Minggu Pesta Tembak Menembak: Seorang Lagi Mati Ditembak Jarak Dekat
Pengawal keselamatan maut ditembak
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.
"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.
Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama
ULASAN GB
Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan:
Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.
Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!
Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita.
Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.

Satu lagi kes tembakan menjadikan minggu paling menakutkan di Malaysia
Tujuh kes tembak melibatkan senjata api kebanyakan darinya merupakan kes bunuh jarak dekat dan dua darinya merupakan kes berprofil tinggi.
Kejadian terbaru yang berlaku di Cheras Perdana hari ini pada jam 1.30 petang.
Bekas pesalah B Balamurali, 36 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya lalu menembaknya di ruang tamu rumah.
"Dua suspek dilihat ditempat kejadian menunggang motosikal Yamaha LC," kata Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Abdul Wahab.
Balamurali baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan menurut rekod mangsa disabitkan dengan enam kesalahan termasuk mencuri dan yang berkait dengan dadah.
Peningkatan kes tembakan menggemparkan negara apabila tujuh hari berturut-turut menyebabkan polis digesa menumpukan semula sepenuhnya menyelesaikan kes pembunuhan berbanding menangani kes saman bloger dan menangkap pelatih anjing juga aktvis hak asasi manusia.
Polis dan Menteri Dalam Negeri menyalahkan kejadian tembak bunuh kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam membunuh pemberi maklumat.
Dakwaan itu bagaimana pun ditolak pemimpin pembangkang yang mengkritik polis hanya mahu perkenalkan undang- undang baru tapi tidak mahu meningkatkan usaha siasatan untuk menangkap suspek.
Dilaporkan terdapat lebih dari 20 kes yang melibatkan pembunuhan senjata api pada berapa bulan kebelakangan ini termasuk seminggu lalu membabitkan kes berprofil tinggi seperti aktivis dan pengasas bank.
Sabtu lepas pemantau jenayah Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan ditembak didada oleh dua penunggang motosikal ketika mangsa yang sedang memandu kereta BMW dan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Cempaka Negeri Sembilan kira kira 4.30 petang sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Bagaimanapun mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan stabil.
Sehari selepas itu, seorang pemilik syarikat keselamatan Jasrafveendeerjeet Singh, 25, ditembak mati sekurang- kurangnya empat tembakan.
Tembakan turut mengenai rakannya hingga menyebabkan kecederaan kepada dua rakannya ketika mereka sedang minum di sebuah restoran di Ipoh.
Ia disusuli dengan pembunuhan Pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi dan isterinya di lorong Ceylon di Kuala Lumpur.
Hussain yang berumur 75 tahun itu ditembak dua kali didada dan mati ditempat kejadian.
Isterinya pula cedera.
G Santhana Samy ditembak di bahagian peha kanan oleh suspek ketika beliau sedang dalam perjalanan di Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam pada masa yang sama.Dia dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan.
Rabu lalu, seorang pemandu Kilang N Jeevandran 26 ditemui mati dengan kesan dua kesan tembakan dibadannya di Permai Utama Parit Buntar.
Semalam saudagar emas Wong Fi Yui nyaris maut apabila ditembak tiga kali oleh pembunuh upahan.
Bagaimana pun mangsa hanya cedera di bahagian bahu ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Pandan Indah.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala mengistihatkan kerajaan akan menggunakan undang-undang sedia ada dan undang-undang baru akan diperkenalkan bagi menangani masalah jenayah yang serius. -TMI
ULASAN GB
Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan:
Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.
Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!
Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita.
Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.
comments:
Amuraria said...
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Friday, August 02, 2013 12:18 AM
Subject: Fw: hari2 ada mati kena tembak, masih kes terpencil..?
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
bila samseng samseng 0icujadi menteri? ABU jangan lupa !
"Benar, JIKA kesalahan dibiar berlaku berulang ulang..Di khuatiri ia di anggap TIDAK lagi menjadi kesalahan, jika ia di lakukan...."
Sekadar Pandangan....
Jgn Maree...
ulangan keganasan sirul dan azilah....mungkin semua suspek2 tu adalah org yg berautoriti,tembakan tepat seperti utk yg cukup latihan.
kalau rakyat nk rasa aman berilah sokongan penuh kpd kerajaan dan polis,bergantung hiduplah pd mereka nescaya rakyat bahagia.
sandiwara demi sandiwara akan dihidangkan utk khayalan rakyat,sehinggalah pemimpin utama pembangkang yg akan ditembak.
senang tutup kes sebab bukan pembangkang je mati ditembak,yg lain pun dah banyak.
awas!!!!!
Orang yang perjuang hak rakyat berhabis diburu tapi penjenayah pula senang berpesta kerana tidak diburu. Inilah jadinya kalau penjenayah jadi pemerintah penjenayah juga yang akan dilindungi. Betulkan????
Syukur malaysia aman takda perang...
Pandai kerajaan 47% jaga negara...syukur harga barang naik...terimakasih bn...
Ini semua kerana sifat angkuh dan munafik yg ditunjukkan oleh menteri KDN dan UMNO. Mereka angkuh dan sombong dengan Allah!! Apa yg dilakukan oleh si Zahid ini..?? Ada apa2 statement yg mangkuk ni buat?! Polis hanya cerita balik kejadian yg berlaku...tak payah nak cerita..semua dah tahu mcm mana dia berlaku..apa yg rakyat nak ialah tindakan!! Malu sangat kita kepada Indonesia dan Singapura..!! Tapi saya tahu melayu UMNO tak malu kerana biar negara hancur asalkan UMNO melayu memerintah!!!
menteri LEMBU negara berkata NEGARA MALAYSIA SELAMAT DAN KADAR JENAYAH TURUN....patutnya mereka yg patut di
tembak.kejadian ini kerana BALASAN ALLAH jua pd polis yg tidak amanah, zalim,memilh-milih jika melibatkan pembangkang CEPAT BERTINDAK,beri alasan tiada permit==haram tp jika pihak B angkai N egara buat program TIDAK PERLU PERMIT-malah dikawal rapi
ADIL pd umNO..TEGAS pd PEMBANGKANG..
BERHEMAH pd JENAYAH.SLOGAN BARU PDRM