanya, dengan wujudnya kemudahan kereta kabel itu, permintaan bagi tempat penginapan untuk pelancong akan turut meningkat sekali gus menuntut agar lebih banyak hotel dibina di Raub.

"Hotel tidak boleh dibina di Bukit Fraser kerana kita tidak mahu pembangunan melampau di kawasan itu, jadi ia mesti dibina di Raub dan penduduk sekitar Raub boleh menjadi pengusaha kenderaan van pelancong untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi mereka," katanya.

-- BERNAMA

Inline image 2



Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment