Sunday, August 25, 2013

RG2011... Mengatasi Halangan Mental Bhg 2 - Berani Untuk Gagal!

 

Berani untuk gagal

Sudah tentu tidak ada manusia di dunia ini yang suka akan kegagalan. Tetapi telah dibuktikan bahawa perasaan takut untuk menempuh kegagalan adalah lebih ketara dan dahsyat lagi daripada kegagalan itu sendiri.

            Yang menyedihkan ialah perasaan takut untuk gagal boleh menghalang anda daripada mengambil langkah untuk membaiki kehidupan anda. Memang mustahil bagi seseorang untuk mengubah dan membaiki hidupnya jika dia tidak berani untuk menempuh kegagalan. Anda harus faham bahawa kegagalan itu mempunyai aspek yang positif. Kegagalan memberikan anda satu pengajaran untuk mengubah dan membentuk kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

            Jika anda fikirkan masak-masak, perasaan takut akan kegagalan dapat menghalang anda daripada berkenalan dengan orang yang anda minati. Hal ini juga dapat menghalang anda daripada mencapai kejayaan dalam kerjaya anda. Selain itu, perasaan takut untuk gagal akan mengurangkan peluang anda untuk mempelajari kemahiran baru.

            Jika perasaan takut untuk gagal menjadi keterlaluan, ketakutan anda akan berubah menjadi satu fobia. Anda akan sentiasa berasa risau, gelisah, susah hati dan tegang. Perasaan ini mampu melumpuhkan anda daripada menikmati kehidupan yang bahagia dan berjaya. Ada masanya anda mungkin tidak berupaya hendak melakukan pekerjaan seharian atau bergaul secara normal dengan orang di sekeliling anda.

Bilakah anda akan dilanda oleh perasaan takut gagal?

Situasi-situasi yang boleh membangkitkan perasaan takut akan kegagalan ialah:

1.         Kesalahan kecil: Contoh situasi ini ialah semasa anda baru belajar menunggang basikal. Dalam situasi begini, sudah tentu anda akan terjatuh dahulu sebelum anda mahir menunggang basikal. Malangnya kebanyakan kita tidak sanggup hendak meletakkan diri kita dalam situasi yang boleh menyakitkan, memalukan dan menunjukkan kelemahan diri sendiri. Mereka tidak sanggup untuk mengambil risiko itu walaupun tidak seberapa besar bentuknya.

2.         Peristiwa besar: Contoh situasi ini termasuk mengajak kawan perempuan atau lelaki anda untuk keluar bersiar-siar. Ada juga masanya, anda akan diberikan peluang untuk melakukan satu projek besar oleh majikan anda. Situasi di atas memerlukan anda untuk mempertaruhkan kehormatan diri dan keyakinan diri anda. Sudah tentulah perasaan takut yang melanda diri anda menjadi lebih ketara lagi.

            Untuk mengatasi perasaan takut akan kegagalan, pertama sekali, anda hendaklah menerima hakikat bahawa anda bukanlah seorang yang sempurna dalam segala-galanya. Anda harus menerima hakikat bahawa anda tidak mungkin berjaya dalam semua perkara yang anda lakukan. Anda perlu memahami bahawa kelemahan yang ada dalam diri anda itu tidak semestinya bermakna yang anda tidak mampu untuk berjaya dalam hidup anda.

Artikel di atas dipetik daripada buku MENILAI POTENSI ANDA. Untuk lain-lain artikel kerjaya, sila lawat www.books.perintis.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengakses artikel ini dan berkomunikasi secara interaktif dengan kami di FACEBOOK PERINTIS BOOKS. Kami mengharapkan sokongan anda untuk menjadikan kami ‘Friend’ anda. Anda juga boleh menghubungi Cik Nor untuk maklumat lanjut berkenaan buku ini di talian 03-90195303.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment