Thursday, August 1, 2013

RG2011... Fwd: Sajian Hari Ini

 



ResipiMasakanKini™ | Koleksi Resipi Masakan Myresipi Online

Sajian Hari Ini



ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Pulut Seri Muka Sedap

Posted: 31 Jul 2013 10:07 PM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi resipi pulut seri muka sedap, resipi warisan turun temurun dari keluarga. Seri muka adalah makanan tradisi melayu yang popular terutamanya di bulan Ramadan, juadah istimewa untuk berbuka puasa. 

Penyediaan : 30 Minit | Memasak: 45 Minit
75 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 1

Bahan-bahan:

Bahan untuk lapisan bawah
  • 250 gram beras pulut
  • 200 ml santan (sederhana pekat)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak
Bahan untuk lapisan atas
  • 60 gram tepung gandum*
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung*
  • 70 gram gula pasir
  • 2 biji telur Gred A
  • 225 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
  • Pewarna hijau(optional)

Cara menyediakan:


Cara-cara untuk lapisan bawah
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
  2. Toskan beras pulut seketika
  3. Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak masak sekata
  4. Kukus selama 30 minit
  5. Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
  6. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
Cara-cara untuk lapisan atas
  1. Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas
  2. Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
  3. Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
  4. Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
  5. Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap
  6. tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah pulut. .jadi baru nmpak kemas . - iResipi.

Resipi Biskut Chocolate Chip

Posted: 31 Jul 2013 07:44 PM PDT

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Biskut Chocolate Chip. Rangup, sedap dan senang untuk disediakan.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan baking soda, garam dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (11)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment