Sunday, August 25, 2013

RG2011... Kecintaan Tsauban r.a. terhadap Nabi Saw.

 

Telah diceritakan oleh Habib Ali Zainal Abidin,

 

Tsauban ra merupakan seorang hamba sahaya dan dibeli Rasulullah saw lalu dimerdekakan oleh Baginda Saw.

Tsauban telah tinggal bersama Rasulullah Saw sehingga kewafatan Baginda Saw.

Beliau sering dilihatnya dalam keadaan kesedihan, tetapi bukan disebabkan kemiskinan, penyakit, hutang atau masaalah yg berkaitan keduniaan.

 

Suatu ketika, Tsauban datang kepada Rasulullah saw dengan wajah yang jelas dalam keadaan kesedihan pada wajahnya, lalu Rasulullah bertanya: "Wahai Tsauban kenapakah warna kulitmu berubah?" lalu Jawab Tsauban.. " Ya Rasulullah, bukanlah sakit atau ditimpa penyakit akan tetapi jika aku tidak melihat engkau, aku akan rindu kepadamu. aku berasa kesunyian yang dasyat sehinggalah aku bertemu denganmu, kemudian aku teringat diakhirat nanti, lalu aku bimbang tidak akan melihat engkau disana kerana aku mengetahui sesungguhnya kedudukan,u akan diangkat bersama-sama para Nabi dandiriku jika dimasukkan yg lebih rendah daripada kedudukanmu. Sekiranya aku tidak masuk syurga. Ketika itu akau tidak akan melihat engkau selama-lamanya. "

 

Nabi tidak menjawab apa apa pun sehingga Jibril as turunkan ayat..  "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Para Nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah baiknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)" (Surah An Nisa' ayat 69) 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment