mai pakat tolong sahabat kita nie sat...Teringin jumpa adik kandung
dapat membantu untuk mengesan adikya itu.
BALING - "Masuk tahun ini, dah 23 tahun saya tak berjumpa adik, saya tak tahu dia tinggal di mana dan dengan siapa. Kalau boleh tahun ini saya nak beraya dengan dia," kata Mohd Firdaus Abdullah, 25, abang kandung kepada Kalsom Abdullah, 23, yang terpisah sejak kecil lagi.
Mohd Firdaus berkata, disebabkan kesempitan hidup keluarga, ibunya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga angkat sejak umurnya baru beberapa bulan.
Menurutnya, adiknya yang ketika itu baru dilahirkan diletakkan di Hospital Sik dan sehingga kini dia tidak mengetahui siapakah yang menjaga adiknya itu.
"Dah puas saya mencari, tapi tidak membuahkan hasil. Nama adik pun saya tak tahu, tapi bila semak dengan Jabatan Pendaftaran menerusi nama ibu, mereka kata nama dia Kalsom Abdullah.
"Saya cuba dapat maklumat lengkap, tapi pihak berkenaan tidak benarkan kerana ianya maklumat sulit," katanya kepada Sinar Harian.Mohd Firdaus berkata, disebabkan kesempitan hidup keluarga, ibunya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga angkat sejak umurnya baru beberapa bulan.
Menurutnya, adiknya yang ketika itu baru dilahirkan diletakkan di Hospital Sik dan sehingga kini dia tidak mengetahui siapakah yang menjaga adiknya itu.
"Dah puas saya mencari, tapi tidak membuahkan hasil. Nama adik pun saya tak tahu, tapi bila semak dengan Jabatan Pendaftaran menerusi nama ibu, mereka kata nama dia Kalsom Abdullah.
Katanya, dia kini tinggal bersama sebuah keluarga angkat Kampung Batu lima Sik selepas penjaga angkatnya sebelum ini meninggal dunia kerana kemalangan.
"Dulu saya tinggal dengan keluarga di Kampung Padang Geh. Kemudian penjaga saya meninggal dunia kerana kemalangan. Masa itu, saya dah umur 11 tahun. Selepas itu, barulah saya tinggal dengan keluarga di kampung ini," katanya.
Mohd Firdaus yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sungai Petani berkata, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai adiknya itu.
"Saya tak pernah jumpa dia, dan langsung tidak punya gambar dia. Yang saya ada hanya gambar ibu," katanya.
Mohd Firdaus berkata, ibunya, Zainab Abdul Rahman, 48, yang menetap di Kampung Sik Dalam kini dijaga oleh kakaknya.
"Mak dah tak berapa sihat, cakap pun tak jelas dan dia pun tak tahu siapa yang ambil adik saya," katanya.
Menurutnya, dia amat berharap, kalau ada sesiapa yang mengetahui mahupun mempunyai maklumat mengenai adiknya itu, dapat menghubunginya secepat mungkin.
Mohd Firdaus dapat dihubungi menerusi talian 019 5614593.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment