Thursday, August 1, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


BONGKAR!!! Ada Usaha Dalaman Jatuhkan Presiden PAS? [BACALAH...]

Posted: 01 Aug 2013 03:18 AM PDT

Menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujudnya usaha dalam parti itu untuk menjatuhkan bapa mertuanya sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

NONEZaharudin Muhammad (kanan) yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, beliau berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaan yang didakwa bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.

"Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)."

Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.


NONEMenulis di Facebook-nya semalam, Zaharudin bagaimanapun tidak menyebut secara khusus pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi, sebaliknya hanya merujuknya sebagai "kumpulan kecil".

Zaharudin tidak menjelaskan bentuk usaha menjatuhkan Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

Menurut juga menjelaskan beliau "terpaksa menjadi team back-up mempertahankan parti itu dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya."- Malaysiakini

NGERI!!! Peniaga Perabot Ditemui Mati Ditikam [SAKSIKAN...]

Posted: 01 Aug 2013 02:34 AM PDT

MELAKA - Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.
  
"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama



Gambar hiasan

BONGKAR!!! "Untung La Kakitangan Kerajaan Ada Bonus" Betul Ke?

Posted: 01 Aug 2013 01:18 AM PDT

Asalamualaikum dan salam Ramadhan... IniKalilah nak berkongsi maklumat camne kira-kira bonus yang dibayar untuk kakitangan kerajaan..

Pepagi ni aku cuba untuk memberi penerangan mudah pada kengkawan/korang yang selalu cakap "untung la kakitangan kerajaan ada bonus"… Sebenarnya tiada istilah bonus pada kakitangan kerajaan, yang ada hanyalah pemulangan "hak gaji kakitangan kerajaan". 

Pasal apa?? Meh sini aku tunjuk simple calculation… pasei aku cikgu matematik, kena ler ajor mengkome matematik…
 

Setahun ada 365 hari , sebulan ada 30/31 hari , Sebulan ada 4 minggu , Seminggu ada 7 hari…
Apa yang berlaku sekarang… Pemberian gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut BULAN.
365 / 12 = 30.4 . lebih kurang 30 hari la…
Sistem ni tidak lagi diguna pakai di Negara-negara luar, mereka mengamalkan gaji mengikut MINGGU.
7 X 4 = 28 hari.
365/28 = 13 . Bermaksud 13 bulan/kali gaji dibayar setahun....
Sebab itu, Cuepacs cuba memperjuangkan gaji mengikut MINGGU, tetapi Kerajaan tidak mengiktirafnya sebab ianya merugikan.

 

Mana datangnyer bonus??
 

Pernah dengar tak ,kaki tangan kerajaan dapat bonus 2 ke 3 bulan??? Tak pernah kan…. Yang ada BONUS SEBULAN DIBAYAR SECARA 2 KALI.
Bonus yang dapat sebulan tu sebenarnya , GAJI YANG BERHAK KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT DALAM SETAHUN. Sebab tu Cuepacs mintak bonus 2 bulan , 2 bulan setengah…tapi yang kerajaan lulus sebulan aje…
 

Ok… Kita beralih plak pada Bantuan Hari Raya Pada Kakitangan Kerajaan yang dapat RM500 tu.. mana datangnya..??
Anggaran gaji kakitangan kerajaan yang bertaraf pemegang ijazah lebih kurang 3 atau 4 ribu…senang kira RM3000 la..
RM3000 / 30 = RM100 sehari
Ingat tak pengiraan 365/12 = 30.4???
cuba anggarkan gaji sehari RM100. Jadi 0.4 x 100 = RM400. Itu ler dianya bantuan raya tu..kerajaan topup RM100 ajer… Bijak kan??? Untung dapat Bantuan raya ker untung dapat Br1M??? Kakitangan kerajaan tak layak dapat Br1M. hmmmm…..


Kena ingat , kakitangan kerajaan juga merupakan penyumbang kepada cukai pendapatan Negara, Bonus yang diperolehi TURUT DIKENAKAN CUKAI …. So what u give, u take back!!!


So , jangan sesuka hati ler nak cakap ," syok ler kakitangan kerajaan dapat bonus!!!" … Itu sebenarnya hak kami… Yang paling best .." Bersyukurlah dapat daripada takde!!"… Yang memang thumbs up bila ada orang cakap "dah bagi pun,tak bersyukur langsung !!!".. WOW… memang best ayat2 berkenaan tambah pada mereka yang tak tau apa2 tapi nak berkata-kata…
Cukai lebih dari dapat bonus..betul tak.. gomentax.. yang layak dikenakan cukai -> betoi ka? 


Forward Dr seorang guru matematik.

TERKINI!! Keputusan Mahkamah Patisyen Parlimen Lembah Pantai [SAKSIKAN...]

Posted: 31 Jul 2013 09:34 PM PDT

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan, Nurul Izzah Anwar berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai.

Keputusan itu dibuat selepas hakim menolak petisyen BN yang dikemukakan oleh calon kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan kos RM40,000.


Pemain Hoki Kebangsaan, Chua Boon Huat, Maut Dalam Kemalangan [SAKSIKAN...]

Posted: 31 Jul 2013 05:32 PM PDT

Berita Tergempar!! IniKalilah dikejutkan dengan berita tergempar pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi.

Takziah buat keluarga dia, untuk peringatan kita supaya berhati-hati lah ketika memandu.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (27)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment